~{Don't waste your time in anger, regrets, worries, and grudges. Life is too short to be unhappy-Unknown} ~
"Sedapnya, Mar. Aku boleh makan kek ni hari-hari. Tak payah dah susah-susah kau orderkan nasi dekat PandaFoodie tu untuk aku."
Ian membuka luas mulutnya sebelum melahap kek yang baru sahaja diterimanya tadi. Sedari tadi mulutnya tidak berhenti mengunya kek tapak kuda itu. Lemak-lemak berkrim. Cukup rasa. Tak terlalu manis dan rasa coklat yang sedikit pahit membuatkan kek bertambah sedap dan tidak muak.
Ammar hanya menggeleng kepala memandang Ian yang hampir menghabiskan sebiji kek tapak kuda cheese. Walhal tidak sampai 10 minit dia sampai di rumah abangnya itu.
"Slow sikit makan tu boleh tak? Kau nak melahap kek tu macam nasi dah kenapa? Kek dia biasa je aku tengok."
Ian menjeling tajam ke arah Ammar.
"Nampak biasa. Kau belum cuba lagi. Kalau kau try, mesti kau pun akan rasa benda sama."
Bait-bait kata yang keluar daripada mulutnya kedengaran tidak jelas dek kerana mulutnya dipenuhi dengan kek.
"Meh, aku try sikit."
Pinta Ammar sambil mencuba untuk mengambil sedikit potongan kek daripada dalam pinggan. Tangannya dipukul kuat dan laju.
"Hoi, tu aku punya. Kau beli lain."
"Aku nak rasa sikit je kot. Kedekutlah dia ni."
Ian menggeleng-geleng sambil melarikan pinggan jauh daripada Ammar.
"Memanglah. Aku craving gila kot nak makan."
"Ei, sejak bila kau pandai jadi kedekut ni?"
Ammar memeluk tubuhnya. Dia memandang Ian tidak puas hati.
"Sejak tadi. Sejak aku dapat kek ni. Kau nak kan? Esok kau order lain. Aku bayar. Orderkan sekali untuk aku. Nak lagi dua."
Mata Ammar terbeliak.
"Tu kan ada lagi sebiji?"
Ian tersengih menampakkan gigi yang dipenuhi coklat.
"Itu nanti malam habislah. Sekejap je tu."
Ammar menggeleng laju. Dia menepuk dahinya. Entah hantu apa yang telah merasuk Ian pun dia tak pasti. Ian bukanlah penggemar kek. Dia juga pelik melihat abangnya tiba-tiba berselera menjamah kek tapak kuda yang dibeli daripada Qaseh itu.
"Anyway, Qaseh texted aku."
Ian mengangkat keningnya ingin tahu.
"Cakap tu habiskanlah. Jangan sekerat-sekerat. Aku busy ni tau. Jangan bazirkan masa aku dengan ayat sekerat-sekerat. Nak cerita, cerita bagi habis."
Ammar tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi.
"Dia tanya, asal kau kasi duit banyak sangat. Berapa kau bayar dia? Banyak sangat ke?"
Ian mengangkat bahu. Tangannya mencapai secawan air kosong sejuk daripada atas meja kopi.
"Biasa je bagi aku. Aku sengaja sedekah. Lagipun, kau cakap dia student kan? Ok what. Aku tolong student macam dia. Worth it sebab kek dia sedap kena dengan citarasa aku."
Ammar mengangguk.
"Hm, itulah tu. Tekak kau mahal. Selalu memilih sangat makannya."
Ian menampar lengan Ammar dan terus melangkah ke arah dapur dengan sebiji lagi kek tapak kudanya. Ammar menggeleng. Dasar tamak. Tak nak share langsung.
"Jangan lupa meeting kejap lagi. Nanti bos bising."
Ian hanya menayangkan thumbs-up. Dadanya terasa berat. Nafas terasa pendek. Perlahan-lahan pandangannya mula menjadi kabur dan gelap.
******
Kelopak mata Ian terasa berat untuk dibuka. Pandangan matanya masih kabur. Matanya melilau mencari wajah familiar. Namun tidak dijumpai. Yang ada hanyalah sosok tubuh nurse yang sedang memandangnya dengan wajah tenang. Manis sahaja wajah nurse yang berkaca mata itu. Dia tersenyum ke arah Ian.
"Alhamdulillah, encik dah sedar."
Ian kebingungan. Entah macam mana dia boleh berada di sini, dia pun tidak pasti. Nafasnya terasa pendek.
"Encik ingat apa-apa tak sebelum encik pitam semalam?"
"Pitam?? Semalam?!"
Mata Ian terbeliak mendengar pertanyaan nurse itu. Dia betul-betul bingung sekarang. Kelibat Ammar pula tidak dilihat sedari tadi. Nurse itu hanya mengangguk sambil mengambil bacaan tekanan darah Ian dengan mesin pemantau tekanan darah, sfigmomanometer.
"Adik saya mana?"
"Relax dulu, ye? Saya ambil tekanan darah kejap. Dia ada je dekat luar. Nanti saya panggil. Jadi, encik memang tak ingat apa-apa pasal semalam?"
Ian menggeleng lemah.
"Kenapa dengan saya?"
"Allergy reaction. Encik ada apa-apa alahan dairy products ke sebelum ni?"
Ian menggeleng lagi. Dahinya berkerut, keningnya bertaut.
"Setakat yang saya tahu, memang tak adalah. Tak pernah jadi lagi sebelum ni."
Nurse yang memakai tag nama 'Maisara' mengangguk lagi. Dia tersenyum lagi.
"Rehat sekejap. Saya panggil doktor dan adik encik."
Beberapa minit kemudian, Ammar masuk ke dalam wad bersama seorang doktor lelaki berbangsa India. Wajah Ammar kelihatan oenuh kerisauan.
"Hi, good afternoon. How do you feel now?"
Doktor itu bertanya khabar sambil matanya melihat ke arah fail yang berada di tangannya.
"I'm feeling better now, dr." Ian mengangguk.
"So, do you remember anything about last night?"
Ian menggeleng.
"Did you eat any dairy products? Or food that contains milk, egg, cheese?"
"Yes, he did. A lot." Laju Ammar menjawab. Dia memandang wajah Ian geram.
"Yea, that might be the reason. Milk allergy can cause anaphylaxis. It narrowed your airways and caused the heavy breathing. Luckily, he was fast last night. Brought you here and we treated you with epinephrine shot."
"But, I wasn't allergic to anything before." Doktor itu mengangguk laju sambil
"Yea, it's possible to develop it once you get older. It's okay. You knew you have it now. So, need to be cautious next time. It could get worse. But we will you give you EpiPen. Next time you experience any allergic reactions, just use the EpiPen."
"So, I need you to be here for tonight. We will see how your progress tomorrow before we let you go home. Alright?"
Ian mengangguk lemah. Badannya masih terasa lemah tetapi lebih baik daripada semalam.
"Okay, dr. Thank you so much, yea."
Doktor itu tersenyum sambil mengangguk sebelum melangkah keluar dari bilik.
"Kau betul ke dah rasa okay? Ke sebab kau nak cepat balik?" Ammar mengecilkan matanya memandang Ian sambil memeluk tubuh.
"Betullah! Kau ada bagitahu mama?"
Ammar mencebik.
"Kau rasa dia kisahkan kita ke? Dia fikir pasal laki tak guna dia tu je."
Ian tersenyum tawar.
"Baguslah. Aku pun malas nak dengar ceramah dia. Biarlah dia. Dia ada ke tak ada, tak ada beza."
Ian terus menarik selimut menutup separuh badannya.
"Tahu tak apa."
"Aku nak tidurlah. Mata rasa macam berat. Kau baliklah dulu. Apa-apa aku bagitahu."
Ammar menepuk bahu Ian perlahan.
"Alright. Take care, brother. Esok pagi aku ada hal nak settle sikit. Apa-apa call je, okay?" Ian mengangguk sambil memalingkan tubuhnya membelakangi Ammar.
~~~~~~
Qaseh membuka aplikasi Picstagram sambil menunggu GerebCar yang ditempahnya seminit yang lalu. Matanya terbuka luas saat melihat post terbaru artis pujaan hatinya yang sedang berada di atas katil hospital dengan muka yang lemau.
"Dah kenapa baby aku masuk hospital pula ni?! Sakit apa dia ni?"
Qaseh mengomel sendiri.
"Sakit pun tetap handsome hm. Kalaulah dapat suami macam ni. Aku peluk tak lepas hahaha"
Pin! Bunyi hon kereta mengejutkan Qaseh. Kelihatan sebuah kereta axia berwarna hitam sedang berhenti betul-betul di hadapan bas stand. Qaseh membuka aplikasi GerebCar dan melihat nombor plat kereta yang dipesannya.
Sama! Dengan gelabah, Qaseh mencapai semua barang yang baru dibelinya dan berlari anak ke arah kereta itu. Dia membuka pintu bahagian penumpang dan terus masuk ke dalam perut kereta.
"Assalamualaikum."
Pakcik GerebCar memberi salam sebelum menekan pedal minyak perlahan.
"Waalaikumsalam, pakcik."
"Banyak beli barang." Tegur pakcik itu lagi.
"Haah ye. Saya meniaga sikit."
"Wah, meniaga apa tu?"
"Saya jual kek tapak kuda."
"Alhamdulillah. Baguslah, muda-muda cari duit. Jangan jadi macam pakcik. Dah tua pun masih cari duit."
"Faham, pakcik. Hidup sekarang susah. Tak macam dulu. Semua benda naik harga. Kalau tak kerja, tak makan pula, kan?" Pakcik yang sudah lebih separuh abad itu mengangguk setuju.
"Itulah. Kalau nak harapkan anak-anak yang sara, hm, anak-anak pun ada family dia orang sendiri. Masing-masing pun busy cari nafkah untuk family. Selagi pakcik hidup, kerja jelah."
Qaseh tersenyum kelat. Terasa sebak melihat lelaki yang lebih kurang sebaya mak masih mencari duit demi sesuap nasi.
"Kalau adik masih ada mak ayah, janganlah biarkan dia orang susah payah lagi cari duit. Kita sebagai anak, walaupun tak banyak, tapi kena juga hulur. Bukannya pakcik nak ceramah, cuma nak nasihat sebagai seorang seorang ayah. Kita sebelum ada anak, memang tak akan faham. Tapi, nanti kalau adik ada rezeki berumah tangga, adik akan faham apa pakcik sampaikan ni. Hargailah selagi dia orang ada."
Sungguh, ayat-ayat nasihatnya sangat menjentik hati Qaseh. Fikirannya teringat pada mak. Banyaknya kesalahan dia pada mak. 'Ya Allah, kau panjangkan umur mak. Aku nak senangkan mak dengan hasil usaha aku.' detik hatinya menahan sebak.
Qaseh termenung memandang ke luar tingkap. Kata-kata nasihat pakcik itu sedikit sebanyak telah membuka matanya.
"Ingat ye, dik. Apa-apa pun, kalau dapat mak ayah yang baik, dahulukanlah dia orang. In Shaa Allah, syurga tempat adik."
Pakcik itu berpesan lagi sebaik sahaja kereta berhenti di hadapan blok rumah Qaseh.
Qaseh mengeluarkan duit RM30 dan dihulurkan kepada pakcik itu. Pakcik itu terkedu melihat nilainya.
"Eh, Rm15 je, dik."
Qaseh tersenyum sambil mengangguk.
"Tak apa, saya sedekah. Terima kasih eh, pakcik. Assalamualaikum."
"Semoga murah rezeki, business makin besar ye, dik. Waalaikumsalam."
"Terima kasih. Hati-hati, pakcik."
Qaseh terus keluar lalu menutup perlahan pintu kereta. Dia melangkah naik ke rumah laju.
"Qaseh?"
Langkah Qaseh terus mati saat suara yang cukup dikenalinya kedengaran setelah sekian lama tidak didengarinya. Suara yang cukup dirinduinya.
Qaseh memalingkan wajahnya ke arah suara tadi.
"Nak apa?"
Suara Qaseh mulai meninggi saat wajah itu dilihat buat pertama kali sejak 10 tahun lalu.
"Maafkan abah. Abah gagal jadi abah untuk Qaseh."
"Tahu pun. Berapa pula abah nak kali ni? Cukup-cukuplah abah buat hidup Qaseh dan mak terseksa. Kita orang dah bahagia tanpa abah."
"Abah minta maaf, Qaseh. Abah bodoh. Abah terlalu ikutkan nafsu dan perasaan abah."
"Baliklah, abah. Kita orang dah lama anggap abah tak wujud. Jangan berani-berani tunjuk lagi muka abah dekat sini. Kalau tak, Qaseh report polis. Jangan ingat Qaseh tak berani macam dulu. Qaseh dah besar!"
Qaseh terus berlari memanjat tangga ke rumah meninggalkan lelaki yang tidak lagi dianggap ayah.
"Qaseh!"
Qaseh membuka kunci rumahnya laju lalu masuk ke dalam dan terus menghempas pintu kuat.
"Astaghfirullah, Qaseh. Dah kenapa balik terus nak buat rosak rumah ni?!"
"Qaseh penatlah, mak."
"Eh, hang penat takde kena mengena dengan rumah aku ni. Karang runtuh, kita nak duduk mana?"
"Duduk jelah mana-mana. Bukan tak pernah merempat."
"Eh, hang kenapa ni?"
Qaseh memandang mak yang sedang menonton TV. Qaseh mengeluh dan terus melangkah ke dapur untuk meletakkan barang-barang sebelum masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup rapat dan dikunci.
"Anak dengan bapak sama. Menyusahkan dua-dua"
Qaseh berang.
"Mak tak perlu kot nak samakan Qaseh dengan laki tak guna tu. Kalau betul menyusahkan, kenapa tak bunuh je Qaseh?!"
Mak terpaku mendengar soalan yang keluar daripada mulut Qaseh. Qaseh sendiri terkedu dengan kelantangannya itu.
"Hang tak faham Qaseh. Hang ja harta mak ada."
Qaseh terus sebak. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah kerusi yang diduduki mak.
"Maafkan Qaseh, mak."
"Aku yang salah. Memang daripada dulu hidup aku ni tak sebagus hidup orang lain. Salah pilih suami. Sampai kena hidup susah. Tapi, aku tak pernah menyesal dapat hang, Qaseh. Sebab hang aku bertahan. Walaupun mulut aku ni jahat, tapi aku sanggup mati pertahankan hang."
Qaseh terus memeluk maknya. Air matanya tidak mampu ditahan lagi.
"Aku hari-hari berdoa supaya hidup hang tak macam hidup aku, dapat suami yang baik, yang sayang hang, jaga hang sepenuh hati."
"Maafkan Qaseh mak. Qaseh pun sayang mak!"
Share this novel