Bab 4

Other Series 1502

Pada malam itu,Sya menghantar mesej kepada Fariz supaya menceritakan perkara sebenar kepadanya.Tetapi tidak pula Sya memberitahu Fariz tentang dia digelar perampas kekasih orang itu.Fariz menjelaskan kepada Sya bahawa memang dia mempunyai kekasih ketika mula-mula berhubung dengan Sya tetapi selepas itu,Fariz telah memutuskan hubungannya dengan Wani.
Fariz berasa bersalah lalu meminta maaf dengan Sya dan dia memberitahu Sya bahawa Wani yang masih mengacau dirinya dan masih berharap supaya hubungan mereka diteruskan.Walaupun begitu,Fariz tidak mahu berbuat sedemikian kerana Fariz sudah cukup fed-up dengan perangai Wani yang terlalu mengada dan juga sering melayan lelaki lain.

Walaupun setelah mendapat penjelasan daripada Fariz,Sya masih kurang percaya.Tetapi,Sya merupakan seorang yang mudah memaafkan seseorang lalu dengan mudah dia memaafkan Fariz dan Wani.

Selepas kejadian itu,Wani menghantar sebuah mesej kepada Sya.Sya berasa terkejut kerana Sya tidak pernah memberikan nombor telefonnya kepada Wani tetapi mengingatkan bahawa sebelum itu kawan sekelas Sya meminta nombor telefon Sya,Sya terus saja memberikan nombor telefonnya kerana Gina merupakan kawan sekelasnya a.k.a pengintipnya sebelum ini.Tetapi,Sya tidak menyangka yang Gina akan memberikan nombor telefonnya kepada Wani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience