Bab 2

Other Series 1502

Semasa di sekolah.......


"Eh,itu bukan Sya ke yang kau.."Diamlah",sampuk Fariz.
Lalu mereka berdua terdiam apabila semakin menghampiri Sya.

Manakala Sya pula hanya berdiam diri dan berasa sedikit malu selepas melintasi Fariz dan kawannya.Kawan Sya,Elyana mengetahui tentang hubungan Sya dan Fariz.Walaupun mereka sekadar berbual kosong di laman FB dan kini sudah beralih pula ke Whatsapp , Elyana sedar bahawa Sya menaruh perasaan terhadap Fariz.

Kawan-kawan Fariz pula sudah mengenali Sya kerana Sya merupakan seorang junior yang popular dan dirasakan comel oleh sesetengah senior.Walaupun begitu,sesetengah senior pula menganggap Sya sebagai seorang junior yang sombong dan merasakan bahawa Sya seorang yang rasa bagus.Biasalah lumrah manusia,tidak semua orang akan menyukai kita.

Tetapi,yang pasti Sya tidak mengetahui apa-apa tentang itu lalu tidak mengendahkannya.

Selepas beberapa bulan Sya dan Fariz berhubung,akhirnya Fariz menyatakan hasratnya kepada Sya untuk menjadi teman wanitanya.Sya meminta masa untuk berfikir dan dalam masa yang sama juga Sya berasa terkejut kerana Fariz telah mengenali dirinya sejak dia berada di Tingkatan 1 manakala dia mengenali Fariz ketika dia berada di Tingkatan 2.
Tetapi,Fariz tidak mahu memberikan Sya masa untuk berfikir kerana dia merasakan bahawa Sya mempunyai perasaan yang sama lalu meminta Sya untuk memberinya jawapan pada hari itu juga.Sya pula sudah bingung mahu terima Fariz atau tidak kerana dia juga sedar bahawa dia terlanjur suka dengan Fariz.Setelah beberapa minit berfikir,Sya memberi jawapan kepada hasrat Fariz tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience