Bab 3

Other Series 1502

Selepas hari itu,Sya melalui hari-harinya seperti biasa.Tetapi,pada hari selepas Fariz memintanya supaya memikirkan lagi tentang hasratnya kerana telah ditolak untuk kali pertama,Sya telah menerima satu berita yang sangat mengejutkan dan menyakitkan hatinya.
Dia tidak dapat menahan tangisnya apabila mengetahui bahawa Fariz sudah mempunyai teman wanita dan teman wanita Fariz telah meminta kawan sekelas Sya untuk memerhatikan Sya tetapi bukan itu yang menyebabkan dia menangis.

"Sya,awak tahu tak yang sekarang ini awak digelar perampas kekasih orang?"

Selesai sahaja kawan sekelasnya menuturkan itu,dia terasa mahu menjerit dan menidakkannya kerana itu tidak benar.Fariz sendiri yang memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai teman wanita.Lalu,Sya menangis setelah kawan sekelasnya pergi.Betapa malangnya nasib Sya sebagai seorang junior yang dianiayai oleh senior sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience