Chapter 2

Romance Series 24

THREE MORETTIS, ONE GIRL

Malam itu.

Presidential Suite, Kuala Lumpur.

Fail kontrak bernilai jutaan dolar terbuka di atas meja.

Laptop Lorenzo memaparkan laporan kewangan.

Telefon Vincenzo penuh dengan mesej daripada orang-orang Moretti.

Dan Dante?

Dante berdiri di hadapan tingkap besar sambil memegang sesuatu yang langsung tidak berkaitan dengan perniagaan mereka.

Sebuah bookmark putih.

ELLA REED.

Vincenzo yang sedang menuang whiskey menjeling abangnya.

“Kau masih pegang benda tu?”

Dante tidak menjawab.

Lorenzo mengangkat mata daripada laptop.

“Sudah tiga jam.”

“Aku tahu.”

“Pulangkan esok.”

“Aku memang akan pulangkan.”

Vincenzo tersenyum mengejek.

“Sure.”

Dante berpaling.

“Apa?”

“Kau boleh tinggalkan dekat café.”

“Aku akan pulangkan sendiri.”

“Oh?”

Vincenzo meletakkan gelas.

“Personally?”

Dante menjeling tajam.

“Problem?”

“Not at all.”

Vincenzo duduk.

“Aku cuma tak pernah nampak Dante Moretti begitu bertanggungjawab terhadap bookmark berharga lima ringgit.”

Lorenzo ketawa kecil.

Dante terus melempar kusyen ke arahnya.

Vincenzo sempat mengelak.

“See? Defensive.”

“Shut up.”

Lorenzo menutup laptop.

Tetapi sebenarnya—

dia juga memikirkan Ella.

Cara gadis itu memeluk novel ke dadanya.

Cara dia tersenyum ketika Lorenzo bertanya tentang romance.

Dan terutama sekali—

Maybe sebab nobody loves you.

Lorenzo memandang Vincenzo.

Senyum kecil muncul.

“Aku masih tak percaya dia cakap nobody loves you.”

Vincenzo terus masam.

“Can we forget that?”

“No.”

Dante menjawab paling cepat.

Vincenzo memandang kedua-dua abangnya.

“Wonderful. My own brothers.”

---

Keesokan paginya, ketiga-tiganya kembali ke café yang sama.

Kononnya untuk sarapan.

Tetapi selepas dua puluh minit—

Dante sudah melihat pintu sebanyak sebelas kali.

Lorenzo sebanyak lapan kali.

Vincenzo?

Dua puluh tiga kali.

“Dia tak datang.”

Lorenzo menghirup espresso.

Vincenzo terus menjawab,

“Siapa?”

Dante memandangnya.

“Exactly.”

Vincenzo terdiam.

Kemudian pintu café terbuka.

Ketiga-tiganya serentak menoleh.

Seorang lelaki tua masuk.

Mereka kembali melihat meja.

Lima minit kemudian—

pintu terbuka lagi.

Ketiga-tiganya menoleh.

Seorang ibu dengan dua orang anak.

Lorenzo mengeluh.

“This is ridiculous.”

Dante bersandar.

“Kita ada meeting pukul sebelas.”

Vincenzo melihat jam.

“Masih satu jam.”

“Kita datang sini sebab sarapan.”

“Exactly.”

Dante memandang meja.

Tiga cawan kopi sudah kosong.

Sarapan sudah habis dua puluh minit lalu.

Tiada siapa bergerak.

Akhirnya Lorenzo memanggil pelayan.

“Excuse me.”

Pelayan datang.

“Yes, sir?”

Lorenzo cuba kedengaran casual.

“Perempuan semalam…”

Dante terus memandangnya.

Vincenzo turut menoleh.

Lorenzo berhenti.

“What?”

Dante menyandarkan badan.

“Continue.”

Lorenzo menjeling.

Kemudian kembali kepada pelayan.

“Yang bawa beberapa buku. Rambut—”

“Ella?”

Ketiga-tiga Moretti membeku.

Pelayan itu tersenyum.

“You know her?”

Dante terus menjawab.

“A little.”

“She selalu datang sini.”

Vincenzo duduk lebih tegak.

“Bila?”

Lorenzo menendang kakinya di bawah meja.

“Ow.”

Pelayan itu kelihatan pelik.

“Biasanya petang. Dia suka duduk dekat tingkap sana.”

Pelayan menunjuk sebuah meja kecil di penjuru café.

Ada rak buku di sebelahnya.

“Dia penulis.”

Dante mengangkat kening.

“Writer?”

“Ya. Ella Reed. Novel dia agak popular.”

Lorenzo dan Vincenzo saling berpandangan.

Dante pula perlahan-lahan melihat bookmark di tangannya.

Ella Reed.

Bukan sekadar nama.

Itu nama penanya.

---

Malam itu, perkara paling pelik berlaku di suite Moretti.

Tiga mafia Itali duduk mengelilingi sebuah laptop.

Di skrin—

hasil carian mengenai buku-buku Ella Reed.

Lorenzo membaca.

“Dark fantasy.”

Vincenzo menyambung.

“Romance.”

Dante membaca baris terakhir.

“Dark romance.”

Sunyi.

Kemudian Vincenzo tersenyum.

“She likes dangerous men.”

Dante terus menjawab.

“Itu buku.”

“So?”

“Fiction.”

Vincenzo bersandar sambil menunjuk dirinya.

“Aku practically fictional.”

Lorenzo memandangnya dari atas ke bawah.

“More like psychiatric.”

“Fuck you.”

Dante scroll lagi.

Ada gambar Ella di sebuah acara buku.

Senyuman cerah.

Memegang novelnya.

Berbeza sepenuhnya daripada dunia mereka.

Lorenzo tiba-tiba berkata,

“Kita patut berhenti.”

Dante menoleh.

“Kenapa?”

“Kita datang Malaysia untuk business.”

Vincenzo mengangguk.

“Correct.”

Lima saat senyap.

Kemudian Vincenzo bertanya,

“Buku dia jual dekat mana?”

Lorenzo terus mengambil telefon.

Dante memandang kedua-duanya.

“You two are pathetic.”

Dua puluh minit kemudian—

Dante membeli tiga buah novel Ella.

Lorenzo membeli lima.

Vincenzo membeli seluruh koleksi.

---

Petang berikutnya.

Ella masuk ke café seperti biasa.

Laptop di dalam beg.

Sebuah novel di tangan.

Dia baru mahu menuju meja kegemarannya apabila—

dia berhenti.

Ada seseorang duduk di situ.

Lorenzo.

Lelaki itu sedang membaca.

Ella mengecilkan mata.

Buku di tangannya kelihatan familiar.

Sangat familiar.

Dia berjalan mendekat.

“Is that…”

Lorenzo mengangkat muka.

Kemudian tersenyum.

“Hello, Ella.”

Ella menunjuk buku itu.

“That's my book.”

“I know.”

“You bought it?”

“Yes.”

“Why?”

Lorenzo menutup buku.

“You said I should believe in romance.”

Ella terdiam.

Kemudian tersenyum.

“Okay… that's actually cute.”

Dari meja belakang—

CLINK!

Sudu Dante jatuh ke piring.

Vincenzo terus memandang abangnya.

“Cute?”

Dante menjeling Lorenzo.

“Apparently.”

Ella baru menyedari mereka.

“You guys again?”

Vincenzo bangun.

“Coincidence.”

Dante mengangguk.

“Coincidence.”

Lorenzo langsung tidak membantu.

“No. We came looking for you.”

Dante dan Vincenzo serentak menoleh.

Ella terkebil-kebil.

“You… what?”

Lorenzo tenang menghirup kopinya.

“Your bookmark.”

Dante cepat-cepat mengeluarkan bookmark itu.

“Ini.”

Ella terus tersenyum lebar.

“Oh my God!”

Dia mengambilnya.

“I've been looking for this!”

Kemudian tanpa berfikir panjang—

Ella memeluk Dante.

Sekejap sahaja.

“Thank you!”

Dante membeku.

Tangannya tergantung di udara.

Ella sudah melepaskannya.

Tetapi Dante masih tidak bergerak.

Vincenzo membuka mulut.

Lorenzo mengangkat kening.

Wajah Dante Moretti—

merah sedikit.

Vincenzo hampir mati menahan ketawa.

“Don't.”

Dante memberi amaran.

“I didn't say anything.”

“Your face did.”

Ella duduk.

“So… kalian sebenarnya siapa?”

Ketiga-tiganya terdiam.

Dante menjawab,

“Businessmen.”

“Brothers?”

“Yes.”

Ella memandang seorang demi seorang.

“Dante…”

Dia menunjuk Dante.

“Lorenzo.”

Kemudian Lorenzo.

Akhirnya Vincenzo.

“And Mr. Nobody-Loves-You.”

Dante terus menunduk menahan ketawa.

Lorenzo menutup mulut.

Vincenzo memandang siling.

“Why are we still talking about this?”

Ella ketawa.

Dan sekali lagi—

ketiga-tiga lelaki itu memandangnya.

Terlalu lama.

Ella berhenti ketawa.

“What?”

“Nothing,” jawab mereka serentak.

Ella mengecilkan mata.

“Weirdos.”

---

Selepas hari itu, sesuatu berubah.

Dante mula datang membawa kopi untuk Ella.

“Americano?”

Ella mengerutkan muka.

“Too bitter.”

Esoknya Dante datang dengan latte.

Lorenzo pula menggunakan strategi berbeza.

Buku.

Setiap kali Ella bercakap tentang penulis atau novel tertentu, Lorenzo akan mengingatinya.

Beberapa hari kemudian buku itu akan muncul di meja Ella.

Vincenzo?

Dia langsung tidak mempunyai strategi.

Dia hanya mengganggu Ella.

“Busy?”

“Yes.”

“Lunch?”

“No.”

“Dinner?”

“No.”

“Gelato?”

Ella berhenti menaip.

“…what flavour?”

Vincenzo tersenyum kemenangan.

Dante yang duduk di meja sebelah terus menutup fail dengan kuat.

Lorenzo menggeleng.

“Amateur.”

---

Persaingan bermula tanpa sesiapa mengakuinya.

Jika Dante membelikan Ella bunga—

Lorenzo membawanya ke kedai buku.

Jika Lorenzo membelikan sebuah novel—

Vincenzo muncul membawa sekotak dessert.

Jika Vincenzo membuat Ella ketawa—

Dante akan menjadi lebih diam daripada biasa.

Sampailah satu petang.

Ella tiba di café.

Di mejanya ada tiga benda.

Sebuket bunga daripada Dante.

Sebuah novel edisi khas daripada Lorenzo.

Dan sebuah kotak strawberry cake daripada Vincenzo.

Ella berdiri memandang semuanya.

Kemudian memandang tiga lelaki yang duduk di meja berasingan.

Dante pura-pura membaca email.

Lorenzo pura-pura membaca buku.

Vincenzo pura-pura melihat telefon.

Ella menyilangkan tangan.

“Okay.”

Tiada respons.

“MORETTI.”

Tiga kepala terus terangkat.

Ella menunjuk meja.

“What is this?”

“Gift,” kata Dante.

“Book,” jawab Lorenzo.

“Cake,” jawab Vincenzo.

“I can see that!”

Ella menahan ketawa.

“Kenapa kalian macam sedang compete?”

Sunyi.

Dante memandang Lorenzo.

Lorenzo memandang Vincenzo.

Vincenzo memandang Dante.

“No.”

Ketiga-tiganya menjawab serentak.

Ella mengangkat sebelah kening.

“You are.”

“No.”

“Definitely.”

Dante bersandar.

“Why would we compete?”

Ella tersenyum nakal.

“Maybe…”

Dia mendekat sedikit.

“…you three like me?”

Silence.

Dante membeku.

Lorenzo kehilangan senyumannya.

Vincenzo berhenti bernafas sekejap.

Ella menunggu.

Satu saat.

Dua.

Tiga.

Kemudian dia ketawa.

“I'm joking!”

Dia mengambil strawberry cake.

“Thanks, by the way.”

Ella berjalan menuju tempat duduknya.

Tiga Moretti masih membisu.

Selepas Ella cukup jauh, Vincenzo berbisik,

“We're fucked.”

Lorenzo mengangguk perlahan.

“Completely.”

Dante memandang Ella dari jauh.

Gadis itu sedang tersenyum sambil membuka kotak kek.

Kemudian Dante melihat kedua-dua adiknya.

Ada satu masalah.

Dia mengenali pandangan itu.

Kerana pandangan yang sama berada pada wajahnya sendiri.

Ini bukan lagi rasa ingin tahu.

Bukan lagi tentang bookmark.

Bukan lagi tentang gadis yang melanggarnya secara tidak sengaja.

Dante Moretti menyukai Ella Reed.

Begitu juga Lorenzo.

Begitu juga Vincenzo.

Dan buat pertama kali dalam sejarah keluarga Moretti—

tiga bersaudara yang sanggup berkongsi kekayaan, kuasa dan sebuah empayar…

baru sahaja menemui satu perkara yang tidak seorang pun tahu bagaimana hendak dikongsi.

Seorang perempuan bernama Ella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience