Series
24
THE TRUTH ABOUT MORETTI
4:17 petang — Kuala Lumpur
“Stay on the phone.”
Suara Dante masih kedengaran melalui telefon.
Ella berjalan semakin laju.
Tangannya menggenggam telefon erat.
Dia tidak berani menoleh lagi.
Tetapi bunyi enjin kereta hitam di belakangnya masih ada.
Perlahan.
Mengikut setiap langkahnya.
“Dante…”
«“I'm here.”»
“Kereta tu masih ikut.”
«“Aku tahu.”»
Ella berhenti seketika.
“Apa maksud kau, kau tahu?”
Tiada jawapan.
“Dante?”
«“Keep walking.”»
Nada suaranya berubah.
Terlalu tenang.
Ella semakin takut.
“Where are you?”
Kali ini—
bukan Dante yang menjawab.
Bunyi beberapa enjin kuat kedengaran dari hujung jalan.
Ella mengangkat kepala.
Satu.
Dua.
Tiga.
Empat.
Lima buah SUV hitam muncul hampir serentak.
Kereta pertama berhenti di hadapannya.
Pintu terbuka.
Beberapa lelaki berpakaian suit hitam keluar.
Ella terus membeku.
“What the…”
Kemudian pintu SUV kedua terbuka.
Dante.
Dia turun terlebih dahulu.
Suit hitam.
Wajah dingin.
Tidak ada senyuman yang biasa Ella lihat di café.
Lorenzo keluar dari sebelah lain.
Diikuti Vincenzo.
Tetapi mereka bukan bertiga.
Sekurang-kurangnya dua belas lelaki lain berada bersama mereka.
Semua berpakaian gelap.
Semua bergerak seperti sudah mengetahui posisi masing-masing.
Dan apabila Dante berjalan—
mereka memberi laluan.
Ella memandang semuanya dengan nafas tertahan.
“Dante…”
Dante terus datang kepadanya.
“Are you hurt?”
Ella menggeleng.
“Did anyone touch you?”
“No.”
“Good.”
Tangannya memegang kedua-dua bahu Ella, memeriksa wajah dan lengannya sendiri.
Barulah Dante menghembuskan nafas.
Vincenzo datang dari belakang.
“Jesus Christ, Ella.”
Dia terus menarik Ella ke dalam pelukannya.
“Don't ever scare me like that again.”
Ella masih terpinga-pinga.
“Aku yang kena follow, kenapa kau marah aku?”
“Because I was fucking terrified.”
Ella terdiam.
Vincenzo juga seperti baru sedar apa yang dikatakannya.
Dia melepaskan pelukan perlahan-lahan.
Lorenzo datang terakhir.
Tidak berkata apa-apa.
Dia hanya memegang belakang kepala Ella dan menariknya ke dadanya beberapa saat.
“She's okay,” katanya perlahan.
Entah kepada siapa.
Dante?
Vincenzo?
Atau dirinya sendiri.
“She’s okay.”
---
Tiba-tiba salah seorang lelaki Moretti bersuara.
“Boss.”
Ketiga-tiganya terus berpaling.
Kereta yang mengikuti Ella masih berada kira-kira lima puluh meter dari mereka.
Tetapi sekarang ia tidak bergerak.
Dante melepaskan Ella.
Wajahnya berubah serta-merta.
“Get her in the car.”
Ella mengerutkan dahi.
“What?”
Lorenzo membuka pintu SUV.
“Ella.”
“No.”
Ketiga-tiganya memandangnya.
Ella menunjuk orang-orang di sekeliling.
“Siapa mereka?”
Tiada jawapan.
“Kenapa semua panggil kau boss?”
Masih senyap.
Ella memandang Dante.
“Dan kenapa semalam kalian businessman…”
Dia melihat sesuatu di pinggang salah seorang lelaki.
Pistol.
Wajah Ella terus pucat.
“…tapi hari ni semua orang bawa gun?”
Vincenzo menutup mata.
“Fuck.”
Ella mengundur.
“Dante.”
“Ella—”
“Who are you?”
Dante tidak menjawab.
“WHO ARE YOU?”
Beberapa orang di jalan mula memandang.
Lorenzo memberi isyarat.
Crew Moretti segera membuat perimeter lebih luas.
Ella melihat semuanya.
Cara mereka patuh.
Cara mereka tidak bertanya.
Cara mereka menunggu arahan daripada tiga beradik itu.
Tidak.
Terutamanya daripada Dante.
Ella menelan liur.
“You're not just businessmen.”
Dante memandangnya lama.
Kemudian berkata,
“No.”
Jantung Ella berdegup kencang.
“Then what?”
Sunyi.
Dante akhirnya mengambil keputusan.
“No more lies.”
Lorenzo memandang abangnya.
Vincenzo diam.
Dante mendekati Ella.
“My name is Dante Moretti.”
“I know.”
“No.”
Dante menggeleng.
“You know my name.”
Dia berhenti di hadapannya.
“You don't know what that name means.”
Ella menggenggam kedua-dua tangannya sendiri.
Dante meneruskan.
“Moretti Holdings memang milik keluarga kami.”
“Hotels. Properties. Security companies. Investments.”
“Itu bahagian yang dunia boleh lihat.”
Ella hampir tidak mahu bertanya.
“And the part they can't see?”
Dante terdiam.
Lorenzo menjawab dari belakang.
“Organized crime.”
Ella terus memandangnya.
“What?”
Vincenzo menghembuskan nafas.
“We're mafia, Ella.”
Sunyi.
Bunyi bandar di sekeliling seperti hilang.
Ella ketawa kecil.
Tetapi bukan kerana lucu.
Kerana otaknya tidak mampu menerima.
“Mafia?”
Tiada siapa menjawab.
Ella memandang Dante.
Kemudian Lorenzo.
Kemudian Vincenzo.
“You're serious?”
Dante mengangguk.
Ella terus mengundur setapak.
Vincenzo mahu mendekat.
Dante mengangkat tangan.
“Don't.”
Vincenzo berhenti.
Biarkan dia.
Ella melihat crew di belakang mereka.
Sekarang semuanya masuk akal.
SUV.
Pengawal.
Rahsia.
Cara Dante memberi arahan.
Cara Lorenzo mengetahui perkara yang sepatutnya tidak mudah diketahui.
Cara Vincenzo sentiasa memerhatikan sekeliling walaupun sedang bergurau.
Ella kembali memandang mereka.
“Who exactly are you?”
Dante menjawab tanpa cuba menyembunyikannya lagi.
“The Moretti family.”
Lorenzo menyambung perlahan.
“Di Milan, nama keluarga kami mempunyai reputasi tertentu.”
Vincenzo ketawa hambar.
“That's a nice way of saying people are terrified of us.”
Ella membisu.
Tiga lelaki yang selama ini berebut membelikannya kopi…
Tiga lelaki yang membawanya ke rooftop…
Tiga lelaki yang berebut mendapatkan perhatian seorang penulis biasa dari Malaysia…
adalah tiga Moretti yang ditakuti dunia gelap Milan.
---
“Kenapa?”
Ella akhirnya bertanya.
Dante mengerutkan dahi.
“Kenapa apa?”
“Kenapa kalian dekat dengan aku?”
Soalan itu membuat ketiga-tiganya diam.
Ella tersenyum pahit.
“Aku bukan sesiapa.”
“Ella—”
“Aku cuma penulis.”
Matanya mula berkaca.
“Aku tak kaya macam kalian.”
Dia menunjuk semua kereta di belakang.
“Aku tak ada bodyguard.”
Kemudian menunjuk dirinya.
“Aku literally perempuan yang langgar kau sebab sibuk tengok phone.”
Vincenzo hampir tersenyum.
Tetapi air mata Ella membuat senyumannya hilang.
“So why me?”
Dante mahu menjawab.
Ella menggeleng.
“Jangan cakap sebab bookmark.”
Lorenzo perlahan-lahan tersenyum.
“No.”
Dia mendekat.
“Bukan bookmark.”
“Then?”
Lorenzo memandangnya tepat.
“Because you're Ella.”
Ella terdiam.
“That simple.”
Dante datang berdiri di sebelah Lorenzo.
“Kau tak tunduk bila bercakap dengan kami.”
Vincenzo berdiri di sebelah satu lagi.
“Kau tak tahu siapa kami, jadi kau tak pernah takut pada nama kami.”
Lorenzo menyambung.
“You treated us like men.”
Dante berkata,
“Not Morettis.”
Vincenzo tersenyum kecil.
“Dan kau panggil aku nobody-loves-you.”
Ella terlepas ketawa dalam tangisan.
“Still true.”
“Ouch.”
Untuk beberapa saat—
ketakutan itu hilang.
Hanya mereka berempat.
Seperti di café.
---
Kemudian bunyi enjin kereta di belakang berubah.
Crew Moretti terus bersedia.
Salah seorang daripada mereka mendekati Dante.
“Boss, vehicle is moving.”
Dante terus berpaling.
“Block it.”
“Understood.”
Beberapa SUV bergerak.
Ella tersentak apabila Vincenzo secara refleks berdiri di hadapannya.
Lorenzo berada di sebelah kirinya.
Dante di kanan.
Tanpa perlu berbincang—
mereka membentuk dinding di sekeliling Ella.
Melindunginya.
Ella memandang belakang mereka.
Something inside her broke.
Bukan kerana takut.
Tetapi kerana satu perasaan yang terlalu asing.
Sepanjang hidupnya, Ella selalu percaya bahawa jika sesuatu berlaku kepadanya…
dia perlu menghadapinya sendiri.
Kalau dia jatuh—
bangun sendiri.
Kalau dia takut—
pujuk diri sendiri.
Kalau dia menangis—
lap air mata sendiri.
Tetapi hari ini…
ada tiga orang berdiri di hadapannya.
Bukan kerana mereka diwajibkan.
Bukan kerana dia meminta.
Mereka hanya—
memilihnya.
Ella menunduk.
Tangannya mula menggigil.
Dante menyedarinya.
“Ella?”
Dia menggenggam kedua-dua tangannya sendiri semakin erat.
“Hey.”
Dante mendekat.
“Look at me.”
Ella tidak mampu.
Air mata jatuh.
“Ella.”
Dante mengangkat dagunya perlahan.
“What happened?”
Ella menggeleng.
“Nothing.”
“Don't lie.”
“Aku…”
Suaranya pecah.
“Aku tak pernah…”
Dia berhenti.
Lorenzo mendekat.
“Never what?”
Ella memandang ketiga-tiganya.
“Aku tak pernah rasa macam ni.”
Vincenzo mengerutkan dahi.
“Macam mana?”
Ella menangis semakin kuat.
“Macam…”
Tangannya kembali menggenggam erat jemarinya sendiri.
“…aku penting pada seseorang.”
Ketiga-tiganya membisu.
Dante kelihatan seperti seseorang baru sahaja menikam dadanya.
Ella cuba ketawa.
“Aku tahu bunyi stupid.”
“No.”
Dante terus menjawab.
“It's not.”
“Aku selalu fikir kalau aku hilang…”
Ella menyapu air mata.
“…orang mungkin sedih sekejap.”
“Tapi kalian…”
Dia melihat deretan SUV.
Crew Moretti.
Dua belas lelaki bersenjata.
Tiga pewaris mafia yang meninggalkan urusan bernilai jutaan hanya kerana satu panggilan daripadanya.
“Kalian datang semua ni…”
Dia ketawa kecil dalam tangisan.
“…sebab aku cakap ada kereta follow aku?”
Dante memandangnya seolah-olah jawapannya sudah jelas.
“Of course.”
“Why?”
Kali ini Dante tidak menjawab dengan kata-kata.
Dia mengambil tangan Ella.
Membuka genggamannya yang terlalu erat.
Kemudian memasukkan jemarinya di antara jemari Ella.
Lorenzo mengambil tangan sebelah lagi.
Vincenzo berdiri di belakangnya lalu meletakkan tangan lembut di atas kepalanya.
Ella membeku.
Dante berkata perlahan,
“Because you're important to us.”
Lorenzo menggenggam tangannya.
“More than you realize.”
Vincenzo menunduk sedikit.
“And apparently…”
Dia tersenyum.
“…more than any of us planned.”
Air mata Ella jatuh lagi.
Namun kali ini dia tersenyum.
---
Dante kemudian menjadi serius.
“Sekarang kau dah tahu siapa kami.”
Ella memandangnya.
“Aku tak akan tipu kau lagi.”
Dante melepaskan tangannya perlahan.
“Kau boleh pergi.”
Ella terdiam.
Lorenzo memandang Dante.
Vincenzo terus menegang.
Tetapi Dante meneruskan.
“If you walk away today…”
Rahangnya mengetat.
“…none of us will stop you.”
Vincenzo menunduk.
Lorenzo memasukkan tangan ke dalam poket.
Dante memandang Ella.
“Kami tak akan paksa kau masuk dalam dunia kami.”
“Dante…”
“Kau patut dapat pilihan.”
Ella melihat ketiga-tiganya.
Tiga lelaki paling ditakuti di Milan.
Namun sekarang—
tidak seorang pun berani menyentuhnya.
Mereka menunggu.
Memberikan keputusan sepenuhnya kepadanya.
Ella memandang jalan di belakang.
Dia boleh pergi.
Balik kepada hidup lamanya.
Lupakan café.
Lupakan rooftop.
Lupakan Moretti.
Mungkin itu pilihan paling selamat.
Ella mengambil satu langkah.
Vincenzo menahan nafas.
Dua langkah.
Lorenzo menunduk.
Dante tidak bergerak.
Kemudian Ella berhenti.
Dia berpaling.
Berjalan semula.
Terus menuju mereka.
Dan tanpa berkata apa-apa—
Ella memeluk ketiga-tiganya.
Dante membeku.
Lorenzo terkedu.
Vincenzo terus tersenyum.
Ella menekan wajahnya ke dada Dante sementara kedua-dua tangannya cuba memeluk mereka bertiga.
“I'm scared.”
Dante akhirnya memeluknya.
“I know.”
Lorenzo menyertai.
“You should be.”
Vincenzo merangkul mereka dari belakang.
Ella ketawa kecil sambil menangis.
“But…”
Dia menggenggam kain suit Dante erat.
“…aku tak nak pergi.”
Dante menutup mata.
Lorenzo mencium perlahan atas kepalanya.
Vincenzo menyandarkan dagu pada rambut Ella.
Di sekeliling mereka, crew Moretti memalingkan pandangan, memberi ruang kepada tiga boss mereka.
Lelaki-lelaki yang mereka kenali sebagai dingin.
Kejam.
Tidak mempunyai kelemahan.
Kini memeluk seorang perempuan kecil seolah-olah seluruh dunia mereka berada di dalam pelukan itu.
Dan bagi Ella—
itulah kali pertama.
Kali pertama dia tidak perlu meminta seseorang untuk tinggal.
Kali pertama dia tidak perlu menjadi kuat seorang diri.
Kali pertama dia merasakan dirinya bukan sekadar disukai.
Tetapi—
dihargai.
Dilindungi.
Dipilih.
Dan mungkin…
dicintai sepenuhnya.
Oleh bukan seorang.
Bukan dua.
Tetapi tiga lelaki Moretti yang paling ditakuti di Milan.
Ella belum menjinakkan mereka.
Belum.
Tetapi pada petang itu, seluruh crew Moretti menyaksikan sesuatu yang jauh lebih mustahil.
Dante, Lorenzo dan Vincenzo Moretti akhirnya mempunyai seseorang yang mereka takut untuk kehilangan.
Share this novel