BAB 10

Drama Completed 417

Esoknya aku pergi buat kerja gila. Pagi-pagi lagi aku dah tercegat depan
klinik Hafidz . Jangan tanya aku kenapa sebab aku pun tak tahu. Memang
dah jadi hobi aku gamaknya datang sini pagi-pagi lepas tu duk tercegat
depan klinik ni.
“Assalamualaikum.”
Aku terus berpaling ke arah suara lembut yang memberi salam tadi. Ni la
Amy tu kan? Kenapa bila tengok depan-depan lagi cantik ni?
“Waalaikumussalam…” Aku tersenyum sumbing. Nak lari ke tak ni? Kalau
lari, nampak pelik pulak.
“Cik nak cari siapa?”
“Err… saya…”
“Awak tunggu saya ke?” Tiba-tiba satu suara yang tak asing lagi dekat
telinga aku kedengaran dan dia berdiri di sebelah aku sekarang ini.
“You know her?”
Hafidz tersenyum. “Ni tunang I, Syaza.”
Amy pandang aku dengan mulut terlopong sebelum dia memeluk erat tubuh
aku. “Saya dah lama nak jumpa awak, Syaza. Alhamdulillah hari ni jumpa
jugak.” Aku yang baru nak tersenyum dan membalas pelukan dia terus
terdiam bila selepas itu dia bisikkan sesuatu. Sesuatu yang hanya aku
dan dia dapat dengar.
“Kau takdelah cantik mana pun sampai Hafidz boleh tergila-gilakan kau.”
Sungguh aku rasa macam nak layangkan penumbuk dekat muka dia. Dasar
talam dua muka! Suka hati dia aje nak sakitkan hati aku! Kau ingat kau
siapa?
Aku terus ketawa yang dibuat-buat sebelum menolak jauh tubuh Syaza.
Kemudian aku pandang Hafidz dengan raut muka yang tenang.
“Abang, mak ajak abang makan sama-sama malam ni.” Tak pernah-pernah aku
panggil Hafidz ‘abang’ sebelum ni. Muka Encik Tunang pun dah naik pelik
aku tengok. Terkejut gamaknya aku panggil dia ‘abang’.
“Abang?”
“Ye. Abang la…” Mohon Encik Tunang jangan nak malukan aku dekat sini.
“Pukul berapa?”
“Lepas maghrib insya-Allah. Abang jangan lupa tau.”
Hafidz tersenyum. “Insya-Allah tak lupa. Nanti Syaza ingatkan abang
balik ye.” Sengaja je Hafidz tekankan perkataan ‘abang’ tu dekat aku.
Menyindir ke apa?
“Insya-Allah.” Aku turut tersenyum tapi senyuman aku senyuman
kemenangan. Aku bahagia sebab berjaya buat Amy makin cemburu. Padan muka
kau! Nak cari pasal sangat dengan aku kan? Salah oranglah!
“Syaza balik dulu ye.”
Hafidz mengangguk dan aku berpaling ke arah Amy. “Saya balik dulu ya.”
Aku sempat tersenyum sinis sebelum melangkah ke kereta dan membuka pintu
kereta.
“Saya tahu apa yang awak buat tadi.”
“Ya Allah! Awak ni kalau tak buat saya terkejut tak boleh ke? Tiba-tiba
je ada dekat sini.”
Hafidz tersengih. “Apa yang Amy bisik dekat awak tadi?”
“Mana ada.”
“Ada. Saya nampak muka awak berubah tadi. Gaya awak macam nak tumbuk dia
pun ada.”
“Nampak sangat ke?” Dengan Hafidz memang tak boleh nak menipu. Dia tahu je…
“Tak sangat tapi saya kan kenal awak.” Dia senyum bangga.
Aku mencebik. “Baik awak keluarkan dia dari klinik awak sebelum muka dia
bersepai nanti.”
“Apa yang dia cakap dekat awak?” Soal Hafidz dengan dahi berkerut.
“Yang saya ni tak cantik mana pun sampai awak boleh tergila-gilakan
saya.” Ucapku tanpa perasaan.
Muka Hafidz terus berubah. “Awak pasti dia cakap macam tu?”
“Awak ingat saya ni suka menipu ke?” Aku balas balik dengan soalan.
Hafidz kelihatan tegang sekarang ni. Kalau tadi dia mungkin ada
senyum-senyum jugak tapi sekarang ni muka dia menakutkan. Tak pernah aku
tengok muka dia macam ni dan sejujurnya aku rasa takut jugak.
“I’ll talk to you later. I need to see her now.”
“Awak nak buat apa?”
“Nothing.”
“Hafidz …”
“Don’t worry, Syaza. Saya takkan buat kerja gila.” Dia senyum kecil bagi
menenangkan hati aku. Memanglah aku geram dekat Amy tapi tak naklah
sampai Hafidz pulak yang bergaduh dengan dia. Biarlah aku yang gaduh
dengan Amy tu. At least kalau nak bertarik tudung pun, perempuan sama
perempuan.
“At least bagitahu saya apa awak nak buat?”
“Saya nak pecat dia.”
“Itu je?”
Hafidz berpeluk tubuh dan memandang aku dengan senyuman. “Awak nak saya
pinang dia ke?”
“Don’t you dare, Mr Hafidz !” Laju aje aku membalas. Ada hati nak pinang
orang lain. Nak kena cepuk dengan aku ke?
“Tahu pun jealous.”
“Saya tak jealous. Okeylah, memandangkan awak nak pinang dia…” Aku
berpura-pura nak tanggalkan cincin tunang dari jari manis aku tapi
cepat-cepat Hafidz menghalang.
“Syaza, kalau awak tak nak saya bawak awak pergi jumpa tok kadi sekarang
jugak… baik awak jangan tanggalkan cincin tu.”
Aku tersengih. “Saya main-main je.”
“Sejak bila awak pandai bergurau dengan saya?”
“Sejak saya rasa nak bergurau dengan awak. I better go now. Make sure
Amy tu sedar diri sikit ye. Saya tak naklah buat muka dia bersepai
dengan tumbukan padu saya.” Aku senyum dan cepat-cepat masuk ke dalam
perut kereta. Hafidz hanya mampu menggeleng kepala sambil memandang aku
yang sempat melambai kecil sebelum memandu pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience