BAB 5

Drama Completed 417

Abang tersengih lebar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam
rumah. Dia masih lagi tersenyum sebaik sahaja duduk di sebelah aku dan
kemudiannya dia menayangkan telefon bimbit dia pada aku.

“Apa?”

“Cuba baca...”

Aku ambil telefon bimbit dari tangannya dan membaca satu
mesej yang agak panjang daripada seseorang. Makin lama aku baca, makin
besar mata aku dibuatnya. Gila ke apa orang ni?!

“Abang! Lelaki gila mana pulak ni?!”

“Lelaki gila apa kebendanya?”

“Gilalah!”

Abang dah ketawa. “Dia tak gila. Dia cuma dah falling in
love...”

“He’s crazy! Jauhkan orang macam tu dari Syaza.” Aku memeluk
tubuh. Siapa agaknya lelaki yang ajak dia kahwin tu? Siap mesej dekat
abang lagi cakap yang dia sayang aku. Hah, entah apa-apa!

“Kesian Doktor Hafidz . Sampai hati Syaza cakap dia gila...”

Aku terus pandang abang dengan muka tak percaya. Doktor
Hafidz ? Doktor Hafidz yang comel bila senyum tu ke? Doktor Hafidz
yang dah buat jantung aku berdegup kencang setiap kali aku jumpa dia tu ke?

“Doktor Hafidz , Klinik Harmoni?”

“Ya la. Kawan abang. Crush Syaza dari dulu sampai sekarang tu.”

Aku gigit bibir. “Bukan crush Syaza la!”

Abang tersengih aje. “Dia cakap dia nak pinang Syaza.”

“Tipu! Syaza tak percaya tu dia.”

“Tak percaya cuba call dia. Tengok suara siapa yang angkat
phone.” Abang dah bagi balik telefon bimbit dia dekat aku dan tanpa
sempat aku nak cakap apa-apa, dia terus tekan butang dial. Sengaja dia
tekan pembesar suara supaya aku boleh dengar dengan jelas siapa yang
angkat telefon tu nanti.

“Assalamualaikum Rul. Kenapa?”

Nafas aku bagaikan terhenti. Jantung yang berdegup kencang
tadi menjadi semakin kencang. Lama aku pandang telefon bimbit abang
dengan muka yang terkejut sebelum tiba-tiba aku menjerit lantang dan
berlari naik ke tingkat atas. Aku langsung tak pedulikan abang yang dah
ketawa besar dan suara Doktor Hafidz yang terkejut apabila mendengar
jeritan aku. Arghhh! Aku malu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience