BAB 2

Drama Completed 417

Aku renung Amanina yang tengah khusyuk memerhati abang aku yang tengah
bercakap dekat telefon. Aku tersenyum apabila melihat Amanina yang
tiba-tiba tersenyum sebelum menunduk kepalanya. Entah apalah yang minah
tu tengah fikir agaknya?
“Ehem...ehem!”
Amanina pandang aku sebelum menjongket kening tanda bertanya. Aku hanya
tersenyum sumbing sambil menghalakan jariku ke arah abang. Dia terus
membulatkan matanya, konon-konon tak suka padahal aku tahu dia suka!
Saja je tu!
Selepas abang selesai bercakap dekat telefon, terus dia masuk dan duduk
di sebelah aku.
“Siapa tu?” Soalku sambil memandang telefon bimbit di tangan abang.
“Kawan...” jawabnya ringkas sebelum memasukkan telefonnya ke dalam poket
seluar. Dahi aku berkerut. Entah kenapa aku macam tak percaya apa yang
abang cakap.
“Abang jangan tipu Syaza.”
Abang pandang aku sebelum ketawa kecil. “Kenapa pulak nak tipu?” Dia
berkata sambil menjongket kening.
“Abang....”
“I like her...”
Aku terdiam. “Siapa dia tu?”
Syahrul pulak yang terdiam. Aku garu kepala sebelum memandang ke arah
Amanina yang duduk agak jauh dari kami berdua. Kalau dia tahu hati abang
dah berpunya, apa agaknya reaksi dia?
“Nor Syaza binti Ahmad...”
“Doktor dah panggil tu...”
Aku pandang abang sebelum bangkit dari duduk dan masuk ke dalam bilik
doktor. Memang kalau ikutkan hati, tak ada maknanya aku nak masuk
sorang-sorang dalam bilik doktor tu tapi masa abang cakap nak teman aku
dalam kereta tadi, aku cakap tak nak. Konon-konon nak buat berani tapi
bila dah masuk dalam bilik ni, rasa macam nak menjerit panggil abang kat
luar.
“Cik Nor Syaza?”
“Ya...” Aku pandang doktor lelaki dekat depan aku sekarang ni. Dia hanya
tersenyum sebelum menghalakan tangannya pada kerusi panjang. Aku menelan
liur sebelum tersenyum sumbing. Jantung pulak dah berdegup kencang.
“Duduk dekat sini ye, doktor?”
“Ya... Duduklah. Saya nak check dulu. Oh ye, saya Doktor Hafidz .” Dia
memperkenalkan diri sambil menyarung sarung tangan getah.
Aku angguk sikit sebelum duduk di atas kerusi panjang tu. Aku menurut
lagi apabila doktor tu suruh aku baring dan bukak mulut luas-luas.
Nyaris aku nak termuntah bila dia masukkan cermin tu ke dalam mulut aku.
“Gigi awak berlubang...”
“Besar ke kecik?”
“Sederhana...” Dia tersenyum kecil. “Kita terus tampal ye?” Dia
mengarahkan sesuatu dekat pembantu dia sebelum kembali memandang aku
yang dah serba tak kena.
“Okey...”
“Awak takut ke?”
Aku angguk. Memang tak nak tipu. Aku memang takut! Takut sangat-sangat!
“Relaks je. Tak sakit pun.” Dia memujuk perlahan sambil melabuhkan duduk
di atas kerusi di sebelahku. Aku pandang muka dia lama. Comellah pulak
muka doktor ni bila dia asyik senyum. Manis je!
“Kita start sekarang ye...”
“Doktor!” Aku jerit kuat sebelum duduk. Doktor Hafidz dah pandang aku
lain macam. Dia yang baru nak menyentuh alat-alatan yang tersusun dekat
atas dulang besi terus terhenti.
“Err... doktor nak tampal gigi je kan?” Tanyaku cemas.
“A’ah. Kenapa?”
Aku menggeleng sambil menarik nafas lega. Setakat tampal takpe lagi,
tapi janganlah cabut. Mau bergegar klinik ni nanti dengan jeritan aku!
“Kalau awak nak saya tampal hati awak pun boleh.”
Aku tercengang. Kenapa nak tampal hati pulak ni? Apa kaitan hati dengan
gigi?
“Kenapa pulak, doktor?”
Doktor Hafidz tersenyum sebelum menyuruh aku baring balik. Aku hanya
menurut tapi aku tetap jugak nak tahu kenapa dia nak tampal hati aku ni?
“Doktor, kenapa?”
“Kenapa apa?” Dia suruh aku bukak mulut.
“Kenapa doktor nak tampal hati saya?”
“Supaya ada nama saya dekat hati awak tu,” balas Doktor Hafidz tenang
sambil tersenyum. Mata aku terus membulat. Ya Allah, mulut doktor ni!
Manis bukan main! Sebab selalu check gigi orang ke?
“Haaa... okey, doktor boleh tampal GIGI saya sekarang.” Aku tekankan
perkataan gigi.
Doktor Hafidz hanya ketawa sebelum melakukan kerja dia. Aku pulak dah
terpaku. Melihat wajah dia yang sedang bersungguh-sungguh menampal gigi
berlubang aku, entah kenapa buat aku rasa tenang. Buat semua ketakutan
aku hilang. Sama macam doktor gigi aku masa kecil dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience