Rate

prolog

Action Series 3492

Ruang tamu itu harum dengan bau ros dan bunga hidup yang cantik dihias disekeliling pelamin putih bersih itu.

Namun bau harum itu tidak ditemani dengan suasana yang tenang. Kesemua tetamu yang menghadiri majlis akad nikah itu dalam keadaan resah. Ibu bapa pengantin perempuan langsung tidak senang duduk. Berulang-alik dari ruang tamu dan bilik pengantin perempuan.

"Kakak, Aidil dah sampai ke belum?"

Iffah mengenggam erat iPhone X-nya, masih menanti balasan dari pihak sana.

"Belum, ibu."

Bapa Iffah, Encik Hilmi mendengus kasar. Malu keluarganya sekiranya lelaki bakal menantunya itu tidak tiba.

"Encik, kita tak boleh teruskan tanpa pengantin lelaki." Tok kadi yang dari diam kini membuka bicara. Hampir dua jam mereka menunggu kedatangan pengantin lelaki. Kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan.

Apabila ditanya keluarganya, mereka menjawab lelaki itu ada ketika perjalanan ke rumah pengantin perempuan bermula. Kini, kereta yang dipandu oleh adik pengantin lelaki itu tidak dapat dihubungi.

Iffah sudah resah. Berkali-kali aplikasi WhatsApp itu direfresh. Mengharapkan balasan.

Namun keputusannya masih sama. Mesej yang dihantar masih bertanda bluetick.

Iffah mengeluh. Matanya melihat diri sendiri di cermin. Terhias cantik wajahnya dengan serbuk-serbuk mineral makeup. Kepalanya juga diletakkan tiara yang indah mata memandang. Iffah mengukir senyum sedikit dalam runsingnya.

Ting!

Iffah cepat-cepat membuka semula phonenya sebaik bunyi notifikasi itu berdering. Bridesmaidsnya juga ikut sama mengintai.

Iffah tergamam. Hatinya terasa ngilu. Jantungnya ibarat dihiris dengan pisau yang dibakar dek api. Sakit dalam hatinya tak dapat diungkap kata. Air mata yang bertakung mula jatuh ke pipi.

"Sorry, I couldn't make it. I've found my lover, and it is not you."

Hatinya ibarat kaca yang sengaja dijatuhkan. Berderai.
***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience