Rate

satu

Action Series 3492

Alunan ayat suci Al-Quran bergema disegenap ruang rumah sewa kecil itu. Kegelepan malam menenggelamkan cahaya, hanya bunyi jarum jam yang berdetik menemani si pembaca Al-Quran itu.

Pukul 4 pagi. Tahajud. Satu ibadah yang diharapkan dapat membantunya di barzakh kelak.

Terjemahan ayat suci surah Al Waqiah itu terasa menekam jiwa. Apatah lagi ayat-ayatnya yang sedap didengar dan dibaca. Suaranya yang merdu itu menambah keasyikan membacanya —suatu perasaan yang amat diidamkan oleh para huffaz.

Tenggelamnya si hawa dalam pembacaannya seolah memisahkan diri dari dunia sebenar. Sehinggalah ketukan pintu membawanya semula ke dunia realiti.

Berkain sembahyang, dia menuju ke tingkap. Mengintainya terlebih dahulu. Siapa yang datang ke rumahnya — pukul 4 pagi?

Disebalik langsir yang diselak, matanya menyapa kelibat seorang lelaki —berpakaian hitam, mengerang kesakitan. Tangannya diletak di kiri perut, seolah-olah menahan sesuatu daripada jatuh.

Mata mereka bertemu.

Iffah Al-Zahra' tergamam. Mata hitam lelaki itu tajam seperti menikam hatinya. Namun disebalik ketajaman matanya itu, Iffah dapat merasakan lelaki itu yang memerlukan pertolongannya.

Sebagai seorang hawa, dia masih ragu-ragu.

Tingkap itu dibuka sedikit.

"Cik..." suranya garau dan dalam, seolah menahan kesakitan yang amat.

"Cik.... maaf menganggangu. Your house is the closest. I need... a place... to cure..." Nafasnya tercungap-cungap menahan kesakitan.

Dalam ragunya, Iffah masih ada belas kasihan. Hatinya mengalun zikrullah, batinnya meminta Allah untuk melindunginya dari bahaya. Sekiranya benar lelaki itu manusia, Iffah berharap pertolongannya dikira sebagai satu amalan. Sekiranya lelaki itu bukan manusia, Iffah berharap ianya satu ujian. Sesungguhnya Allah itu Maha Melindungi.

Tangannya mencapai segugus kunci. Lincah dia membuka pintu gril hadapannya. Sebaik sahaja pintu itu dibuka, lelaki itu terus jatuh dalam pangkuannya. Iffah tergamam seketika.

Keadaan lelaki itu sangat lemah dan tidak berdaya. Tangannya masih di dada kirinya. Iffah memapahnya ke sofa, membaringkan lelaki itu disitu.

Menerima tetamu pada pukul 4 pagi bukanlah perkara yang normal. Kedudukan lelaki itu dibetulkan supaya selesa. Deruan nafas lelaki itu berat, keningnya juga berkerut seribu, matanya terkatup rapat. Iffah melangkah ke dapur untuk mengambil segelas air buat lelaki itu.

Ketika itulah, dia terkesima melihat kain telekungnya yang asalnya berwarna putih, dipenuh tompokan merah darah. Telekungnya basah dengan cecair itu. Segera kepalanya dipusingkan ke arah lelaki yang tidak ketahui asal-usulnya itu.

Lantas kaki bertukar arah. Dia terus ke biliknya mengambil first-aid kit. Lelaki itu beruntung memilih rumahnya sebagai tempat berteduh kerana dirinya seorang pelajar perubatan.

Meskipun seribu satu soalan bermain dimindanya, dia terpaksa menelannya. Keselamatan lelaki itu lebih penting. Dia lebih risaukan kehilangan seorang nyawa hamba Allah.

"Encik, boleh tolong alihkan tangan encik? Saya nak rawat encik."

Mata lelaki itu terbuka, memandang dirinya. Iffah yang tidak biasa dipandang sebegitu menjadikan dirinya sedikit kaget.

"What are you...? A doctor..? A nurse..?"

Iffah menelan liur. Suara lelaki itu seolah menguji keikhlasannya.

"Medical student. Saya minta maaf, mungkin ilmu saya tidak memandai, tapi saya harap saya dapat membantu."

Mata mereka bertembung lagi. Kali ini renungan lelaki itu mula meredup. Tangannya dijatuhkan, memberi izin kepada Iffah untuk merawatnya.

Luka lelaki itu membuatkan Iffah tersentak. Dia kenal luka itu. A gunshot wound. Iffah menelan liur sekali lagi. Lelaki dihadapannya ini, bukan calang-calang orang. Could be a hero, or a villian.

A gunshot wound, jika lelaki ini dibawa ke hospital, lelaki ini akan disiasat. Penggunaan senjata api sangat ketat di negara ini. Bila difikirkan, lelaki ini pastinya menolak untuk pergi ke hospital— kerana itu rumahnya dipilih menjadi tempt persinggahannya.

Dia memeriksa dahulu keadaan lelaki itu. Melihat kemungkinan lelaki itu mempunya luka ditempat lain. Juga memeriksa kedalaman peluru itu menembus badannya.

"Encik, saya nak keluarkan peluru ini dulu. Encik tahan sakit sikit, ye?"

Foceps dibenam kan dalam luka itu memcari peluru. Lelaki itu menjerit kecil menahan sakit namun Iffah tak mampu membendungnya kerana tak mempunyai antibiotik. Dia terpaksa melakukan dengan cara yang dry demi nyawa lelaki itu.

Peluru itu dipegang erat dan diletakkan ke tepi. Sedikit lega melihat alat pemusnah itu sudah dikeluarkan. Darah kini berlumba-lumba untuk tumpah ke lantai. Pantas Iffah mencapai bandages lalu membalut tubuh lelaki itu.

Dalam kekalutannya, Iffah terpandangkan sebentuk cincin yang cantik memeluk jari panjang lelaki itu. 

The Falcon ring.

Melihatkan cincin itu, Iffah sedikit terkejut, namun dia menahan. Dia tahu lelaki itu bukan sembarangan orang. Cincin itu sudah cukup menjadi tanda.

Iffah menyiapkan balutan terakhirnya dan mengemas segala kekotoran yang barang-barang medikalnya.

"Kau.... benarkan aku untuk bermalam disini?" suara lemah lelaki itu menyapa gegendang telinganya.

Iffah hanya memandang dengan hujung mata.

"Asalkan awak tak buat apa-apa yang membahayakan saya dan rumah saya, saya izinkan."

Risau juga dirinya dalam bahaya kerana lelaki itu tidak diketahui asal-usulnya, dan sekarang pukul 4 pagi, macam-macam kemungkinan boleh berlaku.

Tisu dan bandage lebihan itu dibawa ke dapur dan dibuang ke dalam tong sampah.

Sebelum naik ke biliknya di tingkat atas, Iffah sempat memandang lelaki di sofa itu sedang memejamkan matanya. Ada sesuatu yang menganggu fikiran Iffah.

"Jangan risau, aku takkan mencuri apa-apa dari rumah kau."

Iffah sedikit tersentak. Bagaimana dia boleh tahu apa aku fikir...?

Yang pasti dia tahu lelaki itu bukan sembarangan orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience