Rate

dua

Action Series 3492

Royal Medical College

"Di, kau ada dengar apa- apa pasal The Falcons tak?" buku-buku tebal itu diletakkan diatas meja. Dia melabuhkan duduk disebelah Diana.

Diana ketika itu sedang sibuk menyediakan peralatan alat tulis dan buku nota untuk kelas. "The Falcons? Boyband tu ke?"

"Bukan yang itulah! Haih, tak apalah, Diana. Aku rasa kepala aku dah tak berapa betul kebelakangan ni."

Perkara yang berlaku semalam cuba dipadamkan dari kotak fikiran. Satu keluhan dilepaskan.

Pagi tadi, ketika Iffah sudah bersiap untuk solat Subuh, sempat dia menjenguk ke ruang tamu untuk memantau lelaki tersebut. Namun kelibat lelaki itu tidak kelihatan. Yang dijumpai hanyalah seutas bracelet yang bertarah helang ditinggalkan.

The Eagle's bracelet.

Namun ada sesuatu yang ganjil.

Tisu dan bandages yang digunakan semalam, yang dibasahi darah lelaki itu tidak ada di dalam tong sampah. Malah, setitik darah pun langsung tidak dijumpai. Bahkan kawasan di luar rumah pun seolah-olah tidak ada kesan seseorang menjadi tamunya semalam.

Betul ke apa yang terjadi semalam betul-betul terjadi? Atau aku sebenarnya tertidur dan bermimpi?

Tapi..... bracelet tu?

***

Malam.

"Kau sure tak nak ikut aku pergi Family Concert tu? Jarang dapat opputurnity ni, tau! Jomlah, Iffah,, jomlah!" Si Diana dari tadi merungut untuk mengajaknya ke Family Concert itu. Iffah menggeleng perlahan.

"Maaf, Di. Aku betul-betul tak larat. Lagipun, banyak sangat kerja kena buat ni. Lain kali, boleh?" Wajahnya menarik muka meminta belas kasihan. Dia tahu Diana akan melepaskan dia kali ni.

Diana hanya mencebik."Iffah, have some fun please. Aku risau kau, kebelakangan ni kau makin kurus. Kau tak pergi Family Concert ni, tak apa. Aku cuma nak kau have fun je. Tengok movie, baca buku. Hilangkan stres kau. Jangan workaholic sangat, tau."

Iffah membentuk senyum. "Iye, Diana sayang. Aku pandai jaga diri. Nanti kalau aku dah sampai rumah aku mesej kau, okay?"

Mereka bertukar salam sebelum berpisah jalan.

Iffah sebenarnya masih larat. Agak penat, namun tidak melarat. Dia merancang untuk menikmati udara malam berseorangan, ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur ini. Untuk mencari ketenangan seorang diri.

"'Cause if you think I'm such a happy person, no
You are wrong by saying my laughter is,"

Telinganya tiba-tiba terdengar alunan gitar dijalanan. Busker. Orang ramai duduk dibangku-bangku disekitar kumpulan busker itu. Sama seperti dirinya juga, menikmati hening malam.

Iffah tersenyum sendiri. Entah mengapa lirik lagu yang dinyanyikan oleh sekumpulan busker itu agak menyentuh perasaannya.

Dia duduk sama mereka mendengar alunan lagu itu.

"Living all alone kinda forgot it's been that long
Since someone's gone,"

Dalam hatinya dia mengeluh. Dia berharap happiness akan kembali menyapanya. Sejak kejadian itu berlaku, dirinya seolah-olah tiada perasaan. Terasa bungkam. Terasa tawar hatinya untuk membuka semula pintu hatinya yang kini terkatup kemas.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummussalam." Spontan dia menjawab tanpa menoleh ke arah gerangan tersebut.

"Kamu buat apa malam-malam macam ni? Anak dara macam kamu tak elok berkeliaran di luar."

Iffah mengangkat kepalanya. Matanya menyapa senyuman manis seorang perempuan 60-an, sedang melabuhkan duduknya disebelah Iffah. Ditangannya bergayut pelbagai plastik.

Iffah membalas senyuman itu. "Tiada apalah, makcik. Saya akan balik lepas ni. Makcik dari mana?"

"Makcik baru balik jumpa anak makcik di hospital. Makcik tengah sibuk sediakan barang untuk buka kedai, tiba-tiba dapat call, anak makcik accident. Masih lagi koma." dalam ceritanya, terselit rasa sedih yang tidak dapat diselami.

Iffah turut merasakan kesedihan itu. Dalam hatinya diucapkan innalillah. Semoga makcik ini tenang dalam menghadapi musibahnya.

"Nah, ambillah ni." satu plastik dihulurkan kepada Iffah.

Wajahnya bertukar kerut. Disambut huluran makcik itu berserta ucapan terima kasih.

"Em, apa ni, makcik?"

"Anak makcik yang koma itu, lelaki. Isterinya maut. Baru je kahwin, takde anak lagi. Makcik pun tak ada anak perempuan lain. Makcik bagi ni kepada kamu, bawalah dia ke tempat yang baik-baik."

"Makcik dah nak balik ni, kamu kena balik jugak. Jangan lama-lama diluar."

Iffah tersenyum segaris. Lama-kelamaan kelibat makcik itu hilang dari pandangannya.

Plastik yang berbalut kemas itu dibuka. Matanya terbuntang.

High heels.

Ukirannya nampak minimal, tetapi sangat cantik. Nampak baru. Mungkin digunakan dalam dua tiga kali. Iffah jatuh cinta pandang pertama dengan kasut itu.

Tidak pasti samada kasut itu saiznya atau tidak. Iffah malas untuk memikirnya.

Dia bangun. Orang ramai masih tidak berganjak. Busker tadi menukar lagu Happy-skinnyfabs kepada right here-keshi.

Langkah diatur balik ke rumah.

***
"Astaghfirullah, aku tidur mati ke?"

Lena Iffah terganggu apabila terasa smartwatchnya bergetar mematuhi alarm yang ditetapkan. Dia menggosok matanya sambil menilik jam tangannya.

4 pagi.

Iffah menolak perlahan selimutnya lalu bergerak ke tandas. Mengambil wudhuk. Telukung disarungkan di kepala, sejadah dihamparkan. Seketika kemudian, sayup kedengaran takbir diangkat.

Selesai memberi salam, entah mengapa Iffah terasa dirinya tertarik untuk menilik high heels yang diberikan makcik tadi. Dia betul-betul jatuh cinta pandang pertama dengan kasut itu. Iffah bangun dari duduknya, bergerak ke meja mencari plastik kasut itu.

Tangannya menyentuh lembut permukaan kasut itu. Dia dapat memahami perasaan pemiliknya ketika membelinya. Pasti penuh dengan perasaan, kasut itu seolah-olah menjiwai dirinya.

Kasut itu diambil dan dipakaikan ke kaki. Muat. Sama seperti saiz kakinya. Kenyataan itu mengundang perasaan gembira bagi Iffah. Setidaknya dia tidak perlu membuang atau sedekahkan kepada sesiapa. Kasut itu menjadi hak mutlak dirinya.

Ketika kasut sebelah lagi ingin disarungkan, Iffah merasa sesuatu yang tidak kena. Kasut itu diangkat dan ditelengkan kebawah. Sesuatu jatuh bertemu lantai.

Keningnya terangkat. Dia tunduk mencapai objek yang jatuh itu.

The eagle's bracelet. Yang lelaki misteri itu punya.

Kerutan muncul di dahi Iffah. Di yakin dia letak bracelet itu didalam kotak, lalu disimpan dalam almarinya. Macam mana dia boleh ada di sini?

Tak mustahil untuk sesuatu objek ada dua.

Lamtas dia bergegas ke almari. Rakus alamri itu dibuka mencari kotak yang menyimpan bracelet itu. Kotak itu terus dibuka.

Bracelet itu hilang dari tempatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience