BAB 6

Romance Completed 13883

Tak terasa hari ini dah sebulan kami menjadi suami isteri . Terasa indah
setelah berkahwin , masak untuk dia , sediakan baju untuk dia ,
bersembahyang dengan dia . sejujurnya sebelum aku menikah , aku jarang
menunaikan sembahyang 5 fardhu , tapi setelah kahwin , Ashraff selalu
membawa ku berjemaah . Mikael , semakin rapat dengan Ashraff . Sehari
Ashraff tak pegang dia , mengamuk Mikael . Manja lah tu . +

Hari ini kami nak balik kampung Ashraff . Katanya semua saudara mara dia
berkumpul di kampung nak sambut birthday Tok . Tok ! rindu nya aku
dengan wanita itu , dia selalu mengajar ku masakan masakan kampung ,
wesh favourite aku tu . Tok juga selalu berlawak dengan aku , teringat
apabila kami di kahwin kan . Aku tengah syok mengalirkan air mata , Tok
pulak asyik nak berlawak dengan aku . Kami akan tinggal dikampung selama
seminggu . Um tiba tiba pula rindu kampung ku .

Kami disambut oleh tok dan keluarga yang sudah datang kesana lebih awal.
Kami bersama sama menikmati jamuan petang . Selepas menikmati jamuan ,
kami bejalan menuju ke rumah sebelah , dimana kami dan sepupu yang lain
akan tinggal. Pelbagai kerja yang kami lakukan hari itu. Sambil itu ,
aku berkenal kenalan dengan keluarga Ashraff . yelah bukannya sempat
hari itu nak berkenalan .

Ashraff's Pov

Aku melihat Nurin yang menemani Mak su memasak di belakang halaman rumah
. Sambil itu dia mendukung Mikael di tangannya . Terasa susah untuk dia
bekerja . Akhirnya aku membuat keputusan untuk dapat mengambil Mikael .
Tiba tiba sepupuku , Sham mengambil Mikael dari tangan Nurin . Terasa
panas hati ini lalu mendekati Sham dan Mikael .
Aku menghulurkan tangan ku untuk menyambut Mikael .
" Sini Mika dengan Ayah"
" tak payah susah susah Ash . Biar aku je jaga Mikael ni "
" Memang kau boleh jaga Mikael tapi nanti kalau orang nampak aku relax
je lepastu anak aku orang yang jaga , takut pula orang akan mengata aku
ni Bapa yang pemalas lah , tak sayang anak lah . " dia terus memberikan
Mikael kepada ku kerana takut dia akan bertikam lidah dengan aku . Aku
memang tak suka Sham dari dulu . Adakah patut dia puji Nurin sepuas hati
nya , kata Nurin ni bak bidadari lah , dan pernah hari tu dia cuba untuk
rapat dengan Nurin . Nurin ni pun satu kenapa lah dia layan lelaki gila
tu .

Nurin datang menghampiri ku dengan membawa secawan kopi. Aku menyambut
kopinya tanpa senyuman . Mikael diambil dari tangan ku .
" kenapa biarkan Sham jaga Mikael ? saya kan ada . "
" dia yang nak. "
" lain kali panggil saya . saya tak suka lihat dia rapat dengan awak .
macam kehabisan perempuan pula nak urat bini orang "
" cemburu ? "
" dah lah , saya nak habiskan kopi ni . saya nak mandi lepas ni. "

Cemburu ? Laki mana tak cemburu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience