Series
3002
Dalam kesejukan malam kelihatan seorang gadis berjalan sambil membawa beg bajunya perlahan.Dia berhenti seketika di tepi jalan kerana lenguh berjalan sedari tadi.
"Aduh.Sakitnya kaki aku.Macam mana ni aku tak tahu nak tinggal kat mana lagi.Kalau nak pergi kat KL mesti lama lagi boleh sampai kalau berjalan kaki je.Harap ada lah yang lalu waktu macam ni."
Ain memandang kawasan pekan yang sunyi itu.Seram pula Ain dibuatnya melihatkan yang tiada langsung yang lalu pada waktu itu.Yelah pukul 2 pagi siapa je yang ada.
Dek kerana rasa letih yang melampau,Ain tertidur dengan hanya beralaskan kain tuala dari beg bajunya.
.
.
.
.
.
.
.
Ain terdengar suara perempuan menjerit dengan kuat seperti meminta tolong.Ain terus bangun dari tidurnya dan mencari punca suara itu.Dia melihat dua orang lelaki sedang mengejar seorang lelaki yang memegang beg.Mungkin beg itu kepunyaan perempuan yang menjerit di hujung sana.
Dek kerana asyik pandang ke belakang,peragut itu terlanggar tubuh Ain.Kepala Ain terhantuk di tiang yang berada berhampiran dengannya.Ain terjatuh sambil mengaduh kesakitan.Tiba tiba dia merasa pening yang amat sehingga tidak sedar kan diri.Darah keluar berlumuran di kepalanya.
"Hah kau nak lari mana lagi.Kerja asyik nak mencuri je."seorang lelaki menghampiri peragut itu dan melepaskan tumbukan yang agak kuat bertubi tubi.
Manakala seorang lagi lelaki menghampiri Ain.Dia melihat Ain tidak sedarkan diri.
"Cik.Cik okey ke?Cik?"Lelaki itu terkejut melihat banyak darah yang keluar dari celah tudung Ain.
"Wei,Mat!Kepala budak ni berdarah!"
"Hah?!Cepat Alif call ambulans.Aku nak settle kan budak ni dulu."lelaki yang bernama Alif terus menelefon ambulans.Dia berasa takut melihat banyak darah yang tidak habisan keluar di kepala Ain.
"Ya Allah apa dah jadi dengan budak ni!"tiba tiba perempuan yang diragut tadi datang menghampiri Ain.Hampir tercabut jantung nya melihat keadaan Ain berlumuran dengan darah.
"Encik tolong selamatkan dia encik.Tolong encik..."kalut perempuan itu.Dia sebenarnya terhutang budi pada Ain kerana telah menyelamatkan begnya dari dicuri.Kalau tiada Ain apalah yang akan terjadi dengan ic,duit dan dokumen penting yang ada dalam beg tu.
"Ya ya saya dah telefon ambulans nanti mereka sampai.Saya dah tak tahu nak buat macam mana kita cuma harapkan ambulan je."Alif cuba menenangkan perempuan itu yang kelihatan kalut.
"Ya Allah...harap harap takde apa yang buruk terjadi pada gadis ini."mohon perempuan separuh abad itu di dalam hati.
Share this novel