Series
3002
Ain melihat bunga bunga yang sungguh cantik dan berbau harum berada di sekelilingnya.Dia melihat sebuah rumah yang cantik seperti rumah orang inggeris berada di hadapannya dalam jarak 2 meter.Tempat itu begitu asing baginya.
Dia melihat ada satu keluarga terdiri daripada seorang ayah,mak dan anak perempuan keluar dari rumah itu sambil bergelak ketawa.Ain tertarik dengan mereka.Ain pergi ke sana sambil menyorok di sebalik bunga bunga yang tinggi separas bahunya itu.Alangkah terkejut Ain apabila dia melihat keluarga itu adalah keluarganya dan budak perempuan yang masih kecil itu dalam lingkungan 12 tahun adalah dirinya semasa kecil.
"Ain,suatu hari nanti Ain akan menanggung penderitaan yang perit.Ain kena sabar masa tu.Ayah dan ibu harap Ain tabah dalam menghadapi segala cabaran yang Allah berikan.Dia bukan menghukum Ain tapi Dia menguji Ain."beritahu Encik Rahim dengan lembut.
"Apa yang ayah cakap ni?Ain kan happy je dengan ayah dan ibu.Ain ada ayah,ada ibu.Selagi ayah dengan ibu ada,Ain takkan sedihlah."jawab Ain dengan ceria.
Ayah dan ibu Ain tersenyum mendengar jawapan Ain."Sayang,nanti ibu dan ayah tak ada ibu harap Ain sabar tau.Ibu tahu Ain seorang yang kuat.Kalau Ain rindu ibu dan ayah,Ain sedekahkan kami al-fatihah banyak banyak untuk kami sayang."lembut suara seorang ibu memberitahu sambil pipinya tidak putus dengan air mata.
"Kenapa cakap macamtu?Ain tak sukalah.Ain nak ayah dan ibu ada selamanya dengan Ain.Ain tak nak orang lain.Ain tak nak anak patung semua.Ain takkan minta barang barang janji ibu dan ayah ada dengan Ain."menangis anak muda itu di pangkuan ibunya.
"Sayang,setiap makhluk yang hidup di dunia pasti akan mati begitu juga dengan ibu dan ayah.Kami tak akan ada selamanya.In syaa allah kita akan berjumpa lagi di syurga sayang.Doa banyak banyak minta dengan Allah.Ibu dan ayah dah nak pergi sayang.Ain jaga diri baik baik.Ibu dan ayah sayang Ain sangat sangat.Selamat tinggal sayang.Selamat tinggal bidadari syurgaku."sayu hati ibu dan ayah Ain melihat Ain menjerit memanggil nama mereka.Sedikit demi sedikit mereka hilang bagai ditiup angin.
"Ayah!Jangan tinggalkan Ain ayah!Ibu tolong jangan pergi.Ain hanya ada ibu dan ayah!Jangan tinggalkan Ain!"jerit Ain kuat namun tiada siapa yang dapat mendengar.Hanya dia yang berada di situ.
"Ayahhh!!"Ain terbangun dari mimpinya.Dia melihat sekeliling bilik itu.Bilik itu terasa asing baginya.
"Alhamdulillah kamu dah sedar.Kejap saya panggilkan doktor"syukur tak terhingga perempuan itu melihat Ain sedar.
"Puan siapa?Saya kat mana sebenarnya ni?Kenapa saya ada kat sini?"pelik Ain melihat perempuan separuh abad itu tetapi tetap memiliki wajah yang cantik.
"Panggil je saya aunty Rozi.Aunty orang yang kena ragut tadi.Aunty betul betul terhutang budi dengan kamu sbb kamu yang selamatkan beg aunty dari dicuri.Kalau tak ada kamu aunty tak tahu lah jadi macam mana.Boleh aunty tahu nama kamu?"tanya Datin Rozi dengan wajah kembali ceria.
"Err...nama saya Ain.Ain Riyana."sedikit teragak Ain untuk memberitahu.Dia masih kekok dalam keadaan ini.
"Oh,Ain.Emm...boleh aunty tahu kamu tinggal kat mana?Aunty nak jumpa dengan mak ayah kamu.Aunty nak bagitahu keadaan kamu sekarang ni.Sebenarnya dari awal lagi aunty nak call parents kamu tapi aunty tengok dalam beg kamu tak ada telefon tu aunty tunggu kamu sedar dulu."Datin Rozi melihat muka Ain yang memang cantik tetapi agak pucat.
"Cantik betul perempuan ni.Mungkin sudah berpunya."desis hati Datin Rozi.
"Err..sebenarnya ibu bapa saya dah tak ada.Saya sebenarnya baru datang kat KL.Saya nak cari rumah sewa kalau ada dan tempat kerja.Saya dah tak ada sesiapa nak minta pertolongan.Saya sebatang kara je."sedih hati Ain mengenangkan nasib diri.Dia tidak mahu menceritakan perbuatan ibu tirinya terhadap dirinya.Walaupun begitu kejam Makcik Rosnah memperlakukannya,dia tetap tidak boleh membuka aib ibu tirinya itu.
"Oh yeke.Aunty minta maaf ye.Aunty tak tahu pula."Datin Rozi terasa bersalah kerana berkata demikian.
"Err...boleh saya minta tolong aunty?Saya nak cari rumah sewa dekat KL.Boleh aunty tolong saya?"takut takut Ain bertanya.
"Hmm..."Datin Rozi berfikir sejenak.
"Hah macamnilah.Apakata Ain tinggal dengan aunty je.Ain jadi anak angkat aunty nak?Aunty akan sara Ain macam anak aunty sendiri."terlintas di fikirannya idea ini.
"Err...segan pula saya aunty.Saya ni cuma orang miskin je.Saya tak nak ambil kesempatan dari aunty."tengok cara penampilan Datin Rozi mesti dia orang kaya.
"Eh apa pula ambil kesempatannya.Aunty ikhlas nak ambil Ain sebagai anak aunty.Aunty tahu susah untuk hidup seorang diri dengan Ain yang masih muda ni.Ain jadi anak aunty ya?"dia berharap sangat Ain dapat menjadi anak angkatnya.Dia pun tidak tahu kenapa dia teringin sangat dengan Ain.Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
"Emm...baiklah aunty.Ain akan jadi anak angkat aunty."jawab Ain dengan gembira.Dia tidak sangka secepat ini dia akan mendapat keluarga baru.
"Mari peluk mama sayang."Datin Rozi terus memeluk anak angkatnya itu sambil tersenyum gembira.
Ain sedikit tersentak apabila Datin Rozi membahasakan dirinya dengan panggilan 'mama'.
'Ya Allah... hebat betul kuasa Mu.Disebalik kejadian yang menimpaku ini,Kau berikan hikmah dengan mengurniakan aku seorang ibu.Aku bersyukur sangat sangat ya Allah.Terima kasih ya Allah ya Tuhanku.'bisik Ain di dalam hatinya.
Share this novel