bab 1

Romance Series 3002

Ain termenung melihat langit yang semakin gelap.Suasana di kawasan rumah yang kecil itu begitu sunyi selepas selesai mengebumikan arwah Rahim.Angin menampar-nampar pipi Ain.Tanpa sedar air mata menitis di pipinya.Dia teringat akan kata-kata ayahnya sebelum pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

*flashback*

Ain membungkus bungkusan-bungkusan nasi lemak yang yang dimasak awal pagi tadi.Nasi lemak yang berharga rm1 itu disusun didalam bakul yang sederhana besar untuk dijual di tepi perhentian bas.Itulah runting kehidupan Ain.Menjual nasi lemak yang hanya menguntungkan sedikit untuk menampung keluarga.Kadang-kadang dia juga akan membuat kuih muih jika barang mencukupi.Nak harapkan si kakak tirinya itu yang hanya tahu tidur dan tidak membuat kerja rumah.Ya selepas kematian isteri Encik Rahim,dia berkahwin dengan janda anak satu,Makcik Rosnah.

Makcik Rosnah tidak menjaga Ain seperti ibu ibu menjaga anaknya bagai menatang minyak yang penuh tetapi dia melakukan Ain seperti orang gaji yang hina.Jika Ain tersalah lakukan sesuatu yang menyakitkan hatinya pasti dia akan melibas Ain dengan penyangkut baju.Ada satu hari perniagaan nasi lemak Ain tidak laku langsung dan banyak nasi lemak yang tidak habis dijual,Makcik Rosnah telah menamparnya dan tidak memberi makan pada hari itu.

Dalam asyik membungkus nasi lemak,Ain terdengar sayup-sayup suara ayahnya memanggil.

"Ya kejap ayah,Ain datang"jawab Ain dengan lembut sambil mendaki tangga yang memisahkan ruang dapur.

Ain masuk kedalam bilik yang usang sambil membawa makanan masuk.Jika bilik itu dimasuki oleh 5-6 orang pasti akan runtuh.Sayu hati Ainmelihat tubuh orang tuanya yang begitu uzur selepas disahkan menghidap penyakit kanser yang dihadapinya sejak 2 tahun lalu.Ain sedih melihat ayahnya yang terpaksa menanggung kesakitan itu.

"Ya Allah Kau hantarkan penyakit ayahku kepadaku.Aku sanggup tanggung sakit itu dari melihat ayahku terseksa begini."jerit Ain di dalam hati sambil menyembunyikan air mata yang hampir menitis.

"Ayah makan ubat dulu ya.Ain dah masakkan ayah bubur ni.Sedap Ain masak."Ain buat buat ceria dihadapan ayahnya padahal di dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa sedihnya dia.

Encik Rahim hanya tersenyum melihat anaknya menggaul bubur yang masih panas itu.Ain meniup sedikit pada bubur lalu menyuapkan pada ayahnya secara perlahan.

"Dah dah.Ayah dah kenyang."Encik Rahim menolak perlahan pinggang yang dipegang Ain.

"Eh sikit je ayah makan.Ayah makanla lagi nanti ayah makin sakit."

"Tak.Ayah tak larat dah Ain."

"Em yelah.Ain bagi ayah makan ubat pula eh."

"Emm Ain.Ayah nak cakap sikit dengam Ain boleh?"

"Eh apa pula tak boleh.Kan selama ni ayah memang selalu cakap dengan Ain.Ayah ni ada ada je."Ain ketawa dengan perlahan sambil melihat wajah tua ayahnya yang semakin pucat itu.

"Ain sayang ayah tak?"tanya Encik Rahim dengan perlahan.

"Eh apa pula tak sayang.Mestilah Ain sayang ayah.Ain cuma ada ayah je dalam hidup Ain ni.Kalau Ain tak sayang ayah,Ain nak sayang sapa lagi?"pelik Qin mendengar pertanyaan ayahnya tu tetapi dibuang jauh rasa tidak sedap hatinya.

"Mak kan ada?"

Ain terdiam.Dia buat buat sibuk mengemas makanan yang ada di meja sebelah katil itu.

Encik Rahim terus memegang tangan anaknya dengan perlahan.Ain tersentak sambil memandang ayahnya.

"Kalau Ain sayang ayah,Ain kena sayang mak jugak sebab mak tu emak Ain."

"Tapi dia tak sayang Ain."sedikit tegas Ain menyatakannya.

"Ain,walaupun dia tak sayang Ain,walaupun dia pukul Ain,dia tetap mak Ain.Syurga Ain ada pada dia.Ain hanya perlu sabar dan berdoa moga dia berubah.Takkan Ain nak ayah masuk neraka?Ain tak kesian pada ayah ke nak?Mungkin ibu pun akan bersedih kalau dia tahu Ain benci mak"kata Encik Rahim perlahan sambil menangis.

"A...A...Ain..."Ain tak terkata.

"Ayah mohon pada Ain,bila ayah takde jangan benci pada mak.Ayah harap sangat sayang"rayu Encik Rahim dalam tangisannya.

"Ayah jangan merayu dekat Ain ayah.Ain janji Ain akan jaga mak dan dengar kata mak.Ayah tolong jangan cakap macam tu.Jangan tinggalkan Ain ayah."

"Baguslah macam tu sayang.Ayah harap Ain dapat tunaikan janji Ain."

Kedengaran tangisan dua insan yang mulia di dalam bilik yang kecil itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience