Rate

Bab 4

Other Series 2769

“ Waalaikumussalam. Boleh, apa salahnya, ” kata Cikgu Fatimah sambil tersenyum. “ Terima kasih cikgu. Ok, murid yang dipanggil ni sila ikut cikgu, ” kata Cikgu Juliana. “ Ika Nazirah, Noor Azzariah, Nur Zalia Natasha, Fathin Nur Ain dan Amirul Bin Aiman, ” kata Cikgu Juliana. Saya dan kawan-kawan yang juga dipanggil keluar dari kelas dan mengikut Cikgu Juliana.

Sampai sahaja di Pusat Sumber Sekolah( PPS ), Cikgu Juliana menerangkan kepada kami tujuannya untuk memanggil kami. “ Ok. Cikgu mahu panggil kamu ni sebab cikgu tengok kamu layak untuk mengikuti Program Nilam. Program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan murid-murid yang dipilih macam kamu untuk membaca buku. Tapi, kalau kamu tidak mahu menjadi ahli Program Nilam ini, boleh. Sesiapa yang mengikuti program ini dan membaca buku sambil mencatat apa yang kamu baca di dalam buku ini, akan mendapat sijil. Tapi, tidak semua yang boleh dapat, hanya orang yang membaca lebih sahaja. Jadi, kalau kamu mahu ikut sila tulis nama di kertas ni, ” kata Cikgu Juliana. ‘ Wah, dapat sijil! Mesti best... Aku mahu ikutlah, ’ kata saya dalam hati.

Semua kawan-kawan saya yang dipanggil menulis nama masing-masing dan sayalah orang yang terakhir mengisi kertas tu. “ Ok, terima kasih sebab telah mengikuti program ini. Semua boleh masuk ke kelas, ” kata Cikgu Juliana sambil tersenyum. “ Baik cikgu, ” jawab saya dan kawan-kawan serentak. Kami pun pergi masuk ke dalam kelas.

***************

Awal pagi lagi, saya sudah pergi ke PPS. Semasa saya sedang masuk, tiba-tiba..Puk! Saya terlanggar seorang lelaki yang memakai baju berwarna hijau. Habis terjatuh kotak pensil dan buku-buku saya. Mesti dia ni pengawas pusat sumber. “ Sorry, tak sengaja, ” kata saya. Saya segera mengambil kotak pensil dan buku-buku saya yang terjatuh. Pengawas itu hanya berdiri. Waktu tu, saya tak tengok muka dia. Takut. Sekali saya berdiri... “ Kau ni tak ade mata ke? Ada mata tu gunalah. Lain kali, kalau nak jalan tu pandang sekeliling dulu, ” marah lelaki itu. Dia pun berlalu pergi. Punyalah geram saya dengan budak lelaki tu. ‘ Ceh. Dia yang langgar orang, orang lain pulak yang disalahkan. Menyampah aje. Kalau lah ade batu kat sini, boleh aku hempap-hempap kepala kau dekat batu tu atau aku baling ke dekat kau ataupun aku bagi kau makan batu tu biar kau tercekik. Apa aku kesah. Huh, sabar Azza, sabar, ’ saya bermonolog dalam hati.

Sebelum BUDAK MURAI tu pergi, saya sempat pandang muka dia. Hah, kan dah diberi nama BUDAK MURAI. Padan muka. Alangkah terkejutnya saya, rupanya dia lah BUDAK MURAI tu iaitu Amir. Amir ni sama kelas dengan saya. Dia ni tak berapa pandai dalam pelajaran. Tapi, yang saya pelik, tu hari dia senyum-senyum je bila nampak saya. ‘ Mungkin dia tak nampak muka aku kut atau dia memang nak cari pasal dengan aku. Hish! Apalah yang kau fikir ni Azza. Ok, stop it, ’ kata saya dalam hati.

Semenjak Fara pindah, saya selalu bermonolog sendirian. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi... entahlah. Setiap kali saya pandang wajah saya di cermin atau terpandang wajah lelaki, saya teringatkan seseorang. Saya rasa masa tahun 4 ni saya ingat lagi kut orang yang saya cakap saya teringatkan tu. Lagipun saya tengah tulis ni masa tahun 6 sekarang (2017). Kalau tak faham tak pe, buat-buat je faham. Hehe... ok, berbalik pada citer tadi. Saya teringatkan seseorang, yang saya ingat. Dulu, saya ade ramai kawan waktu saya kecil dan masa tu saya tinggal dengan ibu bapa saya, di Kota Kinabalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience