Rate

Bab 5

Other Series 2769

Kalau saya tak silap, mungkin waktu tu umur saya baru tiga tahun. Cerita yang masih saya ingat ialah... err. Hah! Saya duduk dekat tangga rumah saya dengan kawan-kawan saya dan saya dan kawan-kawan mungkin ade conteng-conteng sikit kot dekat dinding rumah saya sebab ade bekas contengan dekat dalam bilik dengan tangga rumah saya dekat Kota Kinabalu tu. Dan satu lagi...yang saya ingat. Dulu, saya pernah tanya mak saya dimana kawan-kawan saya. Tapi, mak saya cakap semua kawan-kawan saya dah pindah. Sedihnya...

Mungkin ada kawan yang lebih baik daripada mereka. Walau pedih macam mana pun saya kena teruskan hidup sebab saya yakin Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hamba-hambanya dan saya yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya tahu, saya boleh hadapinya dengan kesabaran dan keimanan.

Ok. Kita sambung pula cerita yang pasal Amir tu.

Puk! “ Aduh, ” saya mengerang kesakitan. ‘ Hish. Dengan siapa lah pulak aku terlanggar ni. Dahlah semalam terlanggar dengan BUDAK MURAI, sekarang ni sapelah pulak, ’ saya bermonolog di dalam hati. Saya pun berdiri lalu melihat siapakah gerangan yang MELANGGAR saya tadi. Sebenarnya bukan saya yang langgar orang tu. Tapi, orang tu yang langgar saya sebab saya baru nak masuk kelas, tiba-tiba pulak kena langgar. “ Kau... Noor Azzariah kan? ” Tanya orang itu. Waktu tu saya masih belum tengok lagi siapa orang tu. Sibuk dengan baju, takut kena marah oleh nenek. Apabila saya tengok orang yang langgar saya tu.... Alangkah terkejutnya saya, rupa-rupanya Amir. ‘ Dia lagi, hish... Habislah aku kena marah, ’ kataku dalam hati. “ Err... Kau belum jawab lagi soalan aku. Kau, Noor Azzariah kan? ’ Tanya Amir sekali lagi. Saya sekadar mengangguk. “ Err, aku minta maaf tau sebab aku marah kau semalam. Aku tak nampak muka kau semalam, ” ujar Amir. “ Ye, tak pe. Aku okay jer. Tapi, lain kali kalau nak marah orang tu fikir dulu. Dahlah, aku nak masuk kelas, ” kataku lalu masuk ke kelas.

‘ Aduh, kenapalah mulut aku ni. Sepatutnya ayat tu aku tuju untuk diri aku sendiri. Haih, apelah nasib. Tapi, betul jugak kan ape yang aku cakap tadi. Siapa suruh. Lain kali, marah orang sembarangan lagi. Aik, kenapa pulak aku cakap ‘ siapa suruh ’ tu. Bukannya ada orang yang suruh BUDAK MURAI tu sembarangan marah orang. Aduh, apalah yang kau merepek ni, Azza. Dahlah, cikgu sampai berbuih mulut cakap kat depan, kau pulak bermonolog sendirian dalam hati, ’ kata saya. Saya pun kembali ke alam nyata semula selepas hanyut dalam dunia saya sendiri. Apa pulak saya cakap ni. Hahaha, bukan saya tengah cakap pun kan saya menaip. Hentam sajalah. Lalu, saya pun menumpukan perhatian sepenuhnya kepada guru yang tengah mengajar di hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience