Rate

Bab 3

Other Series 2769

Lepas habis kelas, waktu rehat...

“Assalamualaikum, hai Fara, ” kata Zarina dan rakan-rakannya. “ Waalaikumussalam, hai semua, ni Zarina kan? ” Fara menjawab salam.
‘ Hah! Maksudnya Fara masih ingat lagi lah aku ni. Tapi, kenapa dia tidak tegur aku? ’ Saya berkata dalam hati. “ Ya, akulah ni, ” kata Zarina. “ Oh, kau apa khabar? ” Tanya Fara kepada Zarina. “ Sihat je, ” jawab Zarina. Lepas tu... “ Assalamualaikum, hai Fara. Aku Azza kawan rapat kau dulu. Masih ingat? ” Saya memperkenalkan diri saya sambil meninggikan suara sikit masa cakap ‘ kawan rapat ’ tu. “ Err, Azza? Sorry, aku nda kenal lah. Mungkin aku lupa kut, ” jawab Fara. Membulat mata saya mendengar jawapan itu. ‘ Hah! Aku mimpi ke ni? Fara tak kenal aku lah, ’ kata hati kecil ku. Sabor jelah...
“ Ooo, nda pa lah, tapi kita masih boleh kawan kan? ” Tanya saya. Penuh dengan perasaan kecewa.

“ Mestilah boleh, ” kata Fara. Tiba-tiba si Zarina ni menyampuk “ Err, Fara. Jom kita pergi jalan-jalan dekat sekolah ni, ” kata Zarina. “ Ok, ” jawab Fara kembali. “ Hah, aku nak ikut, boleh? ” Kata saya. “ Alah, kau tak payah lah ikut. Nanti pun kau boleh juga kan jalan-jalan dengan dia, ” kata Zarina.
‘ Heisy, kau ni kan Zarina... Macam aku nak lempang je muka kau tu. Nasiblah aku ni penyabar. Kalau tak, dah lame aku tukul-tukul kepala kau tu. Lagipun bukannya aku tanya kau, aku tanya Fara. Arhhhhh. Sabar je lah, ’ kata saya dalam hati.

“ Ok lah, jom Fara, ” kata kawan si Zarina ni pula. “ Ok jom, ” jawab Fara. Sebelum Fara dan kawan-kawan si Zarina ni pergi, Fara sempat pergi ke arah saya untuk membaiki tudung saya yang sudah ke hadapan. Saya merenung wajahnya lama-lama. Mengingat kisah pahit manis yang telah kami lalui bersama. Aduh... sakitnya hati. Waktu mereka ingin pergi itu, saya sempat menjeling si Zariiiiiiinna ni. Ishhhh, gerammnya saya dengan dia niiiiiiii. Selepas sahaja mereka pergi, tanpa saya sedari air mata mula menitis di pipi... Nasiblah waktu tu, waktu rehat. Boleh saya tenangkan fikiran saya ni. Sedihnya. Saya pun turun dari kelas untuk membeli makanan. Semenjak Fara tiada 5 bulan yang lalu, saya hilang selera makan. Puas saya menahan daripada keluar air mata tetapi tetap tidak dapat.

Waktu saya berjalan menuju ke kantin... Tiba-tiba, saya ternampak ibu Fara. Saya ingin memberitahunya perkara sebenar. Tetapi, saya tidak dapat. Lalu saya pun membiarkannya sahaja. Mungkin saya memang bukan kawan dia kut. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah swt sahaja. Mungkin ada kawan yang lebih baik dari dia kerana saya tahu Allah sentiasa akan memberi yang terbaik untuk hamba-hambanya. Apapun yang akan terjadi nanti hanya Allah yang tahu.

***********************

Waktu tahun 4( 10 tahun) ...

Ramai orang yang cakap bahawa saya ni berubah. Ya, memang saya berubah. Saya bukan lagi Azza yang pendiam macam dulu. Saya berubah disebabkan Fara. Tapi, saya takkan salahkan dia. Apabila ada orang tanya akan hal itu, saya hanya menjawab mungkin kerana saya ingin meningkat remaja tetapi, kadang kala saya cakap yang saya pun tak tahu kenapa saya berubah.

Tapi, di sinilah bermulanya Azza yang gembira. Dulu, muka saya monyok jer. Sekarang, saya dah mula dah senyum. Hampir dua tahun saya cuba melupakan Fara. Lagipun kalau di fikir-fikirkan balik, kalau saya sedih pun tiada guna, bukannya boleh mengingatkan Fara yang sayalah kawan yang paling rapat dengan dia. Dan, saya pelik, di mana Fara sekarang? Dulu, yang lepas rehat tu jer dia dah tak ade. Mungkin dia balik Sarawak kut... Apa-apa je lah...

Ok, kita sambung cerita seterusnya...

Awal pagi lagi saya dah datang ke sekolah untuk menimba ilmu. Hari ni, mata pelajaran pertama ialah... Bahasa Melayu. Yeay! Mata pelajaran ni senang jer cuma saya tak berapa pandai buat karangan... Hehe.
“ Assalamualaikum, cikgu, ” kedengaran suara ketua kelas memberi salam.
“ Assalamualaikum, cikgu, ” kami sekelas juga serentak memberi salam kepada Cikgu Fatimah iaitu cikgu Bahasa Melayu kami. “ Waalaikumussalam. Murid-murid sila duduk, ” kata Cikgu Fatimah membalas salam sambil mengarahkan agar kami sekelas duduk.

Tahun ni, murid-murid yang pandai akan bercampur kelas dengan murid-murid yang tidak pandai. Kalau saya tidak silap, tujuan guru-guru mencampur murid-murid pandai, sederhana pandai dan tidak pandai ini adalah untuk melihat sama ada murid-murid pandai dapat membantu murid-murid yang tidak pandai. Tiba-tiba... “ Assalamualaikum cikgu. Maaf mengganggu. Boleh saya panggil nama murid-murid ni? ” Cikgu Juliana datang sambil menunjukkan kertas yang berada di tangannya. Cikgu Juliana ni adalah cikgu pusat sumber. Mungkin tujuannya ke kelas ini adalah untuk memanggil pengawas-pengawas pusat sumber kut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience