Lisa rasa tak bermaya.Macam nak pitam.
Jennie disebelah mengenggam tangan Lisa.
"Semua salah aku..kalau aku tak ikutkan kata hati semua ni takkan jadi macam ni.." marah Lisa sendiri.
"Sabar Lisa...kita tunggu doktor keluar dari ICU..." kata Jisoo.
"Mina kau nak pergi mana ni..?" tanya Irene apabila terlihat Mina memasukkan baju didalam bagasi yang besar.
"Aku nak balik Jepun...ada..ada hal kat sana.." kata Mina cemas.
"Kemaslah elok elok..ni aku tengok kelam kabut..tak lari Jepun tu.." kata Irene.
Mina tidak mengendahkan kata kata Irene.
Dalam fikiran ni cuma fikir nak larikan diri.
Pintu rumah dibuka.Mina terkejut.
"Tzuyu..?"
"Mina unnie..." mata Tzuyu terpandang bagasi ditangan kanan Mina.
"Unnie nak pergi mana..?" tanta Tzuyu.
"Unnie nak balik Jepun..ada hal kat sana.." kata Mina.
"Tapi Tzuyu baru nak berborak dengan unn..." Tzuyu terkejut.
"Cik Mina maaf menganggu.." kata seorang pegawai polis.
"Kenapa ni encik..?" tanya Tzuyu.
"Maaf boleh saya tahu cik ni siapa..?"
Mina sudah gelisah.
"Saya Tzuyu..Mina donsaeng..kenapa..?"
"Kami mendapat aduan yang Cik Mina ada terlibat dalam kes mencederakan encik Jubgkook.." Tzuyu terkejut.
"Unnie betul ke semua ni..tapi kenapa..?" tanya Tzuyu.
Mina mencapai tangan Tzuyu.
"Unnie tak salah Tzuyu..unnie tak salah.."
"Mari ikut kami ke balai.." kata pegawai polis itu.
"Saya tak salah...lepaslah..Tzuyu tolong unnie..." rayu Mina.
Tzuyu tak dapat lakukan apa apa..hanya membiarkan unnienya dibawa masuk kedalam kereta polis.
"Tzuyu..."
Rose duduk disebelah Lisa.Tangan Rose mengenggam tangan Lisa yang lemah.
"Lisa...aku betul betul minta maaf.." kata Rose seolah olah menyesal.
"Kenapa kau minta maaf tiba tiba ni..?" tanya Jennie pelik.
Lisa memandang wajah Rose yang kelihatan sedih.
"Sebenarnya oppa aku yang lang...." belum sempat Rose menghabiskan ayat..seorang doktor lelaki keluar dari bilik ICU.
"Keluarga Jungkook.." panggilnya.
"Saya..saya isteri dia.." kata Lisa dan bangun perlahan.
"Jungkook..kehilangan banyak darah jadi ini akan mengambil masa yang lama untuk kami mencari jenis darah yang sesuai..." kata doktor itu.
"Jenis darah apa doktor..?" tanya Jisoo.
"Jenis A.."
"Saya jenis A...ambil darah saya.." kata Lisa.
"Lisa kau tak boleh derma darah..kau tu mengandung.." Jennie melarang.
"Saya darah A...jadi saya boleh beri darah saya pada Jungkook.." Rose bersuara.
Semua mata tertumpu kepada Rose.
"Baiklah mari ikut saya.."
"Gomawo..Rose.." kata Lisa perlahan.
Rose tersenyum dan mengikut langkah doktor tersebut.
"Aku tak sangka...Mina unnie sanggup buat macam ni.." sesal Tzuyu.
"Kau sabarlah.." hanya itu sahaja ayat yang mampu keluar dari mulut Nayeon.
"Jungkook kat mana sekarang ni...?" tanya Tzuyu.
"Hospital...Jimin cakap Jungkook kemalangan..kejap lagi dia ambil aku kau nak ikut..?"
Tzuyu mengangguk laju.
Share this novel