Bab 2

Fanfiction - KPOP Completed 29592

"Betul ke kau nak kerja jadi PA orang ni..?" tanya Irene pelik.
"Betullah..kau ingat aku main main ke.." kata Mina lalu duduk dimeja makan.
"Tapikan..kenapa kau nak sangat jadi PA orang ni kenapa..modeling kau macam mana..?"
"Aku tinggalkan sekejap modeling tu..nanti kalau urusan aku dah selesai baru aku sambung kerja balik..." kata Mina.
Hatinya sabar menahan amarah..minda ligat berpusing mencari idea macam mana nak jatuhkan Jungkook.

"Morning..." ucap Nayeon.
"Morning...sihat..?" tanya Jungkook.
"Sihat..cuma terfikirkan Tzuyu.."
"Ha'ah...Tzuyu macam mana..?"
"Macam tu saja lah...tak ada apa yang berubah..." kata Nayeon sedikit sedih.
"Tak apa janji dia okay kat sana.." kata Jungkook.
"Jungkook-ah...meeting..." jerit Jimin.
"Jimin dah panggil..saya minta diri dulu.." bergegas Jungkook berlari kearah bilik meeting.
"Terhegeh hegeh macam mak nenek..nenek aku pun lari lagi laju..." bebel Jimin dihadapan pintu meeting.

Waktu bekerja sudah tamat.Nayeon berjalan keluar syarikat JK Holdings.
"Nayeon.." suara memanggil dibelakang.
Nayeon menoleh.Dia terkejut.
"Un..unnie..buat apa kat sini..?" tanya Nayeon.
"Tak ada apa...saja nak jumpa..." kata Mina.Nayeon tersenyum kelat.
Kenapa tetiba Mina unnie datang ke Seoul..bukan sepatutnya dia ada dekat Osaka ke..jadi model kat sana...Nayeon semakin curiga dengan Mina.

"Lisa..." Jungkook memanggil.
Sepi saja rumah ni.
Jungkook melangkah masuk ke rumah apabila sudah menanggalkan kasutnya.
Jungkook berlalu ke ruang tamu.
Tiada juga Lisa diruang tamu..selalu ada saja kat sini tengok drama petang petang macam ni...
Pantas Jungkook menaiki tangga menuju kebilik.
Tombol pintu bilik dipulas.Jungkook terkejut.
"Lisa...!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience