Lisa mengenggam tangan Jungkook.
Jungkook masih lagi tidak sedarkan diri.
Lisa menghusap pipi Jungkook.Air matanya mengalir.
"Ermm..Lisa ada orang nak jumpa kat luar.." kata Jennie.Lisa memandang Jennie.
"Lisa.."
"Ya..awak siapa..?" tanya Lisa pelik.
"Saya Tzuyu.."
"Kenapa nak jumpa saya..?" Tzuyu menarik tangan Lisa agar duduk disebelahnya.
"Saya nak minta maaf bagi pihak Mina..." kata Tzuyu.
Muka Lisa mula berkerut.
"Mina sekarang dah...." Tzuyu mula mencerikan hal sebenar kepada Lisa.
Lisa terkejut mendengar cerita Tzuyu.
"Saya minta maaf kalau saya dah rampas Jungkook dari awak..." kata Lisa.
"Tak apa...patutnya saya berterima kasih pada awak..kalau awak tak kahwin dengan Jungkook..mungkin saya betul betul gila bayang kat Jungkook.." kata Tzuyu.
Lisa tersenyum sedikit.
"Lisa Jungkook dah sedar..." kata Jisoo.
"Tzuyu dah jumpa dengan Lisa..?" tanya Jimin.Nayeon menganggukkan kepalanya.
Jimin sesekali memandang Nayeon.
Rasa janggal pula tiba tiba....biasa okay je kalau berdua.
"Nayeon..." Jimin memanggil.
Nayeon memandang Jimin.
"Awak nak bercinta dengan saya tak..?" tanya Jimin.
Nayeon terdiam seribu bahasa.
Betul ke apa yang aku dengar ni..?
"Ermm..saya kena balik.." laju kaki Nayeon melangkah pergi meninggalkan Jimin sendiri.
"Tapi awak belum beri jawapannya lagi.." jerit Jimin.
Nayeon semakin lama semakin jauh.
Jimin sedikit kecewa.
Telefon Jimin berbunyi menandakan mesej masuk
Bulat mata Jimin.Mesej dari Nayeon.
"Esok kita dating nak tak..?" Jimin tersenyum lebar.
"Lisa minta maaf sangat sangat.." kata Lisa.Jungkook yang masih terbaring diatas katil sekadar tersenyum.
"Abang dah lama maafkan Lisa.." kata Jungkook lemah.
Lisa menitiskan air mata.Menyesal rasanya kerana mengikut kata hatinya.
Tangan Jungkook menghusap air mata Lisa yang gugur.
"Janganlah nangis tak cantik...abang nak tengok muka comel Lisa.." kata Jungkook.
Lisa tersenyum.
Sakit sakit pun boleh lagi bergurau.
"Kan elok kalau dari dulu macam ni.." kata Jennie.Rose dan Jisoo tersenyum.
4 Bulan Kemudian...
Jungkook mundar mandir dihadapan wad.Gelisah kerana doktor masih didalam tak keluar lagi.
"Duduklah Jungkook..pening kepala aku tengok kau.." kata Jimin.
Jungkook mengabaikan kata kata Jimin.
Jungkook mengigit kukunya.Sesekali memandang pintu wad kecemasan yang masih tertutup.
"Sabar Jungkook.." kata Jisoo.
"Macam mana aku nak sabar dari tadi doktor tak ke..." Jungkook terdiam.
"Jungkook tu suara..suara..." Jisoo sendiri terkejut.
Suara bayi.
Lenguh kaki Jungkook.Terharu.
Jimin memapah Jungkook yang hampir terduduk dilantai.
"Aku dah jadi appa...aku dah jadi appa.." kata Jungkook gembira.
Seorang doktor wanita keluar dari wad.
"Keluarga Lalisa.."
"Saya..saya suami dia.." kata Jungkook.
"Tahniah...encik dapat anak lelaki.." kata doktor itu.
Jungkook tersenyum lebar.
Dahi Lisa dikucup.Faham keadaan Lisa yang bertarung nyawa demi melahirkan seorang anak.
"Terima kasih kerana berikan abang hadiah yang tidak ternilai..." kata Jungkook.
Lisa tersenyum bahagia.
"Lisa muka baby ni ada iras muka kau lah.." kata Jisoo.
"Mana ada..ada rupa Jungkooklah.." kata Jimin.
"Lisa.."
"Jungkook.."
"Lisa.."
"Hey..janganlah bergaduh..dia rupa aku dengan Lisa.." kata Jungkook.
"Lisa..kau nak tahu tak aku pun ada good news.." kata Jisoo.
"Apa dia..?"
"Aku nak kahwin.." Lisa terkejut.
"Dengan siapa..?"
"Kau ingat tak abang yang kat cafe hari tu..?" tanya Jisoo.
"Ohh..abang yang ambil order tu ke..? kenapa..?" tanya Lisa.
"Sebernarnya cafe tu dia punya..dia saja ambil order..hari tu aku ada usha dia..tak sangka aku dapat.." kata Jisoo.
"Untunglah...usha je terus dapat.." kata Jimin.
"Nama dia apa..?" tanya Jungkook.
"Nama dia Daeyeol.." kata Jisoo malu.
Lisa berjalan disekitar Sungai Han.
Pinggang Lisa dipeluk Jungkook.
"Baby mana..?" tanya Jungkook.
"Ada dekat Nayeon dengan Jimin kat bangku taman...nak tolong jaga katanya.." jawab Lisa.
Jungkook mendaratkan dagunya ke bahu kanan Lisa.
"Lepas ni mesti Lisa tak layan abang lagi..ya lah dah ada baby.." kata Jungkook sedih.
"Apa abang merepek ni..rasa sayang Lisa takkan pernah kurang...Lisa akan sayang abang sampai bila bila.." Jungkook memusingkan tubuh Lisa supaya menghadapnya.
"Saranghae.." ucap Jungkook.Lisa malu.
Jungkook meninggikan dagu Lisa.
Perlahan bibir Jungkook melekat dibibir hangat Lisa.
Dihati Lisa berharap tiada apa lagi yang akan menghalang cinta kita...
-TAMAT-
Share this novel