Bab 6

Horror & Thriller Series 11487

BAB 6

Hari kedua balik dekat kampung pak cik aku datang, aku panggil dia pakngah mi. Pakngah aku ni kira pandai jugak bab-bab yang macam ni dan pernah menuntut ilmu perubatan islam masa jadi askar dulu dengan seorang ustaz apa tah aku tak ingat namanya tapi tak berapa active hanya digunakan untuk pengetahuan diri sendiri je.

Disebabkan Pakngah aku ni tak tahu cerita sebenar mak ah ceritalah dari awal sampai akhir. Jadi lepas dia tahu semua tu dia cakap dekat mak ah.

"Dekat rumah abang mi tu ada sorang pak cik ni boleh berubat pasal benda-benda macam ni. Esok jom abang mi bawak pi. Insyaallah berubat dengan dia lega.kerana allah lah. Tapi kalau nak halau orang tua tu boleh buat cara kasar boleh buat cara lembut. tapi bomoh tu dekat siam sana abang mi kenal. Kalau nak bagi mati terus boleh tapi kena sanggup tanggung dosa lah." Terang pakngah mi.

'Bagi mampos terus bagus jugak. Tapi dosa aku sekarang ni pun dah tak larat nak menanggung nak tanggung dosa bunuh orang pulak haish sabar jelah biarla allah yang balas. Niat sekarang ni nak berubat mak dan aku sekali dengan rumah.' Kata aku dalam hati.

"Eishh taknak lah yang bunuh-bunuh tu. Yang tu biar allah jelah yang balas apa yang dia dah buat. Kita nak berubat Aqilah dengan kak dah ni je bagi elok balik. Kesian lah kat dia penuh habis hitam-hitam kaki tangan. Lepastu Aqilah kata kalau duduk dekat rumah gatal-gatal. Kalau keluar dari rumah tu tak gatal. Itu yang pelik tu." Terang mak ah kepada Pakngah mi.

"Ada sesuatu dalam rumah tu abang rasa. Takpalah. Nanti abang mi call pak cik tu cerita dekat dia macam ni . Nanti kalau ada apa-apa barang dia suruh bawak, abang mi cerita dekat adik ah." Kata Pakngah mi.
Aku hanya mendengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience