Bab 1

Horror & Thriller Series 11487

SANTAU 2 (N.A.J)

BAB 1

Aku menangis teresak-esak kerana tak tahan dengan batuk yang tak berhenti,sakit-sakit badan dan gatal-gatal yang menyiksakan . Muka aku pucat,bawah mata aku hitam. Aku hanya mampu menangis setiap malam. Menangis sampai termuntah. Orang dalam rumah ni dah lali dah...

Setiap malam batuk tak berhenti dan setiap malam tu jugak lah aku menangis. Mak buat tak tau je. Dah malas nak layan. Lagi aku sedih. Kakak yang tolong urut-urutkan belakang aku time aku batuk gila babi punya teruk sampai termuntah-muntah. Mata aku bengkak setiap malam.

Dah berbulan aku tak pergi sekolah. Cikgu dah keluarkan surat amaran pertama. Aku whatsapp cikgu bagi tau yang aku tak sihat2 lagi tapi kenapa aku dapat surat amaran pertama. Cikgu cakap sebab aku tak bagi surat. Habis selama ni aku dok tangkap gambar mc aku bagi kat dia macam mana pulak? Ok yang tu aku tak kesah sebab cikgu cakap nak bagi tau dekat puan rohana.

Ada satu hari tu kawan aku cerita dekat puan rohana ni yang aku tak dapat datang sekolah sebab terkena santau but dia balasnya kat kawan aku 'kaki dia tak sakit pun kan? Boleh je datang sekolah' aku panas gila hati. Cuba kau yang kena santau angin ni.. kau tau lah rasa terseksa dia macam mana.

Dah sebulan gigi-gigi aku ni semua sakit.. aku tak tahu kenapa.. aku cek dekat cermin tengok macam kuning je semua.. bukan sebab aku tak gosok gigi. Hari-hari aku gosok gigi tapi gigi aku nampak tak berseri. Aku rasa gigi aku ni semua macam longgar je.. aku cakap kat mak,mak cakap kurang air.panas badan. Okay aku terima jugak jawapan tu. Aku pun minum air banyak-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience