Bab 7

Horror & Thriller Series 11487

BAB 7

Keesokan harinya selepas pakngah mi bagitahu semua barang-barang yang kena bawak kitorang pun bertolak ke sungai petani. Pakngah tunggu dekat rumah dia sebab rumah dia dekat je dengan rumah pakcik tu.

Sampai dirumah pakcik tu aku tengok orangnya muka bersih je pakai kopiah putih. Lepas sembang-sembang sekejap dengan pakcik tu dia tanya nama aku berbintikan nama mak.

"Nur Aqilah binti ******" jawab aku.

Lepastu aku dengar dia cakap bismillah then tak dengar dah. Dia tengok tapak tangan dia. 2 minit macam tu dia pandang aku.

"Masa tidur selalu duk mimpi apa?" Tanya pak cik tu dekat aku.

"Mimpi macam mana tu?" Tanya aku balik sebab aku tak tahu mimpi apa yang dia maksudkan.

"Mimpi macam binatang ke apa ke." Jawab pakcik tu.

"Ada.. saya banyak mimpi kucing." Jawab aku. Aku nampak dia anggukkan kepala.

"Hmm. Yang gatal-gatal tu kena ludah dia,kena gigit,kena cakar." Kata pakcik tu.

Baru aku perasan yang dekat kaki aku banyak kesan luka-luka panjang. Macam kena cakar. Jadi sekarang baru aku tahu rupa-rupanya kena cakar.

"Ni.. kalau dok rumah je gatal. Sebab kat rumah tu ada banyak. Dekat mak hang satu yang tu ibu dia. Lepastu dekat bilik air ada sekor , sebab tu bilik air macam busuk je kan. Sebelum ni takdak busuk pun. Kakak hang pun sama macam hang jugak gatal-gatal. Kena tempias. Santau hang tu takdak dah. Kalau ada lagi sekarang hang mati dah. Mak hang pulak dia tak sedar. Orang tu dok kawal dia. Sekarang ni hangpa nak makan pun susah. Orang tu dok kawal duit meniaga tu. Untung banyak cuma dia pakai untuk kegunaan keluarga dia je tapi dia kata duit tak cukup bila mak hang mintak. Orang ni dia pandai, ada guna benda supaya perempuan suka dengan dia. Yang hantar santau kat hang tu bini dia. Bini dia pun ada bela hantu raya." Terang pakcik tu sambil tengok tapak tangan dia.

Dengan tanya nama penuh aku je semua dia dapat tahu. Semua yang dia cakap semuanya betul.

"Takpalah.. kita buat dulu air penawar untuk mak dia. Supaya dia sedar dulu lepas tu bawak balik kampung kita berubat. Sebelum ni berubat pun tak jadi sebab kena jumpa orang tu dekat kedai. Jadi bila orang tua tu tengok mak dia lain macam sikit melawan cakap dia,dia tambah lagi.tu tak lega tu. Lepastu yang gatal-gatal ni sapu bedak sejuk ni dengan air bukit ni. Insyaallah."

Lepastu pakcik tu bawak keluar 3biji batu kecil . Dia bagi dekat aku .

"Ni batu dari kubur. Letak sebiji dekat rumah untuk halau benda yang dok dalam rumah hang tu dua biji lagi dekat kedai. Bila hang buat ni orang tua tu jadi benci dekat hang. Jadi buat taktau sudah bila dia ada cakap apa-apa." Terang pakcik tu. Aku hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience