Biasanya, bab kahwin ni, mesti orang akan relatekan dengan istikharah.
Dah solat istikharah, lepas tu apa tanda-tanda istikharah??
So, ada yang tunggu mimpi lah, hati tenang ke gelisah ke, atau ada petanda-petanda tetiba pokok sujud ke, dan sebagainya. Tapi, actually, itu tak semestinya tanda istikharah. Macamana nak tahu satu mimpi tu dari Allah ataupun dari iblis? Kalau nak ikut hati, hati ni bola balik kejap tenang, kejap gelisah. So, nak ikut mana satu?
So, kat sini saya listkan sikit petanda-petanda istikharah.
1) Nabi saw bersabda:
"Kebaikan adalah apa yang membuatkan hati kamu tenang dan nafsu kamu tenang, keburukan pula ialah apa yang membuatkan hati gelisah dan sering ragu-ragu.."
(HR Ahmad)
So, check hati betul-betul.
2) Bab jodoh, nabi bersabda:
"Seorang perempuan di nikahi kerana 4 perkara. Kerana harta, kedudukan, kecantikan dan agamanya. Carilah yang mempunyai AGAMA, nescaya kamu akan beruntung.."
(HR Muslim)
Cari yang korang rasa paling bagus agamanya, dan yang paling korang rasa bagus untuk agama, dakwah tarbiah korang.
3) Bab memilih pula, nabi ada bagitau:
"Rasulullah andai di beri 2 pilihan, nabi akan pilih yang paling mudah selagi ia tidak mengundang dosa. Apabila ia mengundang dosa, maka beliau menjauhinya..."
(HR Muslim)
Means, andai benda yang korang buat tu korang rasa dosa, maka jauhilah ia. Namun andai ia terpelihara dan jauh dari dosa, maka pilihlah ia.
Contohnya, sebelum kahwin dah couple, ikhtilat, terlanjur bagai, dan perjalanan menuju perkahwinan tu di penuhi dengan najis-najis dosa, so, better elakkanlah.
4) Seorang ulama’ sebut:
"Amat elok untuk mengabungkan istikharah dengan berbincang dengan mereka yang lebih berpengalaman, pendapat mereka yang berpengalaman itu sebenarnya adalah salah satu dari tanda istikharah. Seorang ulama salaf berkata :
Maksudnya:
"Dari hak seorang yang beraqal lagi bijak itu adalah menambahkan nilai pendapatnya dengan pendapat para ulama, sehingga bergabung pendapatnya dengan aqal (minda) para ahli cerdik pandai, maka pendapat secara berseorangan berkemungkinan tergelincir, dan minda berseorangan mungkin akan tersesat"
( Al-Madkhal, 4/41)
5) Istikharah ni bukan doa, solat, lepas tu tunggu petunjuk semata-mata. Itu bukan konsep istikharah.
Tetapi, ia juga adalah analisa, bincang, meneliti, lantas membuat pemilihan. Istikharah ialah memohon yg terbaik pada Allah dgn keputusan yg di buat setelah bincang, usaha dan doa yg terbaik.
Means, kita bukan kena istikharah je. Tapi, nabi ajar, istikharah dan BERBINCANG!
“Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ..."
(HR Tabrani)
Ibn Taimiyah hurai hadis kat atas, dia kata:
"Tidak menyesal barangsiapa yang beristikharah kepada penciptanya ( Allah), dan bermesyuarat ( meminta pendapat) dari makhluk ( rakan-rakan dan mereka yang berpengalaman), dan Allah telah berfirman ertinya : Dan dalam urusan mereka itu mereka bermesyuarat, dan apabil akmu telah berusaha, bertawakkal ( berserah) kepada Allah swt..."
So, selalulah bincang dan mintak pendapat-pendapat kawan sekeliling dan juga family.
Wallahua’am.
Share this novel