“Ustaz, macamana nak yakinkan mak ayah untuk kahwin? Sebab mak ayah saya tak kasi….”
Ni antara soalan famous yang saya selalu dapat. Yep, isu mak ayah menghalang anak dia nak kahwin.
First sekali, kita janganlah cepat sangat marah dan tak puas hati dengan mak ayah kita, bila depa tak kasi kita kahwin. Standard la tu. Tapi, apa yang kita perlu perhatikan ialah, atas dasar apa mak ayah kita tak kasi kita kahwin.
1) Ada mak ayah tak kasi anak dia kahwin sebab anak dia tak habis belajar lagi.
Biasanya dalam kes ni, mak ayah suruh kita habiskan belajar dulu, habiskan degree dulu, baru kahwin. Tapi sometimes, nak tunggu habis degree, stress jugak.
Tapi, sebenarnya, cara nak plot twist isu ni ialah, kita BUKTIKAN pada mak ayah kita yang kita mampu skor exam, dapat 3 pointer ke atas. BUKTIKAN pada mereka yang kita belajar sungguh-sungguh.
Sebab sebenarnya, mak ayah kita bukan tak nak kasi kita kahwin. Tapi dah tengok kita nak malas semacam, banyak tidur, tak habis-habis game movie game movie, exam result tak membanggakan langsung, sebab tu depa tak kasi kahwin.
Tapi, kalau kita yakinkan mak ayah kita, dengan kahwin ni, insyaAllah ianya langsung tak menjejaskan pelajaran kita, bahkan menguatkan lagi, dan pada masa yang sama, kita buktikan pada mak ayah kita result exam kita yang baik, insyallah mak ayah akan lembut hati. Percayalah.
2) Ada mak ayah tak kasi anak dia kahwin sebab takde duit dan takde kerja.
Ni pun satu kes yang biasa. Ayat famous:
“Kau nak bagi isteri makan apa nanti? Makan pasir??”
So, cara nak plot twist benda ni ialah, korang kena BUKTIKAN pada mak ayah orang yang korang ni pandai mengurus kewangan. Mak ayah kita risau bukan apa. Yelah, kita dahla jarang gila call diorang. Tetiba, call diorang nak mintak duit belanja. Lepas tu langsung tak menghargai duit belanja yang mak ayah kita kasi. Lepas tu, beli benda pelik-pelik, henset mahal-mahal, gi wayang, gi belanja bf/gf bagai, pastu merungut takde duit, lepas tu duit PTPTN dan sebagainya pun boros. Langsung tak menyimpan.
Memang harapanla mak ayah nak kasi kita kahwin kalau macam tu.
Cuba BUKTIKAN pada mak ayah korang yang korang ni pandai menyimpan, tak boros, ada simpanan yang stabil, tak selalu mintak mak ayah duit, bahkan boleh bagi duit bulanan pada mak ayah kita lagi. Barulah mereka yakin nak bagi kita jaga anak orang.
Saya ada kawan, mak dia kerja kilang je, dia pun bukan kaya pun, duit PTPTN pun cukup-cukup untuk bayar yuran universiti je. Apa dia buat? Dia makan sehari kadang-kadang seringgit je. Nasi kosong dengan kicap, separuh dia makan pagi, lepas tu simpan, sambung makan malam. Lepas tu sambil-sambil belajar, dia buat bisnes jual buku sikit-sikit. Akhirnya, dalam keadaan macam tu, dia still boleh bagi mak dia duit setiap bulan.
Actually, mak ayah kita bukanlah nak sangat kita dapat kerja baru kahwin. Tapi, mereka nak tengok sejauh mana kita bertanggungjawab atas pengurusan duit kita, ataupun kita ni langsung tak terurus. So, sebelum salahkan mak ayah, check diri dulu.
3) Ada mak ayah yang tak kasi kahwin sebab kita terlalu muda.
Yelah, muda ni biasanya tak matang, fikiran macam budak-budak, ilmu cetek, emosi tak stabil, tak serius nak baut something dan sebagainya.
So, buktikanlah pada mak ayah kita yang kita ni MATANG!!
Kalau tak habis-habis layan movie dan drama pastu menangis macam apa, atau dah besar tapi main game lagi sampai dua tiga pagi, bacaan harian pun novel je memanjang, memang harapanla nak kahwin.
Cuba buktikan yang kita ni matang, berfikiran rasional, bertanggungjawab pada family dan diri sendiri, rajin menuntut ilmu dan sebagainya, bahkan kita siap jadi rujukan pada mak ayah, mak ayah nak tanya pasal agama, diorang rujuk kita, barulah mereka yakin nak lepaskan kita.
Faham?
Dan baaaanyak lagi. Saya takut korang stress pulak baca panjang-panjang. Saya nak tulis pun lenguh jari. Haha. Saya harap, korang dapatla faham apa yang saya cuba nak sampaikan. Sebenarnya, kalau mak ayah kita tak bagi kita kahwin ni, ada reasonnya. So, kalau korang dapat buktikan dan yakinkan mak ayah korang, insyallah akhirnya mak ayah korang akan izinkan jugak.
Jangan putus asa minta mak ayah. Saya pun nak kahwin, berkali-kali mintak mak ayah saya nak kahwin. Awal-awal depa tak bagi, tapi bila kita mintak, mintak, mintak, mintak, akhirnya deparasa yang saya ni serius dan tak main-main, akhirnya mereka ajak saya berbincang, dan akhirnya izinkan saya kahwin.
Share this novel