KAHWIN AWAL ATAU LAMBAT MANA LAGI BAGUS?

Other Completed 1911

Ramai sangat orang, dia semangat nak kahwin, especially anak muda. Kemudian, dia pun  menggunakan alasan:

“Kahwin awal tu bagus. Janganla menyusah-nyusahkan perkahwinan. Di sebabkan orang sekarang ni menyusahkan perkahwinan lah, ramai anak muda terjebak dengan maksiat…”

Statement ni ada betul, pada masa yang sama, tak beberapa tepat sangat.

Pada belah mak ayah pulak, memang ada sesetengah tu, sangat tak suka bila anak dia minta nak kahwin awal ni. Atas alasan:

“Ala, belajarlah dulu, lepas belajar, kerja, dah ada duit nak sara duit, barulah fikir pasal kahwin-kahwin ni. Kau nak bagi isteri makan apa?”

Statement ni pun ada betulnya, tapi pada masa yang sama, kurang tepat.

Wahai kawan…

Yang sepatutnya kita fikir, bukanlah soal kahwin awal atau kahwin lambat. Ia adalah soal, kita dah mampu atau belum mampu? Adakah kita dah bersedia atau belum mendepani segala tanggungjawab dan beban perkahwinan yang bakal menimpa? Kita dah bersedia ke nak mengharungi segala liku-liku dan cabaran yang sangat besar selepas kahwin?

Ingat kahwin ni senang ke? Ingat kahwin ni sehari dua hari ke? Ingat perkahwinan ni sesimple apa yang kita sangka ke?

Ramai anak muda hari ni, sangat terpengaruh dengan movie dan drama yang di sajikan oleh media-media, tak kisahlah dari negara mana pun. Ramai orang ingat, kahwin ni macam yang dalam movie drama bagai. Cintan cintun, sweet-sweet, dapat pasangan yang perfect, tulang rusuk bergetar, couple, tengok wayang sekali, lepas tu merajuk-rajuk sikit, bagi hadiah, normal balik, dan sebagainya. Dengan novel cinta yang makin pelik-pelik di buatnya.

Ramai yang tertipu dengan tu semua!

Kahwin ni bukan seperti yang kita nampak dalam movie bagai semua tu! Sebab tu lah saya banyak kali tegaskan, betapa bahayanya kalau kita berhibur dengan hiburan yang macam tu.

Kawan..

Isu sekarang bukanlah isu kahwin awal atau lambat lagi bagus. Isu sekarang ialah, sejauh mana persediaan kita dalam menempuh bahtera perkahwinan ini?

Kalau rasa bersedia, bismillah, atur langkah dengan cara yang halal, dengan cara yang tak melanggar hukum syarak. Kalau belum bersedia, tak payah sibukkan diri fikir pasal cinta ni. Fokus benda lain!

Bila saya sebut “Bersedia” nak kahwin, bukanlah bermakna kita nak tunggu ada duit yang banyak, ada rumah, ada kereta sendiri. Bukan tu maksud saya. Tetapi apa yang saya maksudkan dengan bersedia ialah:

“Sejauh mana kita bersedia memikul tanggungjawab perkahwinan, sejauh mana kita bersedia untuk memikul segala beban dan cabaran yang bakal berlaku dalam menempuh badai ombak dalam perkahwinan, sejauh mana kita FAHAM dengan JELAS matlamat dan tujuan perkahwinan…”

Bermakna, sedia ni bukan di nilai dari sudut luaran(duit, kerja, kereta, rumah bagai), tetapi, yang lebih penting dari itu ialah sudut dalaman(hati, tanggungjawab, kefahaman, jelas matlamat dan sebagainya).

Faham ke?

Lagi satu nak sentuh jugak, kita jangan tunggu dah ada duit semua tu baru nak kahwin. Tapi, kalau kita rasa kita dah KENA kahwin dan PERLU kahwin, maka, terus jumpa mak ayah, bincang nak kahwin, lepas tu atur langkah nak kahwin. Sebab, bila dah bulat nak kahwin, insyallah automatic kita akan sungguh-sungguh nak dapatkan duit dan sebagainya. Means, atur langkah dulu, insyallah keperluan lain tu Allah akan mudahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience