2

Romance Series 21651

SUASANA di ruang berbau ubat ini ditenung lama. Tangannya berjarum dan berwayar disentuh perlahan-lahan. Suria bangun dan cuba mencabut jarum ditangannya. Satu tangan besar menepuk tangannya dari meneruskan niatnya. Dia tersentak.

"Siapa suruh cabut? Suka-suka cabut. Tak padan yang sakit."

Suria memandang wajah lelaki berbaju putih di hadapannya. Lelaki itu mengangkat kaki Suria ke atas katil semula.

"Belum masa balik. Tak sayang nyawa ke bawa motor laju-laju dalam hujan," bebel lelaki itu.

"Macam mana saya ada sini?" tanya Suria bingung.

Lelaki itu menggeleng dan ketawa kecil. "Kau buat flip dekat simpang Highway tu. Kau pengsan. Abang turun bawa kau ke sini. Kebetulan abang nak masuk kerja. Siapa nama kau? Nak panggil Suria ke Keyla?"

"Apa-apa pun boleh."

Berderai tawa jururawat itu mendengar jawapan gadis itu. "Kau ni, tak pernah berubah. Tetap jual mahal walaupun sakit. Kau kejar apa dalam hujan Suria?"

"Abang kenal saya ke?"

Lelaki itu mengeluh. Wajahnya diraup kasar. "Kau hari-hari kerja kedai makan Mak Abel. Aku kenal kau. Kau yang tak kenal aku."

Matanya terhenti di tanda nama lelaki itu. Hairy. Jauh sudut hatinya berbisik. "Memang tak kenal pun."

"Saya kena keluar dari sini. Saya nak cari Kak Fitri. Boleh abang keluarkan saya dari sini?" pujuk Suria lembut.

"Aku? Keluarkan kau?!"

Suria mengangguk. Senyuman tawar terukir di bibirnya.

Kepalanya digosok kasar. Pandangannya dibuang ke sekeliling wad itu melihat rakan sekerjanya. "Kau nak aku kena buang kerja ke Suria? Agak-agak la bila bercakap tu. Kau sekarang dekat wad kecemasan."

"Abang, Kak Fitri kena culik. Mak cik Miara bagi dia ke orang jahat buat selesaikan hutang dia."

"Apa?!"

"Syttt... abang. Slow suara tu." Suria meletakkan jarinya ke bibirnya agar lelaki itu merendahkan suaranya.

Sekali lagi wajahnya diraup kasar. Dia mula tidak senang apabila mendengar bicara Suria. "Kau biar betul Suria? Tak silap aku Fitri baru jea keluar hospital minggu lepas."

"Mana abang tahu?" Dahi Suria berkerut.

"Hah, sebab aku tahu. Betul ke Fitri kena culik?" Dia cuba berlagak tenang di hadapan Suria.

"Abang tengok muka saya ni ada main-main ke?" Dia tidak menyangka banyak hal yang lelaki ini tahu tentang hidupnya. Apa yang penting sekarang dia perlu keluar dari sini.

Suasana sunyi seketika tanpa bicara.

"Aku boleh tolong kau. Kau nak keluar ni jangan sampai kena tahan dengan nurse lain pula. Kantoi jangan petik nama aku. Aku suruh bapak aku minang kau nanti."

Tangan kanannya diangkat separas bahu. Suria tersenyum secalit. "Saya janji, saya tak susahkan abang."

"Hmm... kau nampak pintu sebelah sana tu. Situ tandas, tapi kau jangan masuk pintu tu. Kau masuk pintu sebelah dia. Bagi aku sambung kerja dulu, dalam 10-15minit kau lari."

"Terima kasih bang. Terima kasih."

.
.

Langkahnya lemah saat keluar dari balai. Suria berjalan menuju ke jalan besar dalam keadaan malas. Sungguh dia letih dengan semua yang menimpanya kali ini.

"Kenapalah aku ditakdirkan hidup dengan mak cik yang kejam," bebel Suria.

Suria cuba mengingati baris kata Kak Fitri tadi saat dia menghubungi Suria.

"Ada orang ramai dekat rumah pukul mak cik dan nak tangkap dia. Bila aku tanya... hisyh... putus. Mesti masa tu orang tu dah nampak dia." Kepalanya ditepuk-tepuk sambil berjalan di kaki lima.

Bunyi hon kereta mengejutkan Suria sedang berjalan. Kereta Saga biru berhenti di sebelahnya.

"Suria, kenapa jalan kaki? Motor mana?"

"Motor rosak kak."

"Naik. Biar akak hantar kau balik. Jauh lagi tu nak jalan. Penat kau nanti."

Kepalanya digaru. Suria tertunduk malu. Serba salah dibuatnya apabila pelanggan tetap Mak Abel mahu menumpangkannya.

"Cepatlah Suria. Kau tergaru-garu tu dah kenapa pula. Masuk cepat. Akak sorang mana ada orang lain dalam kereta."

Suria mengalah. Dia masuk ke dalam kereta itu dengan perasaan berdebar.

"Terima kasih kak, tumpangkan saya."

"Sekali jalan jea Suria. Kau ni Suria, akak tahu kau kuat tapi kau tu perempuan. Bahaya sebenarnya jalan sorang-sorang macam tu. Kena ada orang jahat ikut kau senyap-senyap. Dia tarik kau masuk kereta macam mana?"

Suria hanya tersenyum tawar. "Saya lompat ke bawah bukit sana biar dia tak boleh kejar."

"Eh, pandai sangat jawabnya. Masa ni memang boleh cakap. Bila dah jadi satu apa tak jalan sebab awak takut. Jandan jalan sorang-sorang lagi lepas ni. Bahaya."

"Baik kak. Terima kasih nasihatkan saya."

Suria mengeluh kasar. Boleh dikatakan setiap minggu dia bertemu dengan lelaki jahat. Baik yang ada rupa, yang muda dan tua semuanya ada. Hinggakan dia sendiri lupa bagaimana rupa orang yang baik.

.
.

Miara terdiam saat Aloi menyimbah air yang berbau anggur itu ke mukanya. Dia hanya tunduk dan tidak berani melawan. Aloi menolak dagunya dan mencengkam pipinya kuat. Tangannya dihulurkan ke pembantunya meminta gelas lain.

"Berani sungguh kau biarkan anak saudara kau buat report polis." Aloi menuang air itu ke dalam mulut Miara tanpa rasa bersalah.

Tubuh Miara ditolak kasar sebaik selesai urusannya. "Hanya disebabkan dia, aku terpaksa tolak kereta tu ke gaung. Kau tahu tak!"

Terbatuk-batuk Miara di lantai. Bibirnya dilap menggunakan lengannya. Wajah Aloi dipandang sekilas. "Aku tak tahu dia report polis. Aku sendiri tak tahu macam mana budak tu tahu nombor plat kereta kau Aloi."

Seorang lelaki menghampiri Aloi dan berbisik.

Aloi mengangguk. Dia menyepak tubuh Miara kuat. Rambut Miara ditarik kasar.

"Aku belum settle dengan kau. Dei, hantar dia tepi jalan. Ada benda lain lagi penting kita kena selesaikan. Ingat Miara. Kau belum settle dengan aku."

Suasana berbeza di rumah. Suria menggeledah bilik mak cik Miara mencari sesuatu. Almari baju dan laci di dalam bilik itu dibuka namun masih tidak jumpa maklumat mengenai Aloi.

"Aku rasa mak cik rapat dengan Aloi sejak aku sekolah menengah. Banyak duit aku habis untuk bayar hutang dia dengan syaitan tu."

Tangannya terhenti apabila gagal menarik laci itu. Dia cuba sekali lagi namun gagal. "Ada apa dalam laci ni?"

Pandangannya dialihkan sekeliling bilik mencari kunci laci itu. Dia tersenyum apabila berjaya menemui kunci di tepi pasu bunga. Pantas Suria berlari ke laci dan membukanya namun semuanya hampa belaka.

"Mana dia simpan kunci ni? Aku kena tahu ada apa dalam laci ni."

Suria berlari ke dapur mencari dawai yang sesuai. Dia bergegas naik semula ke bilik dan cuba membuka laci itu dengan caranya.

"Kau boleh Suria. Kau boleh," gumamnya.

Beberapa minit kemudian Suria terduduk. Satu keluhan dilepaskan terasa kesal. "Kenapa aku tengok dalam drama nampak senang dia buka guna dawai?"

Tangannya menepuk lantai melepaskan amarahnya. Sekali lagi dia mencubanya namun tetap sahaja gagal.

Bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah menghentikan niatnya yang hampir sejam di dalam bilik itu. Suria keluar dari bilik mak cik Miara dan duduk di kerusi. Tangannya mencapai surat khabar di bawah meja.

Miara masuk dengan langkah lemah. Wajah anak saudaranya dijeling tajam. "Kau tak kerja ke budak?"

"Dah petang mak cik. Kedai Mak Abel mana buka sampai petang hari minggu. Siapa nak datang makan? Hantu?" sindir Suria.

Miara beredar menuju ke dapur. Perutnya digosok terasa lapar. Mana tidaknya, Anak buah Aloi mengurungnya dari pagi sampai ke petang. Tudung saji dibuka.

"Keyla, kau tak masak ke hari ni?"

"Masaklah. Ada bubur dengan telur hancur atas meja tu. Ikan masin pun ada."

"Ini jea?"

"Mak cik nak apa? Mak cik pandai masak la sendiri guna barang yang ada dekat dapur tu."

"Melawan!"

"Bila masa saya melawan. Betullah. Tiap kali saya tengok barang dekat dapur tu yang ada dalam otak saya masak tu. Itu jea la dapat. Tak mungkin pula tiba-tiba jadi lamb chop pula."

Miara merengus kasar. Dia menuju ke anak saudaranya dan menampar pipi gadis itu kuat.

Pipinya digosok dan diurut. Suria bangun dan menunjal dada mak ciknya. "Mak cik tampar saya sebab tak ada lauk atau mak cik marah saya tak bagi mak cik duit sebelum mak cik keluar tadi?"

"Aku marah kau sebab kau biadap!"

"Saya biadap pun sebab mak cik. Mak cik tahu tak banyak benda saya rasa, saya nampak... apa yang mak cik buat seumur hidup mak cik selain menyusahkan saya?"

Miara menyepak kaki anak saudaranya. "Kau patut bersyukur aku bela kau. Sekejap lagi aku nak pergi rumah atas bukit. Bak sini duit gaji kau. Aku tahu Abel bagi kau duit upah hari-hari."

Suria mengeluarkan kain poket seluar tracknya. "Tak ada! Nampak tak? Saya dah cakap hari tu. Silap mak cik sendiri... siapa suruh mak cik usik Kak Fitri. Saya tak akan bagi mak cik duit macam dulu lagi lepas apa yang mak cik buat."

Miara hilang sabar. Dia mencapai penyangkut baju di dalam bakul dan melibas tubuh Suria sekuat tenaganya.

Share this novel

shadowz
2024-10-06 09:16:39 

Tahniah win baby baru. Semoga Suria kuat hidup dengan Miara yang kejam


NovelPlus Premium

The best ads free experience