BAB 6

Romance Completed 1959

8 bulan kemudian.

“Bat, kau ada nampak Abbas tak?”

“Tak nampaklah Samson. Kenapa?”

“Tak ada. Tadi dia cakap nak jumpa aku. Aku tak sedap hatilah.”

Samson dan Baizura menunggu Haiza, Abbas dan Iffa di perhentian bas. Tak lama kemudian kereta yang dipandu oleh abang Abbas muncul dipenghujung jalan. Samson dan Baizura tersenyum. Tiba-tiba ada lori 3 tan melanggar kereta Avanza itu. Samson dan Baizura terkejut.

“Ya ALLAH, Haiza, Iffa!”jerit Baizura yang berbangun dari duduk.

Kereta itu berpusing-pusing lalu terhenti. Nafas Baizura mula naik turun. Denyutan jantungnya bertambah. Dia hanya ingatkan keadaan kawan-kawannya sahaja. YA ALLAH, selamatkanlah mereka.

Samson memapah Abbas yang keluar dari bilik rawatan. Dia hanya luka kecil. Begitu juga abangnya. Hanya Iffa dan Haiza sahaja yang tidak sedarkan diri lagi.

Baizura menenangkan ibu Iffa. Abbas duduk disebelah Baizura.

“Kau nak apa?”

“Bat, saya tak tahu apa yang berlaku. Saya..”

“Bukan salah kau. Lori tu yang salah masuk line.”

Tak lama kemudian, ibu Iffa dipanggil. Alhamdulillah Iffa selamat. Hanya tinggal Haiza. Tiba-tiba beberapa orang jururawat mengusung sekujur badan yang diselimut putih. Tanpa disedari, air mata Baizura mulai keluar. Dia terdengar teriakan ibu Haiza. Abbas terpaku. Betulkah apa yang berlaku ni? YA ALLAH, inikah reality hidup?

Semoga roh Haiza tenang bersama-NYA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience