BAB 3

Romance Completed 1959

Minggu mesyuarat agong kokurikulum bermula. Baizura berjalan menuju ke dewan. Eksklusif betul mesyuarat kali ni. Dahlah dewannya ada pendingin hawa. Fuh, best gitu.

“Ok, kita akan mulakan dengan pengerusi unit beruniform Silat dulu ye secara demokrasi. Pilihlah pemimpin anda.”

Baizura tersenyum. Lawak pulak cikgu kelab ni.

“Cikgu kalau saya nak calonkan Abbas boleh?”

“Kau tanya cikgu buat apa? Cer tanya tuan punya badan tu.”

“Dia setuju cikgu.” Tipu Lukman. Mana ada Abbas. Dia pergi tandas tadi.

“Baiklah. Mari kita lakukan undian. calon sila nyah dari sini.” Arah cikgu tersebut. Abbas yang baru sampai dari tandas itu pelik.

“Apa salah saya cikgu? Saya baru balik tandas.” Abbas buat muka kesian campur blur. Abbas sungguh pelik.

“Patut lah bau. Sebab tu saya suruh kamu keluar. Bau siot.” Cikgu tipu Abbas. Abbas patuh.

SEMINIT KEMUDIAN.

“Okey. Boleh masuk.”

Abbas masuk dengan muka tak puas hati. Dia secara sah menjadi presiden persatuan silat.

“Lukman!!” jerit Abbas. Lukman mulakan langkah seribunya. Abbas mengejar. Misi lukman dan Abbas tawaf sekolah bermula.

“Kamu!” Cikgu Linda menunjuk kearah Baizura. Ah,sudah. Jangan aku dijadikan mangsa dah la.

“Jadi bendahari boleh?” kepala Baizura mula rasa berbintang. Dia hanya angguk dengan fake smile.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience