BAB 5

Romance Completed 1959

Baizura masuk ke kelas 5 teknik 1 dan memanggil beberapa orang pelajar.

“Apa kes ni kak?”

“Duit silat. Bila nak bayar?”

“Sabarlah.” Budak lelaki tu mengeluarkan duit. Abbas hanya memerhati.

“Eh, bro. comey betul secretary tahun ni? Tak pass kat saya ke?” Bisik salah seorang budak lelaki kelas tu. Baizura yang terdengar bisikan itu menjeling.

“Eh comel ke?”

“Hat kecik-kecik macam ni comey la tu boh” Tambah budak lelaki tu.

“Ha, kau tak nak bayar ke?”

“Kak comel, saya bukan kelab ni. Saya bomba.”

“So, yang ko join keluar ni kenapa? Nak tolong bayarkan hutang orang ke?”

“Eh kakak ni. Janganlah marah-marah. Lagi comel tu.”Muka Baizura dah merah. Tangannya sudah timbul urat. Nak kena budak ni.

“Eh, Asan. Lain macam dah aku tengok minah ni. Kau pergi masuk.” Hasan hanya menurut.

“Kau kenapa, Bat?”Baizura menjeling Abbas.

“Salah ke aku nak jaga maruah aku?”Baizura bercakap dengan nada suara yang agak tinggi.

“Tak. Tapi sampai timbul urat tu.” Baizura memandang kearah lain. Dia tak mahu memandang wajah Abbas yang bersih itu.

“Esok kalu ade waktu relief lagi cakap tau. Aku teman kau kutip hutang.”

“Yang patut follow aku Erra bukan kau.”

“Aku nak tunjuk ajar kau.”

“Tak payah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience