Bab 2

Romance Series 7979

6 tahun yang lalu
"Mya cepat la apa yang dimenungkan lagi tu. Sekejap lagi sampai la bakal mak mentua kamu tu nak sarung cincin dekat kamu" bebel Mak Teh Jiha yang merupakan ibu saudara Mya merangkap mak andam pada hari itu. Kerjaya sebagai seorang jurusolek profesional mendapat kepercayaan daripada kak ngahnya yang merupakan ibu kepada Mya Haura untuk menyolek anak saudaranya pada hari pertunangannya.
"Alah mak teh ni kalut la , Mya dah siap dah pun. Menung sikit je . Merenung nasib sebetulnya" jawab Mya selamba.
"Nasib apa lagi hah? Dah nak jadi tunang orang dah pun . Kamu jangan nak buat pasai Mya. Macam mak teh tau akai kamu yang macam-macam tu. Pikiaq mak dengan ayah kamu sama. Jangan nak buat selamba kamu je buat keputusan bodoh-bodoh." balas Mak Teh Jiha geram. Geram dengan perangai tak kisah anak sedaranya yang sorang ni.
"Mak teh tak tau . Senang la mak teh cakap. Mya yang tau ni susah hati tau. Sebab pikiaq mak dengan abah la Mya diam je " keluh Mya . Hanya Tuhan je yang tahu perasaannya ketika ini. Sahabat baiknya Ainur pun tidak tahu tentang isu yang terjadi disebalik pertunangan ini
"Apa yang mak teh tak tau. Apa yang mak dengan abah tak tau. Kalau Mya tak habaq mana kami nak tau" Mak Teh Jiha mula rasa seriau(risau) mendengar bicara Mya.
"Tak da apa la. Ni bila bakal mak mentua Mya nak masuk sarung cincin. Lamanya. Berlengaih(berlengas) dah ni , mekap pun nak cayaq(cair) dah ni" Mya cuba menukar topik supaya isu tersebut tidak dipanjangkan lagi. Mujur dalam biliknya hanya ada Mak Tehnya itupun atas peemintaanya kerana tak mahu keadaan dalam bilik terlalu sesak mahunya sepupu-sepupunya ada sekali tadi masak dia kena gasak dengan macam-macam soalan .
"Sat mak teh pi tengok" ujar mak teh lalu berlalu keluar untuk melihat keadaan di luar. Sebaik sahaja mak teh berlalu keluhan kedua terbit dari mulut Mya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience