Bab 3

Romance Series 7979

Mya imbas kembali saat dia keluar untuk membeli barang pertunangannya. Baru tunang barang dah macam hantaran kahwin . Serabut Mya dengan adat Melayu yang semakin mengarut. Makin maju zaman itu makin mengarut adat-adat yang dibuat. Mya sedang berjalan di deretan kedai-kedai pakaian wanita untuk membeli baju pertunangannya. Dia tidak mahu menempah baju walaupun didesak oleh maknya Puan Maria dan Mya berhajat untuk memakai baju kurung moden sahaja pada hari pertunangannya. Mya yang ditemani sahabatnya Ainur melangkah ke dalam butik pakaian muslimah . Mereka disambut oleh pekerja di kedai tersebut.
"Mya baju ni cantik gila wei. Ni kalau kau pakai confirm tunang kau nak cepatkan tarikh kahwin korang" ujar Ainur sambil tangan tekun menilik perincian pada baju tersebut. Diakaui taste Ainur memang tip top kalau dalam memilih baju berbanding dengan aku . Kemudian suara pekerja kedai yang bernama Siti ( tengok name tag la) kedengaran
"Baju ni latest design . Memang baju moden biasa tapi ada twist sikit . Kalau cik nampak dengan bahagian pinggang ni nampak macam ada line macam baju peplum kan. Kemudian dekat bahagian tangan ni ada hiasan sulaman. Sulaman tanahn ni cik. Jadi kalau cik nak guna untuk pertunangan sesuai jugak ni" terang Siti.
"Haah Mya aku pun setuju kalau kau pakai baju ni. Serious cantik. Lagipun warna dia dah dekat-dekat dengan tema kau kan . Okay la tu" tambah Ainur
"Memang la sesuai , kena dengan tema and aku yang tak suka benda merapu-merapu dekat baju aku tapi kau tengok la harga dia. Cekik aku dua bulan oi" bisik aku perlahan pada Ainur .Itulah yang aku risau dari tadi. Dalam sibuk pekerja tu terangkan aku belek tanda harag dia . Mak aii sampai dekat 300 kot. Baju kurung moden je pun. Baik aku beli kain upah orang buat. Tapi rasional kot harga dia sebab ada sulaman tangan.
"Haish kau ni . Jangan nak jadi tangkai jering sangat boleh tak. Kau kopak dua bulan aku cover . Amacam?" bidas Ainur perlahan.
"Yelah aku ambik yang ni . Cik saya ambik yang ni la tengok ukuran dia boleh tak? Sebab kalau tak muat saya tengok yang lain" tanya aku pada pekerja tersebut.
"Kau tu tak muat mende " sinis je suara dia . Memang melaser betul mulut minah ni. Selesai satu masalah. Baju dah settle tinggal nak cari kasut je. Motif pakai kasut ? Nak ambik gambar je. Sakit hati aku. Kalau ikutkan aku memang aku nak pakai sneakers je takpun selipar yang aku dok pakai je. Mengada betul. Tapi aku ni takdelah bendul sangat , aku nak cari kasut yang boleh pakai terus untuk majlis nikah dengan sanding nanti takdela nak keluar duit banyak kelak.
"Mya stop makan dulu la. Japgi sambung la tawaf dekat sini. Bukan aku tak tau kau tu . Kalau bab kasut memang cerewet nanti pukul berapa nak makan pun tak tau. Boleh tak?"
"Heheh okay la jom makan dulu. Lepas tu cari surau solat siap-siap" balas aku . memandangkan jam telah pun menunjukkan 12:56 tengah hari. Sampai tadi pun dah pukul 10:30 pusing cari baju lagi. Kami pun melangkah le dalam restoran The Chicken Rice Shop untuk makan tengah hari kami. Tempat tu takde la ramai sangat sebab belum lunch hour lagi. Kami pun mengambil tempat , dan terus membuat pesanan . Masing-masing dah biasa makan dekat sini jadi dah tau nak makan apa. Jimat masa.
"Aku pergi toilet jap tau" ujar Ainur.
Aku cuma mengangguk kan kepala sahaja. Sedang memerhati sekeliling mata aku tertancap kepada sepasang kekasih yang duduk berselang dua meja daripada tempat aku duduk. Bukan perempuan tu yang menarik perhatian aku tetapi lelaki yang duduk di hadapannya. Iye tu lah bakal tunang aku. Aku cam muka dia pun sebab pernah jumpa beberapa kali dan melalui gambar yang mak aku bagi. Siapa perempuan tu? . Mereka nampak bahagia.. gembira.. Terdetik dalam hati aku untuk tahu siapa perempuan tu. Peluang tu terhidang di depan mata apabila laluan untuk ke toilet terpaksa melalui meja tersebut. Sekembali nya Ainur ke meja aku pula bergerak untuk ke toilet. Sewaktu melintas meja tu mereka sedang ketawa. Aku bersandar di dinding dengan harapan dapat mendengar perbualan mereka. Mulanya sukar tetapi aku dapat juga menangkap beberapa perbualan mereka
"Lepas ni Asy dah nak tunang boleh ke kita jumpa macam ni lagi"
"Min, baru tunang la. Bukan suami lagi"
"Memang la baru tunang. Nanti lepas tunang jadi la suami orang"
"Min pun tahu kan yang Asy memang nak kahwin dengan Min je. Asy cuma lewat beberapa saat je dengan mama. Kalau tak memang Min yang jadi tunang Asy nanti"
"Hmm Asy...Sayangkan Min sangat-sangat ke"
"Aik ade tanya soalan macam tu. Sayang la. Ke Min tak nak Asy sayang Min?"
"Eh mana ada . Asy kenalah sayang Min"
Kemudian dengar suara mereka bergelak ketawa. Asy pula mengusik si Min ni lagi tambah lah gelak ketawa dari meja tu.
Okay cukup aku tak mampu nak dengar dah. Asyraf Mikail dah ada pilihan hati . Kenapa dia tak nak terus terang dengan mama dia. Kenapa dia teruskan pertunangan ni. Hancur luluh hati aku. Belum bertunang lagi. Hilang terus mood aku . Sejak dari hari tu mood aku terhadap majlis pertunangan ini pudar. Aku tak mampu nak bersuara tentang apa yang aku dengar . Mulut seolah terkunci. Hati seolah mati. Dekat Ainur pun aku tak bercerita

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience