Bab 1

Romance Series 7979

"Yang, tolong tengokkan si Myra dengan Malik mandi dekat pool ni . Abang nak jumpa Mail dekat kedai kopitiam depan tu jap" laung Mikail dari halaman rumah.
"Eh, yang abang ni sampai hari-hari nak jumpa si Mail tu kenapa eh? Baru hari ni saya mintak abang tengokkan anak-anak , dah nak mengelat macam-macam" balas si isteri dari dalam rumah
"Apa yang Mail tu nak bagi dekat abang? Sibuk nak jumpa dekat kopitiam , kenapa dah jumpa skandal baru dekat situ? Huh? Dah nak buat lagi perangai abang tu? Kenapa kalau dia datang rumah saya tak boleh buat air? Mengada-ngada. Baru mintak tengok anak hari ni dah nak keluar. Dekat tempat kerja dah jumpa , cuti-cuti pun sibuk nak jumpa. Kunyit ke apa?? Pergi suruh dia kahwin . Sibuk nak kacau laki orang hujung minggu" Dengar isteri kesayangan membebel dekat dalam putus terus niat dia nak keluar. Haih macam-macam yang keluar dari mulut si Mya ni. Kalau dia keluar jugak tengok lah kalau dia balik nanti, muka macam tertelan asam jawa sebekas. Kemudian dia telefon sahabatnya
"Sorry ah Mail , aku tak boleh la nak keluar. Mya bising malas aku nak bertekak dengan dia"
Dia ingatkan si Mail nak tolong. Hmm tolong gelakkan ade la. Hampeh punya kawan.
"Dah puas gelakkan aku?"
"Hahaha sorry bro, okaylah takpe aku paham tapi rugi lah kau si Arsyad dengan Kimi pun ade, plan nak gi futsal nanti. Burn and the geng pun join"
"Perghh kejam siak korang. Pahal tak roger awal-awal dol"
"Sorry bro . Last minute plan. Join tak?"
"Tak kot . Aku rasa kalau aku keluar jugak memang tidur luar la jawabnya. And kauntak terlepas daripada terkena jelingan maut si Mya tu"
"Hahaha aku tau Mya dengan jelingan dia mesti ditambah perisakan dengan perli, sindir bagai"
"Tau takpe. Okay lah have fun bro"
"Okay you too bro"
Panggilan dimatikan oleh Mikail. Kemudian dia terjun masuk ke dalam kolam untuk menemani Myra dan Malik. Myra berumur lima tahun manakala Malik pula berumur tiga tahun. Dia dan isterinya memang mengajar anak mereka untuk berenang dari awal jadi mudah untuk mereka kelak.Kelibat Mya dia hadapan pintu rumah mereka sambil menatang dulang air dipandang .
"Aik kata nak keluar , pergi la"
"Tak jadi la yang duduk rumah best jugak"
"Yelah tu"
Dia cuma tersengih mendengar jawapan isteri tercinta.
"Mama jomlah join mandi dengan Myra dengan adik dengan papa"
"Jom lah yang"
"Taknak la. Tak kuasa nak mandi banyak kali . Banyak lagi kerja dekat dalam tu"
Mendengarkan jawapan mamanya Myra mula menarik muka , moodnya yang seronok terus terbantut. Mya mula serba-salah melihatkan situasi itu.
"Yelah yelah mama masuk ni" Mya mula mendekati tepi kolam renang tersebut. Idea nakal Mikali mula timbul melihatkan pergerakan Mya yang berhati-hati untuk masuk ke dalam kolam . Sebaik sahaja kaki isterinya sudah tenggelam sehingga paras lutut dia pantas meluru ke arah isterinya dan menarik kaki sehingga isterinya berada dia dalam kolam renang sepenuhnya. Telatah Mikail yang nakal menerima ketawa yang kuat dari anak-anak mereka . Mya geram dengan tingkah suaminya.
"Kalau apa-apa jadi macam mana? Kalau sakit dekat luar boleh letak ubat kalau yang dalam ni jadi apa-apa macam mana?" ujar Mya dengan perasaan marah
"Sayang ,sorry sorry abang memang tak sengaja . Saja nak bergurau. Wait . Mya cakap apa tadi 'yang dalam'? what do you mean? Are you...." ayat itu tidak disambung apabila melihat senyum yang terbit di bibir mungil isterinya.
"Wohoooo. Alhamdulillah. Since when sayang? Oh I'm so sorry "
"Just 2 weeks . But Mya tak jumpa doctor lagi baru guna pregnancy test"
Anak - anak mereka tercengang melihat aksi mereka terus didekati.
"Myra dengan Malik nak dapat adik"
Kedua mereka gembira mendapat berita tentang kelahiran ahli keluarga baru. Petang itu dipenuhi dengan gelak tawa daripada mereke sekeluarga. Mikail tak sangka yang hidupnya akan dilimpahi dengan nikmat yang indah. Kalau lah isterinya tidak menarik tangan dia untuk meneruskan majlis persandingan mereka pasti semua ini tak akan dimilikinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience