Rate

CHAP 4

Fantasy Series 5299

               MEMBULAT mata Farhan apabila melihat tubuh Diandra yang ingin menyembah bumi itu.. lantas dengan tindakan spontan dia memaut pinggang gadis itu agar tidak tumbang..

"Farhan kenapa tu?!" Tanya Umi Hasmah..

"Tak tahu la Umi.. demam kot sebab dia redah hujan tadi" kata Farhan sambil merenung wajah Diandra..

"Farhan.. letak dia kat bilik kamu.. umi pergi ambil air dengan kain" kata Umi Hasmah sebelum berlalu..

Farhan menurut.. Tubuh Diandra dicempung kearah biliknya... sebelum diletakkan dia atas katil bujang yang sudah usang itu..

"Dian.." panggil Farhan perlahan..

"Ooo Dian.. awak tak nak bangun ke?" Tanya Farhan dengan tangan yang menggenggam erat jemari gadis itu.

"Hah Farhan! Ni air dengan kain untuk letak kat dahi Dian" kata Umi Hasmah sambil menghulurkan sebesen air kepada Farhan..

"Ouh baik umi" kata Farhan sambil menyambut besen tersebut..

Dicelupkan tuala dengan kadar yang sederhana lalu tuala itu diperah dan diletakkan di atas dahi wanita itu..

"Kenapa la awak ni degil eh? Lainkali hujan tu tak payah la nak merayau" Gumam Farhan sambil merenung wajah polos Diandra.

"Farhan.. Tak nak makan ke?" Tanya Umi Hasmah..

"Sekejap lagi la Umi.. kang dia bangun takde orang kat tepi macam mana?" Kata Farhan sambil mengambil kain itu lalu dicelup dan diperah kembali..

Kini tangan milik Diandra pula menjadi sasarannya.. dia mengelap lembut tangan itu.. berhati-hati sekali dia melakukannya kerana tidak mahu menganggu lena Diandra..

"Hmm.." kedengaran suara mengumam Diandra dengan mata masih terpejam rapat..

"Hmm.. mummy" gumamnya lagi..

Farhan hanya mendengar..

"Mummy.. tolong Dian.." kata Diandra dengan tubuh yang mula digerakkan perlahan..

" 'Dia' ganggu Dian lagi mummy" ujarnya dengan suara yang bergetar..

"Bodoh kan Dian mummy.. Dian janji dengan 'dia'.. and sekarang 'dia' datang balik nak tuntut janji Dian" kata Diandra lagi..

Farhan tiada suara untuk menjawab.. dia ingin mendengar apa yang dikatakan oleh gadis itu..

" 'Dia' datang ganggu Dian tadi mummy.." ujar Diandra dengan suara yang sudah serak..

"Dian.. Dian.. Dian takut mummy" katanya sebelum setitis air mata kembali membasahi pipi....

"Hei Dian kenapa ni?" Tanya Farhan akhirnya kerana terkedu melihat air mata gadis itu..

"Dian rindu mummy tapi 'dia' akan muncul setiap kali Dian ingat pasal mummy.. 'dia' akan sogokan benda benda yang dah janji untuk buat Dian rasa takut pada 'dia'" kata Diandra lagi..

"Diandra bangun.." kejut Farhan perlahan..

Dia tidak sampai hati ingin melihat gadis itu tenggelam dalam kesedihan walau hanya di alam mimpi..

" 'dia' takkan pergi dalam hidup Dian mummy.. itu janji 'dia'.. janji yang kami ikat bersama.." kata Diandra lagi sebelum suara tangisan mula kedengaran..

"Diandra!" Suara Farhan naik sedikit..

"Hah?!" Terus mata yang tadinya terpejam kemas kini melilau memandang sekeliling..

"Kenapa awak nangis?" Tanya Farhan membuatkan Diandra tersedar ada mutiara jernih dipipinya..

"Mana ada.. kau je kot yang perasan" kata Diandra sambil melarikan pandangan kearah lain..

"Ouh ok! Ni Umi ada masakkan bubur.. tapi maaf la bubur kosong je.. takde lauk" kata Farhan dengan suara yang amat perlahan..

"Takpe.. kalau tak ada lauk pun boleh makan la" kata Diandra sambil tangan cuba menyudu bubur yang kelihatan berselera itu..

"Mari saya tolong suapkan" kata Farhan sambil menyudu bubur sebelum disuakan kemulut Diandra..

"Macam mana?" Tanya Farhan apabila sesudu bubur sudah selamat masuk kedalam mulut gadis itu..

"Eh sedap la.. nak lagi boleh?" Tanya Diandra..

"Boleh boleh.. banyak lagi kat dapur tu" kata Farhan sambil tangan masih ligat menyudu bubur..

"Uhuk! Uhuk!" Batuk Diandra dibuatnya apabila lelaki itu main suap je..

HAHAHAHHAHAHAHA suara ketawa Farhan kedengaran membuatkan amarah Diandra lenyap begitu saja..

"La awak marah ke? Maaf la.. nah air" kata Farhan apabila Diandra membisu..

Air disuakan kemulut Diandra.. dan Diandra hanya menurut tanpa membantah..

"Awak marah saya ke?" Tanya Farhan lagi..

"Takde la" balas Diandra dengan suara yabg diceriakan..

Takut lelaki itu dapat menghidu kegelisahan yang sedang melanda hatinya kini..

"Fuh! Nasib baik" kata Farhan dengan senyuman manis terlakar indah dibibir..

"Kau tak makan ke? Dari tadi asyik suap aku" kata Diandra..

"Nanti la saya makan" balas Farhan perlahan..

"Ouh ok" kata Diandra

  

                      "MANA Tasia ni?" Tanya Tengku Izzumuddin sendiri apabila anak gadinya masih belum balik setelah keluar tadi..

"Zimah!" Panggilnya dan dengan sekelip mata Kak Zimah sudah berada dihadapannya....

"Mana Tasia?" Tanyanya dingin..

"Saya tak tahu Tengku.. masa saya naik ke bilik dia dah takde" kata Kak Zimah takut takut..

"Boleh percaya ke? Awak kan Ibu angkat dia" kata Tengku Izzumuddin menyindir....

"Saya betul betul tak tahu Tengku.. walaupun dia anak angkat saya.. saya masih tiada hak untuk menghalang dia" kata Kak Zimah dengan senyuman..

"Ouh takpelah kalau begitu.. awak boleh naik berehat" kata Tengku Izzumuddin sebelum melabuhkan punggung di atas sofa..

Kak Zimah pula sudah menghilangkan diri keatas selepas sahaja Tengku Izzumuddin pintanya untuk beredar...

Talifon yang berada di atas meja itu diambil lalu nombor seseorang didail..

"Macam mana?" Tanya Tengku Izzumuddin..

"What?! Kau jangan bagi info yang salah!" Kata Tengku Izzumuddin kuat..

"Hish! Bodoh betul la! Macam takde tempat lain nak pergi!" Marahnya sendiri..

"Ahh!! Tengku Diandra Natasia!! Kenapa kau nak buat aku jadi gila ke hah?!" Jeritnya seorang diri bagaikan orang yang kurang waras..

"Zaharah! Kenapa kau tinggalkan anak kau dekat aku hah?!" Tanyanya sambil menarik rambutnya sndiri..

Kak Zimah yang sedang curi curi melihat itu sudah tertelan liur kesat.. jelas kebencian memenuhi ruang mata Lelaki separuh abad itu..

"Aku harap Diandra selamat.. Ya Allah bantulah hamba mu ini yang Allah" doanya didalam hati..

Angin kuat menderu membuatkan dia terkejut.. pintu tertutup dan terbuka dengan kuat.. Kak Zimah menyedapkan hatinya dengan mngatakan bahawa itu angkara angin tapi tidak pada Tengku Izzumuddin..

"Puas hati kau sekarang?! Kau dah buat anak aku rapat dengan orang miskin!!" Jerkahan itu membuatkan Kak Zimah terkejut..

Sangkanya kata kata itu ditujukan kepadanya tetapi lain pula yang dia nampak..

    "Ye ke? Hahaahahaha.. aku tak tahu pun.. dia yang sanggup jangan salahkan aku"

Balas suara itu..

"Anak aku takkan sanggup la kalau kau tak hasut!" Semakin naik oktaf suaranya..

"Mana kau tahu? Dia tak pernah pun bagitau kau.. dan aku.. memang kerja aku menghasut! Janji dia, dia dah lupakan.. dia kuburkan segala janji kami.. jadi untuk apa aku berbohong?"

Soalan itu membuatkan Tengku Izzumuddin terkedu sejenak..

"Dia lupakan janji dia?" Tanya Tengku Izzumuddin..

Suaranya sudah kedengaran seperti normal..

"Ya! Dia lupakan! Sakitnya aku waktu tu takde siapa tahu! Tuan aku belum bagi aku balik.. aku harus meneruskan misi! Misi untuk buat dia mengotakan janji janji yang pernah dia tabur dulu"

Kata kata itu membuatkan Tengku Izzumuddin terkedu buat sekali lagi.. Mengapa dia tidak tahu? Terlalu banyak kah rahsia yang disimpan oleh anak gadisnya? Monolog dia sendiri..

"Kau mesti fikir kenapa dia tak bagi tahu kau kan? Sebab dia tahu kau akan marah dia, kau akan lagi benci dia dan aku pernah pesan pada dia.. jangan biarkan sejarah mummy dia mati berulang"

Balas suara itu..

"What?!" Tanya Tengku Izzumuddin dengan mata yang membulat..

"Aku boleh buat semua yang aku nak.. petik jari je.. Tuan aku bagi aku tugasan dan aku bukan hamba yang tak pandai taat pada perintah majikan"

Katanya sebelum keadaan menjadi seperti sediakala.. tiada lagi angin yang bertiup kencang, tiada lagi suara sinis itu menjawab, yang tinggal hanyalah sekeping hati yang tetak retak..

"Kau buat aku makin benci kau Diandra Natasia!" Ucapnya sebelum melabuhkan duduk di sofa..

HAHAHAHHAHAHA!!! KISAH SERAM YANG TIDAK KESAMPAIAN ???? AKU BACA BALIK RASA LUCU NAK MAMPOS NAK WAT CITE CENTU????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience