Rate

CHAP 2

Fantasy Series 5299

LALUAN dihadapannya dipandang.. tidak menyangka yang dia akan menjejakkan kakinya disini.. ditempat yang  dianggap hina pada mata sesetengah orang..

"Dian tunggu sini la.. ibu pergi sorang je. Nanti Dian tak selesa pula.." kata Kak Zimah sambil mengusap lembut kepala gadis itu..

"Kenapa ibu? Tempat apa ni?" Tanya Diandra bingung..

"Ni orang panggil tempat gelandangan.. banyak peminta sedekah ataupun orang orang yang takde tempat tinggal hidup disitu" terang Kak Zimah..

"Ibu nak buat apa pergi sana?" Tanya Diandra lagi..

"Ibu nak bagi makanan sikit untuk diorang.. rezeki yang ada ibu nk kongsi" kata Kak Zimah sambil tersenyum nipis..

"Baiknya ibu.. Dian nak ikut boleh?" Tanya Diandra dengan mimik muka berharap..

"Bukan taknak bagi tapi ibu takut Dian tak selesa nanti" kata Kak Zimah mengulangi apa yang dia katakan tadi..

"Tak kira. Dian nak ikut juga!" Kata Diandra mula menunjukkan sifat degilnya..

"Ya la Sayang.. meh ikut ibu" kata Kak Zimah lalu menghulurkan tangannya pada Diandra.

"Yeay! Sayang ibu" kata Diandra riang sekali..

Dia ingin melihat bagaimana kehidupan orang disana.. adakah sama atau jauh berbaza dengan dirinya..

Saat selangkah kakinya menuju kesitu.. hatinya tersentuh.. kehidupan mereka bukan sahaja jauh tetapi lebih teruk dari yang dia sangkakan.. dia tidur ditilam empuk pun kadang kadang merungut tapi mereka.. tidur beralaskan kotak.. nyenyak je..

"Dian menung apa tu? Kalau tak selesa pergilah balik kat kereta" kata Kak Zimah apabila terperasan Diandra yang masih pegun disitu..

"Takde pape la ibu" balas Diandra sambil memanjangkan langkahnya kearah kak Zimah

"Jangan paksa diri Dian" kata Kak Zimah perlahan..

"Takde la ibu.. ibu nak pergi mana ni?" Tanya Diandra apabila perasan kaki mereka masih belum menemui destinasi..

"Dian tunggu sini jap ye.. ibu nak pergi depan tu je" kata Kak Zimah sebelum dia berlalu meninggalkan Diandra disitu..

"Haish! Ibu ni kenapa la tinggal Dian sorang sorang kat sini?" Katanya sendiri..

"Cik.." teguran seseorang membuatkan dia berpaling dgn serta-merta..

"Kau panggil aku ke?" Tanya Diandra sambil menunding jari pada wajahnya sendiri..

"Ya Cik la!" Kata suara itu lagi..

"Ya kau nak apa?" Tanya Diandra kekok..

"Cik tunggu siapa? Bahaya sorang sorang kat sini" katanya lagi..

"Aku ikut ibu angkat aku.. tapi dia cakap suruh aku tunggu kat sini sebab dia nak pergi depan sana" kata Diandra dan dia hanya mengangguk..

"Kau dari mana?" Tanya Diandra..

"Ouh saya baru balik dari minta sedekah" balasnya selamba..

"Kau... pengemis?" Tanya Diandra berhati-hati..

"Ya saya pengemis.. maaf la kalau Cik tak selesa.. saya minta diri dulu" ujarnya ingin berlalu tetapi ditahan oleh suara Diandra..

"Aku tak kisah pon.. duduk la" pelawa Diandra..

"Betul ke?" Tanyanya ragu-ragu..

"Betul la! Takde masa aku nak bohong" kata Diandra sambil membuat rolling eyes!

"Terima kasih" katanya dengan senyuman menawan dibibir..

Diandra terkedu seketika apabila melihat senyuman menawan itu.. tetapi cepat cepat dia sedarkan diri..

"Apa nama kau?" Tanya Diandra..

"Farhan" jawabnya pendek..

"Farhan je?" Tanya Diandra lagi..

"Farhan Izrain" balas Farhan lagi..

"Sedap nama kau" 'seindah Tuanya' sambung Diandra dalam hati..

"Terima kasih.. Cik?" Tanya Farhan penuh budi bahasa..

"Dian je.. tak payah la panggil Cik" kata Diandra selamba..

Nama panjang orang nak tahu tapi nama sendiri tak nak pula bagitau #syu cakap

"Dian je?" Hahhahahaha sejarah mungkin berulang~~~

"Diandra Natasia" balas Diandra perlahan..

"Cantik" balas Farhan pendek..

"Sape ibu angkat awak?" Tanya Farhan..

"Kak Zimah" balas Diandra pendek..

Attention
Diorang memang suka cakap sepatah sepatah. K tiberr

"Ooo.. ibu Zimah! Dia memang suka bagi gelandangan kat sini makan.. tak lokek berkongsi rezeki" balas Farhan dengan senyuman..

"Ibu Zimah?" Tanya Diandra pelik..

"Ya la ibu angkat saya" jawab Farhan sambil ketawa halus melihat muka bingung gadis dihadapannya..

"Takpelah saya minta maaf kalau saya ganggu awak.. saya kena balik ni.. umi saya tunggu" kata Farhan sebelum bangun dari duduk..

"Umi? Kau ada mak lagi ke?" Tanya Diandra perlahan..

"Ada tapi dia tengah sakit.." kata Farhan dengan senyuman pahit..

"Boleh aku tengok dia?" Tanya Diandra berharap..

"Buat apa nak jumpa umi saya? Lagipun rumah kitorang tak selesa.." balas Farhan sambil cuba untuk mengukir senyuman manis diwajah kacaknya..

"Takpe aku nak jumpa dia je.. boleh?" Tanya Diandra lagi..

"B.. boleh la.. ikut saya" ucap Farhan perlahan..

Diandra bangun dari duduk dan mula membuntuti langkah kaki jejaka itu..

                         RUMAH usang dihadapannya di pandang tidak percaya.. susahnya hidup diorang dan aku selalu merungut walaupun hidup mewah monolog Diandra sendiri..

"Maaf la.. kan saya dh cakap yang rumah saya tak selesa" kata Farhan sekali lagi..

"Takpelah kita dah sampai.. boleh aku masuk?" Pinta Diandra..

"Masuk la" pelawa Farhan dengan senyuman pahit menghiasi bibir..

"Assalamualaikum.." terkedu sebentar Farhan apabila mendengar ucapan salam gadis itu..

"Walaikumsalam.. siapa datang Han?" Tanya suara halus milik Umi Hasmah...

"Han bawa anak angkat kak Zimah mak" kata Farhan sambil tunduk mengucup tangan tua itu..

"Apa khabar Mak cik?" Tanya Diandra selepas mengucup tangan tua itu walau dilarang oleh Umi Hasmah..

"Macam ni la mak cik nak.. nak buat macam mana.. kita orang yang tak berkemampuan" kata Umi Hasmah perlahan..

"Jangan cakap macam tu Mak Cik" kata Diandra sambil mengusap wajah tua itu..

"Nama apa ni?" Tanya Umi Hasmah

"Diandra mak cik" balas Diandra lembut..

Tangan yang mengusap pipinya dibiarkan.. dia rindu belaian ini.. belaian seorang ibu yang sudah lama meninggalkannya..

"Macam mana keluarga sihat?" Tanya Umi Hasmah..

"Daddy sihat.. mummy dah takde" jawab Diandra sebak..

"Ya Allah mak cik minta maaf nak" kata Umi Hasmah..

"Takde pape la mak cik.. lagipun Dian ada ibu Zimah sekarang" jawab Diandra dengan senyuman menawan..

Farhan terpaku.. senyuman indah itu bagai menyinari hidupnya yang sudah lama kegelapan.. senyuman itu bagai memberi semangat baru padanya..

"Maaf la nak.. kami orang yang tak mampu.. jadi tiada hidangan air mahupun santapan" kata Umi Hasmah..

"Takpe la mak cik.. saya datang nak melawat bukan untuk makan" balas Diandra dengan ketawa kecil..

"Memang la tapi kamu kan tetamu.. mana elok layan macam tu" sangkal Umi Hasmah pula..

Farhan hanya mampu melihat tanpa masuk campur apa yang mereka katakan.. dia tiada hujah untuk turut serta bersama..

"Ya Allah Dian.. puas ibu cari kamu" kata Kak Zimah yang tiba tiba muncul..

"Maaf ibu" kata Diandra perlahan..

"Kalau Dian hilang apa ibu nak jawab dengan Tengku?" Kata Kak Zimah tanpa menyedari ketelanjuran kata katanya membuatkan Mereka terkedu..

"Jadi kamu keturunan Tengku? Maaf la kalau mak cik buat Tengku tk selesa" balas Umi Hasmah perlahan..

Kata panggilan juga sudah berubah..

"Panggil Dian je.. tak payah la panggil Tengku.. tak de nilai pun" balas Diandra selamba..

"Dian hari dah petang ni.. jom balik" kata Kak Zimah..

"Balik dulu ye kak.. lain kali Zimah datang lagi" kata Kak Zimah sambil mengucup tangan tua itu..

"Dian balik dulu mak cik.. nanti ada masa Dian datang lagi.. Dian doakan mak cik cepat sembuh" kata Diandra lalu turut melakukan hal yang sama..

Dahi Umi Hasmah dikucup penuh kasih olehnya.. jaga diri katanya didalam hati apabila berpaling kearah Farhan..

"Kami balik dulu ye Han" kata Kak Zimah..

"Hati hati bu" balas Farhan..

"Aku balik dulu.. lainkali aku datang lagi" ucap Diandra sebelum berlalu mengikuti langkah Kak Zimah..

"Ya Allah kenapa dengan dada aku ni?"tanya Farhan sambil memegang dadanya yang bergetar hebat..

Hambar chapter dah siap.. walaupun Syu tahu hambar.. jangan la lupa sedekahkan vote ya sayang ii semua??

Pape roger

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience