Rate

CHAP 3

Fantasy Series 5299

               MATA yang sudah kuyu itu cuba dipejamkan walaupun sukar benar ia ingin tertutup.. otak masih ligat memutar memori semalam.. dimana buat pertama kali dia melihat orang hidup susah seperti itu dengan matanya.. Dia melilau melihat sekeliling biliknya yang berhias cantik..

"Aku tak pernah bersyukur pon dengan apa yang ada.. tapi diorang.. nasi sebutir pon dah besar nikmatnya" ujar Diandra sendiri..

Keluhan dilepaskan.. Nafas yang menyesakkan dadanya harus dibebaskan tapi bagaimana caranya? Dia bukan Tuhan untuk buat semua benda atas kehendaknya.. Sekali lagi keluhan dilepaskan sebelum dia berlalu pergi kearah pintu gelonsor.. cahaya bulan yang samar-samar kelihatan itu membuat kan dia mengeluh lagi..

"Kenapa dengan aku ni?! Asyik mengeluh je" katanya Sendiri lalu dia melabuhkan punggung diatas kerusi yang terdapat disitu..

Cahaya bulan yang samar-samar kian menghilang.. digantikan dengan awan hitam yang menutupi keindahan nya..

"Kalau la mummy ada mesti Dian boleh bantu diorang.. kalau yang ada rumah memang nasib mereka baik.. tapi bagi yang tido dikaki lima? Hmm.." dia bercakap sendiri lagi..

"Keindahan sang bulan yang menyinari sudah pun menghilang.. hadir pula awan hitam menggantikannya.. kau tak rasa itu tanda tanda ada perkara buruk yang akan terjadi?"

Tiba tiba ada satu suara menampar gegendang telinga nya..

"Siapa kau?!" Jerit Diandra dengan suara tertahan..

"Tak perlu tahu.. aku cuma datang untuk memberi peringatan.. jangan biarkan sejarah mummy kau mati berulang!! HAHAHHAHAH"

Katanya lagi dengan hilaian tawa yang menyeramkan dan juga menjengkelkan..

"Pergi mati dengan kata kata kau!! Kau siapa hah nak suruh aku percayakan kau?!" Balas Diandra berani sambil dia melilau mencari kelibat pemilik suara itu..

Seusai ayat itu meniti ulas delima milik Diandra.. suara itu kembali senyap.. bagaikan apa yang berlaku tadi hanya mainan perasaannya sahaja..

"Kau tak kenal aku? Sedihnya.. kau tak ingat aku yang teman kau Masa kau tengah bersedih.. masa kau kecil lagi?"

Suara itu kembali kedengaran setelah lama menghilang..
Jika tadi hilaian tawa kini ia bertukar kepada tangisan yang amat menyeramkan..

"Kau?!" Mata Diandra membuntang apabila dia dapat memproses kata kata itu..

"Sampai hati kau.. mana janji kau? Mana sumpah setia kau?!"

Jerkahnya.. mereka bagaikan ada didalam dunia yang lain.. dunia yang diciptakan oleh sang pemilik suara itu!

"Aku jahil masa tu!! Aku bodoh lagi masa tu!! Menabur janji pada sesuatu yang aku tak pernah inginkan!!" Balas Diandra berani..

Dia ingat.. sesuatu.. sesuatu yang menemaninya dulu.. rakan dia berkongsi kisah duka mahupun suka tapi itu sudah lama berlalu.. waktu itu dia masih kecil.. kerana termakan hasutan.. dia menabur janji dan sumpah setia pada makhluk terkutuk itu!!

"Jangan ganggu hidup aku! Aku ada Tuhan! Ada Allah dengan aku!!" Seusai ayat itu meniti dibibirnya..

Dia bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang.. dia beristighfar panjang didalam hati.. Hujan lebat mula turun membasahi bumi membuatkan dia sedikit kedinginan..

"Macam mana ye keadaan Umi Hasmah?" Soalnya sendiri..

Anak kunci kereta diatas meja solek dipandang sebelum dia menyarungkan hoodie bagi mengelakkan kesejukan.. lantas selepas itu, tanpa berlengah anak kunci dicapai sebelum dia melangkah keluar dari biliknya..

"Nak ke mana tu?" Tanya Tengku Izzumuddin yang berada diruang tamu..

"Nak keluar jap urgent!" Balas Diandra sebelum membuka langkah tanpa menghiraukan panggilan ayahnya..

"Hailah anak siapa la degil sangat tu?" Keluh Tengku Izzumuddin sendiri..

Anak Tengku la.. HAHAHHAHAHA #SYUCAKAP??

                          SUASANA yang sedikit kelam kabut itu membuatkan Diandra terpaksa berjalan kaki masuk kedalam.. niatnya tadi mahu menggunakan kereta saja untuk kerumah Umi Hasmah tapi keadaan tak mengizin kan pula..

3.. 2.. 1.. Run!!

Dengan kelajuan yang sederhana dia merentasi jalan yang sesak dengan gelandang disitu..

"Tumpang lalu.. tumpang lalu" hanya perkataan itu saja yang meniti ulas delimanya sedari tadi..

Nasib baik dia pakai hoodie so takdelah basah kuyup sangat even akan basah juga Hahahahaha????

"Pak cik tumpang lalu boleh?" Tanya Diandra apabila ada seorang lelaki dalam lingkungan 60 tahun sedang menghalang laluannya.

"Boleh nak.. pak cik minta maaf sebab halang laluan anak" kata pak cik itu perlahan..

Mungkin takut dimarahi..

"Takde apa la pakcik" balas Diandra sambil tangan tangan mengapai sekeping kotak yang terdapat disitu sebelum dia meletakkan diatas kepala pak cik itu..

"Hujan Pak cik. Jom kita ke sana!" Kata Diandra sambil menarik lengan pak cik itu..

"Baik la nak" jawab Pak cik itu..

Redha akan tangannya ditarik oleh gadis muda itu..

"Pak cik kenapa duduk tengah hujan tu? Nanti demam la pak cik" kata Diandra..

Dia terlupa seketika tentang Umi Hasmah.. dia ingin bertanya kepada lelaki tua ini mengapa dia berdiri di tengah hujan tadi...

"Ouh! Pak cik nak cari kotak tadi lepastu hujan turun.. pak cik dahaga.. harapnya boleh la minum air hujan.. Alhamdulillah.. pak cik boleh minum walaupun sikit tapi ia dah bantu pak cik hilangkan dahaga tu" kata Pak cik itu membuatkan mata Diandra berkaca..

"Lainkali kalau nak air pak cik minta je kat gerai depan tu ye? Takpe nanti saya uruskan hal pembayaran" kata Diandra dengan senyuman manis..

"Tak apa la nak menyusahkan je" kata pak cik itu dengan senyuman manis dibibir tuanya..

"Tak menyusah pon pak cik.. oh pak cik saya lupa nak tnya.. rumah Umi Hasmah kat mana ye?" Tanya Diandra apabila dia teringat kembali mengapa dia datang kesini..

"Pergi depan sikit lepas tu belok kanan.. ada rumah usang kat situ" balas Pak cik itu..

"Terimah kasih pak cik.. saya pergi dulu" kata Diandra sebelum dia berlalu dengan senyuman manis dibibir..

Sebelum ke rumah Umi Hasmah dia sempat berhenti di gerai yang ada di depannya..

"Bang.. kalau  pak cik tu datang sini nak minum atau makan abang catat je dalam mana mana buku nanti saya datang bayar.. tapi kalau abang tak percaya.. ambil number phone saya la" kata Diandra sambil memberikan  Iphone miliknya kepada penjual itu

"Ouh! Ok" balas nya sebelum tangan lincah menaip nombor di Iphone milik Diandra..

"Terimakasih! Saya pergi dulu" kata Diandra sebelum meredah hujan sekali lagi..

Tetapi kali ini agak lebat dari tadi.. minta minta la dia tak demam nanti.. Termengah-mengah dia mencari nafas apabila tiba dihadapan rumah usang itu..

"Assalamualaikum!!" Dia memberi salam dengan suara yang bergetar kerana kesejukan..

"Assalamualaikum! Mak cik oo mak cik!" Dia memanggil lagi..

"Assalamualaikum! Farhan kau ada kat dalam tak?" Katanya lagi sebelum suara Farhan kedengaran...

"Walaikumsalam.. ada ap... Ya Allah cik! Kenapa basah ni?!" Soal Farhan cemas..

"Boleh tumpang jap? Aku sejuk ni" kata Diandra dengan suara bergetar..

"Boleh tu boleh tapi rumah kitorang basah ni.. hujan lebat air masuk" ujar Farhan serba salah..

"Takpelah asal ada tempat berteduh.. kejap pon jadi la.. boleh?" Tanya Diandra sambil tangan naik memeluk tubuh..

"Masuk la Cik!" Kata Farhan akhirnya kerana kesian melihat tubuh gadis itu mula menggigil..

"Terima kasih" kata Diandra..

Baru sahaja beberapa langkah dia berjalan.. Dunianya berputar.. cahaya lampu samar samar kelihatan.. sebelum semuanya gelap gelita..

Hambar kan? Hahahhahah sorry la semua.. masa sangat terhad ya sekarang.. masa tengah free idea tak masuk lak.. adoi!! Sebab tu la hambar je setiap bab????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience