Jangan Pandang Belakang!

Horror & Thriller Series 3150

Kini aku telah menginjak ke Darjah 3, namun dapat kurasa penglihatanku kini semakin tidak terkawal. Kadang tidak terduga aku mudah terlihat makhluk-makhluk Tuhan ini. Namun sampai di satu tahap aku terpaksa pasrah dan menyerahkan kepada Tuhan. Kadang ada juga aku mengeluh diberikan anugerah sebegini.

Ketika itu aku masih dijaga oleh arwah penjaga sebelum arwah pergi untuk selamanya setelah lama menghidap barah rahim. Sememangnya pemergian arwah dapatku rasai. Arwah adalah insan yang terapat selain ibuku. Al-fatihah.

Aku bersekolah 2 sesi, sekolah agama di waktu pagi dan sekolah kebangsaan pada petangnya. Selepas aku diambil dari sekolah agama terus akan dihantar ke rumah penjaga. Waktu petangnya pula aku akan pergi ke sekolah dengan berjalan kaki memandangkan jarak sekolah itu berdekatan rumah arwah penjaga. Cuma laluan ke sekolah itu aku memang tidak berapa gemar, namun aku tiada pilihan!

Aku menyarungkan kasut Bata ke kakiku. Sesekali aku mengangkat muka memandang ke arah laluan bersemak itu. Almaklum, rumah arwah penjaga berada di hujung lorong dirimbuni hutan yang tidak diterokai. Jadi faham-faham sahaja bagaimana keadaan laluan bersemak itu. Aku mula meremang sendiri. Pergi pula sendiri tidak berteman!

"Mama, adik pergi dulu! Assalamualaikum!" Aku terjenguk mencari tubuh arwah penjaga namun tidak terlihat. Namun suara lantangnya akan pantas memberi respon. Oh ya sememangnya aku memanggil arwah sebagai 'Mama'.

"Waalaikumussalam! Hati-hatu jalan tu!" Suara arwah di balik tingkap tertutup itu.

Aku memulakan perjalanan menuju ke sekolah. Hatiku seperti biasa akan berdebar hebat tika melalui laluan bersemak itu. Aku tidak memandang ke sekeliling apabila mula melangkah. Aku membiarkan sahaja pandangan tunduk ke bawah.

"Psst..psst.." Suara di balik pokok rambutan itu. Namun aku tidak menghiraukan kerana aku tahu dia bukanlah manusia. Aku meneruskan perjalanan seperti tiada apa yang berlaku.

"Main sini..." Suara tidak jauh dari kawasan rimbunan buluh betong itu. Masih aku menunduk tidak mengendahkan. Mulutku dibasahkan dengan ayat kursi.

Tak lama terdengar tapak kaki menurutku di belakang seakan berlari ke arahku. Semakin lama, semakin menghampiri. Namun aku tiada kekuatan untuk menoleh.

Sepanjang aku berjalan, bunyi tapak kaki yang mengikutku masih kedengaran. Ketakutanku ketika itu janya Tuhan sahaja yang tahu. Namun mulutku masih terkumat-kamit membaca ayat kursi.

"Baba! Akulah ni, Iffah!"

Aku amati suara itu, memang sebijik suaranya. Lantas aku menoleh ke arah suara itu. Aku menarik nafas lega apabila melihat wajah gadis genit itu.

"Lambat kau gerak hari ni."

Iffah hanya mengangguk perlahan tanpa memandangku. 'Mungkin neneknya sakit kali', getus hatiku. Ketika itu kami sudah diseparuh jarak perjalanan.

"Macam mana peperiksaan kau semalam? Math kau boleh buat tak?" Aku mencari topik berbual dengannya. Memandangkan dia perempuan, jadi aku semestinya agak segan. Namun dengannya aku selesa sebagai kawan.

"Okay." Dia berfokus pada jalan dihadapan. Almklum jalannya agak bersemak dan sunyi. Risau juga dengan kehadiran binatang-binatang di situ.

"Bijaklah kau. Aku nak jawab mathpun tersengguk-sengguk." Aku mengagumi Iffah kerana kepandaiannya. Namun dia bukan seorang yang sombong jadi mudah untuk kami berkawan.

Iffah tidak memberi respon sebaliknya terus berlari laju ke hadapan. Aku yang menurut di belakang tercungap-cungap.

"Pagar sekolah tak jauh dah. Tak payahlah berlari!"

Iffah mula meninggalkan aku agak jauh ke belakang. Aku tergamam apabila melihat dia sudah mencangkung di dahan satu pohon rendang. Aku sudah kebingungan sendiri.

"Turunlah wei! Kita lambat nanti!" Aku melaung sambil mendongak ke arah pohon tinggi itu.

Jasad perempuan yang masih lengkap beruniform sekolah itu merengus kuat sebelum mengilai lantang. Hatiku sudah terdetik firasat yang tidak baik. 'Dia bukan Iffah!'

Lantas aku terus mengangkat kaki berlari sekuat hati meninggalkan pohon itu. Mulutku sudah terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci quran.

"Tak nak main dengan Iffah?" Suara mirip kawanku itu masih di belakangku. Aku berlari sekuat hati namun suara itu masih menurut di belakang. Semakin galak bibirku membaca ayat-ayat suci quran.

Apabila aku sudah menghampiri pagar sekolah, serta merta suara itu hilang. Tanpa membuang masa, aku terus masuk ke kawasan sekolah.

"Woi!" Suara Iffah dipendengaranku. Aku menoleh ke arah pemiliknya.

"Kau dah kenapa basah lencun macam ni? Kena kejar hantu ka?" Iffah mendekatiku namun aku menjauhinya kerana cuak. Risau juga jika 'Iffah' ini bukan Iffah yang sebenar.

"Kau Iffah ke?" Aku bertanya soalan bodoh walaupun di depan mata sudah terbukti.

Iffah ketawa melihatku yang mengundur.

"Astaghfirullah. Kenapa kau ni?" Dahinya berkerut memandangku sambil mencekak pinggang.

"Fuhh. Syaitan tak reti istighfar." Aku menarik nafas lega.

"15 minit sebelum kau sampai sini, aku dah sampai." Iffah seakan mencerahkan lagi kemusykilanku.

'Memang tadi bukan dia.'

""

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience