Lahirnya Seorang Bayi

Horror & Thriller Series 3150

Bulan 8 tahun 1998, seorang bayi lahir dari rahim seorang ibu. Namun tidak dilahirkan secara normal, sebaliknya melalui operation. Kerana selama bayi itu tumbuh di dalam rahim itu, Kedudukannya adalah songsang. Di mana kedua-dua tangan dan kakinya melunjur ke atas.

"Baby ni nak sukan sea juga agaknya hahaha." Seloroh Doktor Halimah ketika memeriksa kedudukan bayi di dalam perut ibu.

"Budak bertuah" Ibu itu tersenyum melihat tumbesaran bayi di dalam skrin scanner.

"Ibu mesti jaga makan. Demi baby kita." Si ayah teramat risau akan tumbesaran bayi jadi selalu mengingatkan isterinya.

"Ibu mengidam manggalah, yah." Ibu memandang pohon mangga di balik pagar rumah Cina itu dengan penuh mengharap.

"Tak perlu bayar. Ambil mangga ni. Makan biar pandai baby kamu nanti." Ramah seorang lelaki tua Cina sambil menyerahkan 3 biji mangga ranum.

"Jadilah seorang anak yang baik apabila kamu keluar nanti." Ibu mengusap perutnya yang membuncit dengan penuh mengharap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience