"Apa!!! Are you kidding me Ibu? Ouh please lah bu jangan buat gurauan tak berasas waktu tengah hari macam ni." Soal Clarissa dengan mata tajam memandang wajah Puan Laura.
"Ibu tak main-main lah Ris.. ibu cakap benda betul. Minggu depan kawan ibu Datin Najihah datang nak masuk meminang kamu untuk anak sulung dia. Lagipun tenang sikit hati Ibu kalau kamu jadi menantu dia sekurangnya ibu tak risau kalau kamu kerja kat KL sana." Ujar Puan Laura memandang Clarissa dengan wajah tenang.
"Bu apa kaitan nya kerja Ris dengan famili kawan Ibu tu. Rissa kerja kat KL disebabkan Ris yang mohon. Setakat bilik sewa banyak je bu kat KL. Kalau Ris boleh hidup dekat Beijing selama 5tahun sendirian kenapa Ris tak boleh nak jaga diri kat KL sendirian." Balas Clarissa bangkang dengan cadangan ibunya itu.
"Alah kamu mana biasa kat KL. Kat Beijing sana ibu tak risau sebab kamu ada teman kat sana. Di KL ibu boleh harapkan kawan ibu. Lagipun dah lama dia berkenan nak buat kamu jadi menantu. Lagipun keputusan ibu dah muktamad. Nak atau taknak ibu nak kamu bertunang juga dengan Nawwal." Tegas Puan Laura.
"Ayah tolong Ris.. Ris taknak lah tunang-tunang ni. Umur Ris muda lagi kut baru 24 takkan lah nak jadi bini orang dah..Ris baru je dapat tawaran kerja kat KL.." kalini dipandang wajah Encik Haziq yang sedang duduk makan di meja. Hanya sang Ayah saja harapannya untuk membantah arahan ibu.
"Ishh Laura.. kamu bagi lah Ris kerja dulu. Betul lah cakap Ris dia masih muda. Alam perkahwinan ni terlalu besar tanggungjawab untuk dia tanggung. Kamu sebagai ibu cuba lah bagi ruang untuk Ris menikmati hidup bujang dia dulu." Ujar Encik Haziq menyebelahi sang anak.
"Abang tak payah nak sebelahkan anak ye. Lagipun Rissa dah cukup matang untuk jadi isteri orang. Najihah dah cakap dekat saya. Kalau Ris nak kerja dia takkan halang tapi asalkan Ris kahwin dengan anak dia je." Tepis Puan Laura.
"Ibu.. please.. Ris tak suka lah. Ris kan anak ibu mana boleh tinggal ibu jauh.." Laju Clarissa memujuk ibunya.
"Tak payah nak pujuk-pujuk ibu bagai. Abang kamu ada. Setakat Azzran Carl sudah cukup untuk teman ibu kat rumah dengan Ayah." Laju Puan Laura memintas ayat Rissa.
Terus panjang muncung Clarissa apabila ibunya sudah mula menolak bantahannya. Rambut panjang nya dikusutkan. Tertekan sedikit dengan paksaan Puan Laura yang mahukan dia menikah.
Dia lantas bangun dan masuk kedalam bilik. Telefon Iphone 13Promax miliknya dicapai. Nombor telefon Kaka Nelisa ditekan. Mahu mengadu kepada sahabat baiknya itu. Maklum lah hanya Amran dan Kaka saja teman nya sekarang.
Tut tut tut ..
"Hello Kaka?"
"Bebb ibu aku suruh kahwin.. huwaa.." adu Rissa laju disambung dengan tangisan. Tak rela sungguh dipaksa kahwin diusia muda.
"Aku tak suka lah beb ibu aku paksa aku kahwin dengan anak kawan dia tu. Sudah lah orang KL banyak cekadak banyak songeh nanti ada lah tu nak cari masalah dengan aku. Kau tahukan aku ni macam mana? Silap hari bulan anak Datin tu mati kena terajang dengan aku.."
"Aku tak kira nanti pandai lah aku ugut mamat tu suruh batalkan pertunangan kitorang. Pehal aku nak kisah janji aku bebas. Tak nak aku dah lah ibu aku tengah beria. Sakit pula hati aku ni.."
"Terima kasih lah sudi melayan songeh aku ni.. sayang kau.."
Setelah mematikan panggilan dengan Kaka barulah dia dapat bernyawa dengan tenang. Sungguh arahan ibu ibarat panah menusuk ke jantungnya.
***
"Haq kau okey ke? Aku tengok kau banyak termenung je dalam pejabat tadi." Tegur Raiz pabila wajah keruh sahabatnya menjamah mata sejak sebulan akhir ini.
"Mama aku Iz.. dia paksa aku kahwin. Aku tak nak kau tahu tak. Apa perasaan bella nanti bila aku kahwin dengan orang lain. Aku tertekan dengan mama aku.." keluh Haq mengadu kepada temannya.
"Ouh.. tapi aku setuju lah dengan mama kau Haq. Sampai bila kau nak tunggu si Bella tu? Dia dah tinggalkan kau 3tahun Haq. Sudah lah calit arang dekat muka keluarga kau. Lepastu tinggalkan kau terkontang kanting tanpa sebarang jawapan. Kau rasa Bella tu cukup baik ke untuk jadi bini kau semula?" Balas Raiz dengan jawapan menyakitkan hati Haq Nawwal yang sedia mendung.
"Serius lah Iz kau backup mama aku? Aku kawan kau tahu. Aku cintakan bella. Macam mana aku nak terima kalau Bella tinggalkan aku macam tu je. Semua duit aku habiskan untuk pernikahan kami tapi Bella hilang macam tu je."
"Kau tu Haq tak mahu buka hati untuk perempuan lain. Kau ni buta ke yang bella tu tak pernah serius cintakan kau? Kalau tak takkan lah tergamak dia nak tinggalkan majlis yang bakal berlangsung seminggu je weyh.. kalau aku jadi kau lebih baik aku terima wanita lain. Setakat bella apa je yang menarik? Model, elegan macam tu? Huh perempuan kat luar sana lebih seribu kali baik dari si Bella.." sempat dia mengutuk Bella dihadapan Haq.
"Sedap mulut kau kutuk-kutuk Bella. Kau nak makan penumbuk aku ke bro.." jeling Haq. Sakit hati bila kekasih hati di kutuk-kutuk oleh Raiz.
"Hurmm ikut kau lah Haq. Itu pendapat aku lah. Lagipun restu Ibu ni berkat tahu.. Mana lah tahu calon mama kau tu lebih hebat dari Bella.. kita tak tahu entah-entah lagi cantik.." putus Raiz sebelum diam menikmati suasana.
Haq diam.. sejujurnya dia masih sakit hati dengan Bella. Tapi disebabkan dia masih cintakan Bella dia butakan saja matanya bila Bella memalukan keluarganya.
Share this novel