Godaan Isteri Kampung

MEER_ASH

Romance Series 9116
4.9
(15 ratings)

Synopsis

"Clarissa!!! kamu bangun sekarang! Apa jenis anak dara zaman sekarang. Bangun tengah hari buta kerja tak tahu kemana. Kamu dah sebulan balik dari Beijing.. Ibu suruh cari kerja sesuai dengan resume kamu tak nak ada saja lah kerja kamu duduk kat rumah.." bebel Puan Laura mengejutkan anak perempuannya bangun dari lena. "Apa ni bu.. Ris nak tidur lagi lah. Penat tahu tak.." rengek Clarissa. Tangan sibuk mengagau selimut untuk menutupi tubuhnya yang hanya berkain batik dan singlet. Puk! Tepat lima jari puan Laura menepuk punggung monggel milik Clarissa. "Kamu ni tak padan dengan perempuan. Sudah lah suka keluar lepak dengan si Amran dan si Kaka dekat kedai burger hujung kampung. Lepastu balik lewat malam. Apa nak jadi lah dengan kamu ni. Mujur lah kamu ni pandai masak kalau tak ibu tak tahu lah nak kata apa.." marah Puan Laura lagi.. "Ishh ibu ni. Orang kerja dengan si Amran la. Tolong dia jual burger sekali. Sekurangnya orang bukan buat benda tak baik pun." Balas Clarissa. Dia bangun dari baring. ***** "Haq Nawwal.. mama nak tanya ni! Sampai bila Haq nak tunggu Bella? Sampai Haq tua kerepot macam tu?" Tegur Datin Najihah. Geram dengan sikap Haq yang masih setia dengan perempuan seperti Bella Zahira. "Haq akan tunggu Bella sampai dia balik.. Haq nak kepastian kenapa Bella batalkan pernikahan kitorang. Haq sanggup tunggu Bella.. Haq taknak perempuan lain dalam hati Haq!" Ujar Haq Nawwal membangkang rancangan Mamanya. "Ikut Haq lah. Tapi mama tetap dengan keputusan mama untuk tunangkan Haq dengan anak kawan Mama. Hujung bulan ni Haq kena tunang juga dengan Afiyyah!" Jawapan dari Datin Najihah buatkan Haq mengepal geram buku limanya. Mahu bantah pasti mamanya akan tarik semua hak miliknya termasuk lah syarikat. "Tapi mama.. kalau Bella balik macam mana? Haq taknak mama please Haq hanya cintakan bella je.." Haq cuba memujuk sang ibu dengan pandangan simpati. "No excuse Haq Nawwal. Mama dari awal lagi tak suka dengan cara Bella. Dia terlalu angkuh dan sombong. Biar dia terima nasib dia, Bella kena fikir juga perasaan keluarga kita yang terpaksa tanggung malu dengan perangai tak malu dia." Tegas Datin Najihah dengan pendiriannya. Dato' Ismail hanya menggeleng kepala tanda sebagai dia tidak mampu bantah arahan isteri. Haq mengeluh.. apa yang istimewa perempuan kampung tu sampaikan mama tak habis-habis mahu dia bersama dengan gadis itu.


Share this novel

Rate this story


Comments

azie_hamid
2023-12-13 

meer ash bila nak sambung

Seginang Jawi
2023-10-24 

Donated 400 nCoins

Sarah Din
2023-10-18 

ini pun best...harap² lepas ni doarg setuju bertunang..

MEER_ASH

120 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience