2

Romance Series 9116

Rambut nya dilibas ke belakang memandang sosok lelaki dihadapannya. Mata Clarissa mengezoom atas bawah. Sejujurnya lelaki dihadapannya boleh tahan tapi tu lah sombong. Itu bukan lah type lelaki yang dimahukan oleh seorang Afiyyah Clarissa gadis melayu berkacukan france.

Kerana protes akan ibu nya puan Laura. Clarissa sengaja memakai baju seperti budak nakal. Skinny jeans dan baju Tshirt hitam lengan pendek. Mukanya ditampal bedak debu dan lipbalm cukup untuk membuatkan seorang Haq Nawwal tidak suka akan dirinya.

Haq pula yang rasa tidak selesa direnung oleh perempuan dihadapannya. Datin Najihah sengaja mengugutnya agar berjumpa dengan si Afiyyah. Sekali jumpa perangai macam lelaki tiada langsung yang istimewanya si gadis kampung.

"Jadi kau lah Afiyyah yang mama aku duk puja-puja kata cantik dan ayu tu?" Soal Haq tanpa basa basi.

"Kalau awak rasa saya macam apa yang your mom cakapkan terserah. Ni lah diri saya yang sebenarnya dihadapan awak." Balas Clarissa dengan wajah menyinis. Sudah tahu bagaimana reaksi lelaki itu.

"Bukan cantik pun.. ayu jauh sekali nak dibandingkan dengan bekas tunang aku. Kau dengan dia ibarat langit dengan bumi ini yang mama nak buat aku pilih sebagai bini? Like seriously?" Ujar Haq dengan jawapan yang menyakitkan hati.

"Kalau awak rasa saya tak cantik dan tak ayu macam your exfiancee apa kata awak suruh mama batalkan je niat nak tunangkan kita berdua esok? Lagipun your are not my taste.. hensem lagi si Dylan."

Iphone 13promax miliknya dikeluarkan dari kocek seluar skinny. Dia menangkap gambar Haq secara diam dan dihantarkan kepada Kaka merangkap kawan baiknya.

"Begini lah saya nak mudahkan urusan kita. Saya tak setuju untuk tunang dengan awak memandangkan saya baru nak mula kerja. Saya setuju jumpa awak pun disebabkan ibu saya yang paksa.."

"Dah kalau kau cakap macam tu. Baguslah nanti aku cakap dengan mama aku. Aku pun rasa kau tak sesuai untuk jadi tunang aku."

"Dah selesaikan? Kalau camtu saya pergi dulu.." lekas Clarissa bangun dari kerusi. Dia perlu berjumpa dengan Hafiz Gibrael merangkap crush nya. Alang-alang sudah di KL dia ada ajak lelaki itu berjumpa.

"Hurm dah. Kau nak pergi mana?" Soal Haq hairan. Inikan KL pandai ke gadis itu dengan selok belok bandar ni.

"Saya nak jumpa buah hati pengarang jantung saya? Kenapa perlu minta izin awak ke?" Balas Rissa dengan wajah menyampah.

"Kau datang KL bukan nak jumpa aku sangat pun? Gunakan alasan nak bincang dengan aku semata-mata nak jumpa buah hati." Sindir Haq menjeling pedas kearah Clarissa.

"What ever mr Haq Nawwal.. suka hati saya lah nak guna alasan apa pun. I have to go.. please give me the answer tonight.." balas Rissa dan lekas meninggalkan Haq sendirian.

Mujur saja mereka berdua jumpa di Mall. Jadi dia hantar location saja kepada Hafiz. Berbaki sejam lagi dia memutuskan untuk masuk kedai tukar style. Mahu jumpa crush kena lah cantik dan elegan baru lah si Hafiz berkenan nak buat jadi isteri.

Tanpa Clarissa sedari, Haq mengekori nya sepanjang dia berjalan dalam Mall mencari butik. Pertama dia mahu ke salon untuk tukar gaya rambutnya.

Haq perhatikan Clarissa dengan wajah pelik. Hairan melihat gadis itu masuk kedalam salon. Sementara tunggu gadis itu dalam salon hampir 20 minit. Haq tergamam melihat Afiyyah yang tadi seperti lelaki sudah menukar gaya rambut seperti model. Rambut gadis itu beralun dan wajahnya juga sudah dirias cantik dengan makeup nipis.

Haq turut kembali mengekori Afiyyah sehingga gadis itu masuk kedalam butik.

Clarissa memilih dress warna kuning lembut paras betis. Kemudian dia mengambil high heel 2inci warna gold dipadankan dengan baju yang dipilihnya tadi.

Selesai buat pembayaran, dia meminta izin untuk gunakan bilik persalinan.

Lama Haq menunggu gadis itu keluar untuk melihat apa yang dilakukan oleh Afiyyah. Masih banyak kejutan untuk dirinya tentang gadis itu. Bahkan masih banyak rahsia yang disembunyikan pada dirinya.

Setelah berpuas hati dengan pemakaiannya. Clarissa keluar dari fitting room. Dia bukannya tiada duit. Di Beijing Clarissa bekerja di sebuah Mall dan sempat dia menabung buat simpanan. Kerja dengan si Amran walaupun gaji sedikit dia sikitpun tidak kisah. Sebagai kawan Rissa tak berkira hal duit dan pertolongannya juga dianggap ikhlas.

Sempat dirinya dipuji oleh pekerja butik. Sengaja dia bertemu Haq dengan imej berlainan. Lelaki itu bukan taste nya dan sudah tentu lah lelaki itu bukan lelaki yang mahu dibuat suami. Dia menyukai Hafiz sejak belajar di Beijing lagi. Hafiz sentiasa ada dimana-mana saja menemaninya.

Keluar dari butik. Clarissa bergegas menuju ke restoran yang dijanji kan mereka berdua. Kata Hafiz lelaki itu sudah sampai. Tapi sedikit mengecewakan bila Hafiz membawa teman untuk pertemuan mereka berdua.

Sekali lagi Haq kejung berdiri disaat melihat imej seorang Afiyyah. Persis seorang model saja dia melihat Afiyyah berlainan dengan imej gadis itu saat bertemu dengannya tadi. Tak dinafikan gadis itu makin bertambah cantik dengan solekan dan pemakaian gadis itu juga makin menampakkan betapa elegan nya seorang Afiyyah. Lebih cantik berbanding Bella yang suka bermekap tebal.

Haq mengekori Afiyyah sehingga sampai kedestinasi terakhir. Restoran makanan Itali. Haq memilih duduk di tempat tersembunyi tersorok dari pandangan mata orang ramai.

Terlihat gadis itu sedikit kekok beramah mesra dengan seorang perempuan yang berada disisi seorang lelaki.

Clarissa mendekati Hafiz yang duduk bersebelahan dengan seorang perempuan bertudung. Hatinya berdegup kencang terasa seperti hal buruk bakal berlaku selepas ini.

"Ha sampai pun awak Ris. Saya fikir awak sesat ke apa." Tegur Hafiz saat melihat wajah Clarissa yang bingung dengan kehadiran wanita disebelahnya.

"Sorry Fiz aku lambat sikit. Btw Assalamualaikum." Balas Rissa sebelum dia memberi salam. Rasa pelik kerana dia sudah terbiasa.

"Waalaikumussalam. Sorry aku lupa pula. Takpelah aku tak kisah pun kau lambat. Dah biasa kan perangai lambat kau kat beijing." Ujar Hafiz dengan sengihan.

"Siapa ni Fiz kakak kau ke?" Soal Clarissa dengan dengan senyum canggung.

Tergamam wanita itu bila dibahasakan sebagai kakak oleh wanita dihadapannya. Ini kali pertama dia bertemu dengan sahabat baik tunangnya itu. Wahida hanya diam menunggu Hafiz mengenalkan dirinya kepada Clarissa.

"Tak lah Ris.. ni tunang aku Safa Wahida. Kami dah bertunang sebulan yang lalu lepas aku balik awal dari kau dulu. Sebab sibuk dengan persiapan aku lupa nak jemput kau.." balas Hafiz dengan senyum gembira.

Termati senyuman Clarissa dengan bicara Hafiz Gibrael.

'T.U.N.A.N.G?' Rasa macam ada benda yang pecah dekat dalam. Bukan pinggan dan bukan gelas tidak bukan hatinya yang sudah ranap berkeping-keping dengan lontaran Hafiz lelaki yang dicintai dalam diam.

"Ouh tunang. Kenapa kau tak mesej je? Cakap yang kau dah bertunang. Takde lah aku fikir dia kakak kau. Sorry la wahida silap saya." Hanya suara serak saja yang meniti dibibir nya.

"Itulah aku pun seronok sangat sampai lupa. Wahida ni gadis yang aku suka sejak zaman sekolah lagi. Tak sangka famili aku dah tahu yang aku dah lama sukakan wahida jadi dorang merisik wahida sebelum aku balik lagi." Jujur Hafiz tanpa menyedari kelopak mata Clarissa hampir saja merembeskan air mata.

Srett.. bunyi geseran kerusi berjaya menarik perhatian Hafiz dan Wahida yang saling berbalas senyum.

"Ops sorry.. korang makan lah dulu. Aku nak pergi ladies kejap. Tiba-tiba sakit perut. Kejap tau.." pamit Clarissa laju. Bimbang air matanya jatuh begitu lebat tanpa sempat dia sekat lagi.

Dia mahu melepaskan rasa kecewa yang tak dapat dibendung lagi.

Laju Clarissa melangkah kearah tandas yang disediakan. Haq bangun dari kerusi dan meninggalkan air yang diminumnya tadi. Mengejar langkah Afiyyah yang laju ke tandas.

Belum sempat Clarissa masuk dalam tandas lengan nya ditarik seseorang. Tergamam matanya yang sudah basah dengan air mata memandang wajah serius Haq.

Haq terdiam melihat butir butir jernih yang laju mengalir dipipi Afiyyah. Gadis itu menangis.

Afiyyah ditarik kedalam pelukan.

"Menangislah kalau kau rasa kau tak mampu nak tahan. Aku ada untuk tumpangkan bahu bersandar." Ujar Haq tanpa segan silu. Dia tahu pasti hati gadis itu sedang hancur.

Haq sedar yang gadis dihadapannya sedang hancur. Hancur dilukai oleh lelaki yang dicintainya. Walaupun suara mereka tidak jelas tapi raut wajah Afiyyah jelas memberikan jawapan. Lagi-lagi bila gadis itu sendiri berkata ingin jumpa dengan buah hatinya.

"Kenapa dia hancurkan perasaan saya. 5tahun saya sukakan dia tapi macam tu je dia hancurkan. Kalau dari awal dia tak berikan saya harapan saya takkan hancur macam ni. " rintih Clarissa dibahu Haq.

"Kau kena sabar.. mungkin dia bukan jodoh kau. Kau cantik kut. Banyak lagi lelaki di luar sana lebih sesuai untuk kau." Pujuk Haq. Bahu gadis itu dielus untuk meredakan tangisan.

Setelah 10minit Clarissa menangis baru lah dia sedar yang dirinya masih dalam pelukan Haq. Sungguh dirinya malu saat ini. Dia meleraikan pelukan dan memandang kiri kanan. Mujur tiada sesiapa yang nampak mereka berdua.

"Maaf baju awak dah basah dengan air mata saya." Baju lelaki itu warna hitam ternampak jelas tompok putih hasil dari bedak yang dipakainya.

"Takpe kali ni aku maafkan. Hal darurat kan? Sekarang ni aku nak kau bersihkan muka kau.. dah comot aku tengok sebab kau menangis tadi."

Clarissa berjalan menuju ketandas meninggalkan Haq disitu. Dipandang wajah nya melalui pantulan cermin. Sungguh jelik tidak seperti awal tadi cantik dan kini mekap luntur seperti cat yang belum kering terkena hujan. Dia cuci wajah dan meninggalkan wajah aslinya. Bedak kompak dia pakai dan oleskan gincu sedikit. Matanya juga sudah kurang merah.

Keluar dari tandas tubuh Haq masih setia menunggunya.

"Kau dah okey?" Soal Haq sekali lagi ingin memastikan Afiyyah benar-benar okey.

"Dah.. saya dah okey. Terima kasih sekali lagi." Balas Rissa dengan senyum segaris.

"Jom aku teman kau. Aku rasa kau taknak stay dengan korang kan?" Laju Haq memintas dan beri cadangan untuk temankan gadis itu.

Pada mulanya dia mahu menolak. Tapi alasan munasabah dari Haq buat dia fikir dua kali sebelum menerima cadangan lelaki itu.

Haq dan Clarissa berjalan seiringan keluar dari ruangan tandas antara lelaki dan perempuan.

Mereka berdua bergandingan menuju kearah meja yang diduduki oleh Hafiz dan Wahida.

"Sorry buat korang tunggu lama." Celah Rissa menghentikan perbualan Hafiz dan wahida.

"Ehh Clarissa kau pergi mana tadi. Ni siapa pula sebelah kau?" Tegur Hafiz.

"Aku pergi tandas kan tadi. Aku terserempak dengan bakal tunang aku. Kenalkan Haq Nawwal dan Haq kenalkan Hafiz Gibrael kawan aku dengan tunang dia Wahida." Balas Clarissa memperkenalkan keduanya.

Haq menyuakan tangan bersalam dengan Hafiz diberikan senyuman segaris tanda perkenalan.

"Haq Nawwal? Macam familiar je nama kau?" Tegur Hafiz berkerut kening.

"Kau anak Dato' Ismail kan? Kau CEO Kyoto Holdings?" Bulat mata Hafiz bila teringatkan bekas majikannya Dato' Ismail merangkap bapa kepada Haq.

"Betul lah tu.." angguk Haq mengiyakan jawapan Hafiz. Bukan mahu tunjuk angkuh tapi itulah jawapan yang benar.

Clarissa hanya terlonggo mendengar perihal Haq dari mulut Hafiz.

Setelah habis sesi soal jawab antara Hafiz dan Haq. Clarissa meminta diri dan mengajak Haq pergi. Tidak mahu berlama. Dia perasan mata Wahida tajam memerhati Haq. Takkan lah si Wahida sukakan Haq pula. Jangan cakap Wahida tersuka Haq. Sudah lah merampas Hafiz ada hati pula menyimpan rasa kepada Haq. Sebab itu Clarissa laju mengajak Haq pergi. Terasa panas saja melihat pandangan gatal Wahida pada Haq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience