BAB 3

Romance Completed 2028

Tahun ini, dia tidak dapat melihat wajah atuknya yang ceria. Dia tidak dapat bersalaman dan memohon maaf atas kekhilafan diri terhadap atuknya seperti tahun-tahun yang lalu.

Dia tidak berkesempatan untuk bergelak ketawa gembira dengan arwah atuknya. Sungguh dia amat merasai kehilangan arwah atuknya. Tapi dia harus redha dengan ketentuan yang maha Esa.

Setiap insan pasti akan merasai erti kehilangan kerana tiada yang kekal di dunia ini. Semuanya hanyalah pinjaman.

Naurah segera mengesat air mata yang menitis selaju air terjun di pipinya yang mulus. Dia menyalami tangan kedua-dua orang tuanya dan memohon maaf atas segala kekhilafan diri.

Mereka berpelukan lama. Dia melakukan perkara yang sama dengan abang-abang dan kakak-kakaknya.

Bagi Naurah, tiada apa yang lebih terindah melainkan keluarganya.

Abah dan abang-abang Naurah sudahpun pulang dari menunaikan solat sunat hari raya di masjid.

Mereka sekeluarga mengambil kesempatan untuk menziarahi pusara arwah atuknya.

Sambil menikmati juadah raya, Naurah asyik bersembang dan bergelak ketawa dengan seisi keluarganya. Jelas kegembiraan terpancar di wajah masing-masing. Sungguh hari raya amat bermakna.

Naurah mengambil angin di luar rumah. Lagu raya nyanyian Anuar dan Elina yang kedengaran di corong radio tidak mampu menteteramkan hatinya yang tidak keruan sekarang.

Entah kenapa dia tiba-tiba merindukan insan yang jauh di pandangan,

Insan yang telah berjaya mendapat tempat pertama dalam hatinya sejak dulu sehinggalah sekarang. Sungguh perasaannya terhadap insan itu sungguh kuat. Dia mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience