BAB 6

Romance Completed 2028

Sewaktu Naurah dan Karl menapak masuk ke dalam rumah, semua ahli keluarganya tidak lepas memandang ke arah mereka.

Naurah mula berdebar-debar. Kenapa semua orang merenungnya seolah-olah dia ada buat kesalahan yang sangat besar.

Naurah terus menyalami tangan ibu Encik menyebalkan dan saudara-saudaranya.

Naurah sudah menganggap ibu Encik menyebalkan seperti ibunya sendiri kerana mereka sudah lama kenal. Maklumlah, mereka berjiran.

“Nampak gayanya, tak lama lagi dapatlah kita makan nasi minyak ye.” Kak Syuhada berkata dengan senyuman nakal.

Sungguh Naurah tidak faham. Kata-kata yang diucapkan oleh kak Syuhada disambut gelak ketawa oleh seluruh keluarganya.

Apa yang lucu pun dia tidak tahu. Ingat ni maharaja lawak mega ke? Naurah menjeling sekilas ke arah Encik menyebalkan yang tampak malu-malu. Apa yang berlaku sebenarnya?

Sungguh dia tak faham. Dahinya berkerut seribu cuba memahami apa yang berlaku.

“Lambat pick-up betul anak mama ni. Si Karl ni datang nak meminang kamu. Setuju ke tidak?”

Naurah tersengih. Dia menundukkan wajahnya. Argh, malunya. Wajahnya mula memerah bagai disimbah sebesen cili boh. Ahli keluarganya pula tak habis-habis mengusik dirinya.

“Orang tua-tua cakap, kalau diam tu tandanya setujulah ye.” Ujar Kak Melor pula.

Setiap orang mempunyai kisah istimewa aidilfitri yang tersendiri. Bagi Naurah, istimewanya aidilfitri pada tahun ini kerana dia akan bergelar isteri kepada lelaki yang dicintainya pada hari raya keenam nanti.

Istimewanya aidilfitri pada tahun ini kerana Naurah sudah mempunyai pasangan untuk beraya bersama. Istimewanya aidilfitri dapat memberikan kegembiraan yang tidak terhingga yang terpancar di wajah seluruh keluarga Naurah serta Naurah sendiri.

Alhamdulillah. Naurah bersyukur kerana dia dapat menyambut istimewanya aidilfitri bersama insan tersayang. Dia mengharapkan tahun depan dan tahun-tahun seterusnya dia berpeluang menikmati istimewanya aidilfitri. Sekarang, tibalah masa untuk mereka sekeluarga beraya. Misi untuk menikmati juadah raya juga tidak dilupakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience