BAB 2

Romance Completed 2028

Naurah tersengih. “Orang nak pergi mandilah ni mama.” Terus dia membolot masuk ke dalam bilik air.

Usai solat subuh, Naurah terus membantu kakak-kakaknya yang tekun menyiapkan juadah raya di dapur. Ada nasi beriani, ketupat, lemang dan bermacam jenis kuih-muih lagi.

Gelak ketawa dan usikan kedengaran sungguh gembira. Bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Maklumlah, tiga orang kakaknya itu masing-masing duduk jauh. Menjelang hari raya dia dapat berkumpul seisi keluarga.

Tahun ini, warna hijau menjadi tema baju raya Naurah sekeluarga. Naurah menjeling dirinya sekilas di hadapan cermin.

Wajahnya yang dioles dengan dengan mekap mahal tampak berseri di pagi raya.

Bibirnya pula dioles dengan gincu berwarna merah jambu. Bulu matanya pula lebat dioles maskara. Dah macam bulu mata Rozita Che Wan pula. Naurah memang seorang gadis yang gemar bersolek.

Allahu Akbar, Allahu Akbar

Allahu Akbar

La ilahaillahu Akbar

Allahu Akbar Walilahilhamd

Takbir raya yang bergema kuat menandakan rasa syukur kepada Allah SWT di atas kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan.

Takbir raya yang bergema kuat itu membuatkan hati Naurah dipagut rasa sayu.

Sayu hatinya kerana pertama kalinya menyambut hari raya tanpa arwah atuknya yang meninggalkannya setahun lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience