Rate

Chapter 2

Drama Series 2158

Hujung minggu telahpun tiba. Seperti yang dijanjikan dengan ayahnya dia pulang ke kampung.

' Aik.. banyaknya kereta.. sapa mai pulak ni? '

Dian berjalan terus menuju masuk ke dalam rumah. Dia ingin tahu siapa gerangan yang datang ke rumah tanpa pengetahuannya.

" Assalamualaikum, umi ayah.. "

" Ha eloklah tu Dian balik dah tu... Dian mai masuk kaihh ni ada orang mai nak jumpa hang ni."
" Ha... Sat - sat " Dia meletakkan begnya di dalam bilik dan bergegas ke ruang tamu memandangkan tadi dia masuk dari pintu belakang rumahnya. Dian terus bersalaman dengan sepasang suami isteri dan beberapa orang yang lain.

" Dian ni ayah kenalkan uncle Arham dengan aunty Raissa kawan ayah waktu belajar dulu. Depa mai ni nak meminang hang. " tersedak Dian mendengar perkataan meminang.

" uncle aunty, bukan Dian nak tolak tapi Dian tak pernah kenal pun anak aunty macam mana Dian nak kahwin dengan dia. aunty fahamkan maksud Dian. "

" Aunty faham. tapi aunty yakin kamu mesti akan setuju dengan apa yang kami rancangkan untuk kamu dengan Afeef " kata Aunty Raissa yang cuba memujuk Dian menerima pingangannya.

" Macam ni lah Dian mintak masa untuk Dian fikir dan kenal dengan anak aunty dulu , boleh? "
Dian cuba memujuk aunty Raissa untuk memberinya masa.

Lagipun dia belum bersedia menjadi isteri orang. Dia baru sahaja membina empayar kerjayanya takkan la kerana perkahwinan boleh menghancurkan cita - cita dan impiannya selama ini.

" Ok lah uncle aunty tak nak paksa kamu. Ambil masa kamu untuk berfikir tentang ini. Aunty tunggu keputusan kamu. Aunty harap kamu dapat terima Afeef. Ayah dan umi kamu pun dah kenal sangat dengan Afeef tu. tak ka begitu Majid? "

" Betul ! Afeef tu budak baik kakak. kakak terima sahaja dia. ayah dan umi yakin dia boleh bahagiakan kakak " balas ayah Dian . Kemudiannya mereka bergelak ketawa dan menikmati makanan yang dihidang oleh Mak cik Salwa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience