Rate

Chapter 1

Drama Series 2158

Helaian demi helaian buku diselak Dian sambil termenung sehinggakan dia tidak perasan yang boss nya Mr Kekwat tu dah masuk. Tengku Afeef Dayyan sapa lah tak kenal dengan dia ni. Sosok tubuhnya yang sasa dan mukanya yang ala-ala Syafiq kyle ni membuatkan ramai gadis-gadis cair melihat Encik Tengku ni. Tapi aku panggil dia Mr kekwat sebab dia lah boss yang paling cerewet aku pernah jumpa

" Morning... Awak ni buat kerja ka termenung ? Ha Dian !!! Sayang muka dah lawa tapi kuat termenung ya !! Dah sambung buat kerja ." suara garau Dayyan telah menyentak lamunan Dian yang dari tadi setia berkhayal.

" Maaf encik Dayyan.. baik "

' ish mamat kekwat ni bila masa pulak dia masuk tak habis- habis membebel macam pak cik - pak cik harap muka ja handsome '

Dian terus bergerak ke arah pantry dan membancuh kopi untuk Encik Tengku lalu mengambil buku 'hikmatnya' masuk ke bilik Tengku Dayyan. Itu memang menjadi rutin harian Dian sebagai pembantu peribadi Tengku Dayyan.

" Morning encik Dayyan. Hari ni Cik dayyan ada appoinment dengan Dato Seri Hisyam CEO DSH HOLDING pukul 10 pagi. "

" Itu sahaja yea? " soal Tengku Dayyan sambil sibuk tandatangan fail - fail di atas mejanya.

" ya itu sahaja cik dayyan apa-apa penambahan saya akan maklumkan pada en. secepat mungkin"

" Ok awak boleh keluar sekarang " Tengku Dayyan memghulurkan beberapa buah fail ke tangah Dian dan memintanya menyimpan dia bilik fail.

' Ish mamat ni memang kewat betul kot la nak cakap thank you ka apa ka muka tak pernah nak senyum '

Dian membebel - bebel seorang diri. Geram dengan perangai bosnya yang tak habis-habis suka membulinya.


* * *

' taruhkan jutaan purnama kan setia diriku bersamanya mencintanya hingga ke akhirnya '

Kedengaran lagu jutaan purnama dari telefon pintar milik Dian. Terpapar nama ayah di skrin telefonnya.

' Ayah call? ada apa ? pelik ni ' Dian bermonolog sendiri.

Dia terus mengangkat telefon pintar miliknya itu dan menjawab panggilan ayahnya

" Assalamualaikum ayah.. ada apa call Dian ni ? "
soal Dian pada ayahnya dengan nada sedikit pelik.

"Waalaikumsalam , ayah nak kamu balik hujung minggu ni ! " tett ... tett ... tettt ayah meletakkan telefonnya tanpa berbicara dengan lebih lanjut lagi.

' Uish ayah letak macam tu ja. pelik betul ! '

Dian begitu pelik dengan perangai ayahnya yang terus meletakkan telefon begitu sahaja.


* * *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience