Rate

Prolog

Drama Series 2158

Keluhan berat dilepaskan. Dian berjalan ke hulu ke hilir dari dalam rumah keluar rumah lepastu minum kopi. Last- last mengeluh balik.

" Hang ni dari tadi aku tengok dok ke hulu ke hilir pasaipa? " suara Adra yang sedikit serak itu tiba-tiba menyentak Dian yang asyik berkhayal.

" Dak la aku ni dok risau hang taw dak ! Umi aku ni nak jodohkan aku dengan laki mana entah.. tiba-tiba ja nak jodohkan bagai bukan zaman dulu nak kena jodohkan macam ni ... erghhh aku tak suka la " rungut Dian sambil menghentak-hentakkan kakinya di lantai.

" Sabaq la Dian oii.. ada hikmahnya kenapa Allah takdirkan hang dijodohkan. Lagipun hang `single' lagikan ?? Terima ja la... Tak salah pun kawin awal.." panjang lebar Adra menasihati Dian. Geram Adra dah seminggu Dian dok merungut pasai calon suami misteri dia tu.

" Ha la .. Ishh... " Dian bangun dan bergerak ke atas. Adra memerhatikannya sekilas sahaja. Matanya kembali tertumpu ke arah Syafiq Kyle di kaca televisyen mereka.

* * *

_kring ... kring... kring_

Kedengaran telefon bimbit Dian yang kuat menyanyi - nyanyi di dalam biliknya. Terpapar nama umi di skrin telefon Oppo f9 milik Dian.
Dia mengangkat panggilan umminya.

" Assalamualaikum, kakak hujung minggu ni balik ya ada majlis pertunangan kamu."

" Walaikumsalam, umi kakak belum bersedia lagi nak kawin. tah sapa² la laki yang umi bawal tu. Kakak tak kenai dia lagipon "

" Insyaallah umi yakin dia boleh jaga kakak dengan baik.. Keputusan umi dan ayah muktamad hujung minggu ni kakak kena bertunang. Kalau tak.... " umi terus mendesak Dian untuk menjalankan pertunagannya. Umi nya hanya mahu melihat Dian bahagia ialah mana ada ibu yang nak anaknya menderita kan?

Dian terus meletakkan telefon dan berdiam diri tidak berkata apa-apa pada uminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience