BAB 1

Mystery & Detective Completed 491

Disebuah kampung terdapat sebuah keluarga yang miskin di hujung
kampung. Mereka hidup dalam keadaan hina, selalu dipinggirkan. Keluarga
tersebut mempunyai seorang anak lelaki tunggal. Kedua orang tua nya
telah uzur. Penduduk kampung tersebut selalu meminggirkan mereka kerana
mereka antara orang yang paling miskin di kampung tersebut. Pernah
sekali penduduk kampung menyerang rumah mereka hanya kerana anak mereka
berkawan dengan anak orang lain di kampung itu.

Bagi mereka sesiapa yang berkawan dengan orang miskin seperti
membawa bala dan kemiskinan akan menjangkit kepada sesiapa yang berkawan
dengannya. Pernah juga mereka dihalau oleh penduduk kampung disitu .
suatu hari anak lelaki sulung nya menangis di dalam bilik, “kenapa semua
orang kampung menghina keluarga aku?” apa salah keluarga aku?” kenapa?”
luah isi hati budak yang berusia 7 tahun itu di dalam bilik bersendirian.
Kedua orang tuanya pula bagaikan sudah biasa dengan semua tomahan itu
dan mengangap itu sebagai cubaan dari allah untuk mereka.Suatu hari
mereka terpaksa juga keluar dari kampung itu kerana paksaan dari orang
kampung tersebut yang tidak menyukai keluarga tersebut. Tetapi bagi anak
mereka ini satu penghinaan buat mereka. Ini tidak boleh dibiarkan.
Mereka tiada hak untuk menghalau kami.

Kami tak pernah melakukan kesalahan. Suatu hari anak mereka
menanam azam dalam diri akan belajar bersungguh-sungguh dan membalas
balik perbuatan orang kampung terhadap keluarganya. Kini 15 tahun
berlalu, budak 7 tahun itu telah membesar dengan baik manakala kedua
orang tuanya telah meninggalkannya semasa dia berumur 12 tahun kerana
sakit tua. Budak itu tidak melupakan janjinya , dendamnya terhadap
kampung tersebut masih belum reda..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience